m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, December 10, 2018

Festival Teater Malaysia 2018: Hari kelima - Warga S

19 Oktober 2018 - Sabar dulu tuan puan sekalian. Ada lagi beberapa episod untuk aku habiskan kisah Festival Teater Malaysia 2018. Walaupun kalian dah bosan tahap gaban, namun sabor ajelah. Tak lama lagi habis jugak kisah yang dah basi ni.

Malam semalam aku kagum menonton teater Mat Derih Kola Perlih persembahan grup TOPENG dari Perlis. Malam ini aku sepatutnya menonton teater Warga S, persembahan dari Kelab Teater Smart (KERTAS) dari Melaka. Teater ini karya dan arahan Norhan Fahmie Rayza. Tapi malam tu aku sampai MATIC agak lambat. Pintu auditorium dah tutup. Aku putuskan untuk menonton melalui layar besar putih di amphi-theatre. Di situ tiada ramai penonton. Cuma aku, dan seorang lagi penonton yang tidak kukenal namanya. Gambar di atas layar sangat jelas dan cantik. Siap ada zoom in dan zoom out lagi. Cuma audionya saja yang sangat tak memuaskan. Aku tak dapat faham butir bicara para pelakunya. Bagaimana mungkin dapat aku faham ceritanya, dan menghayati lakonan yang dibawakan. Akhirnya aku mengangkat punggung dan terus beredar dari situ. Terus ke gerai tempat makan. Perutku pun tengah lapar. Wajar aku layan kehendaknya dulu.

Warga S - kisah komuniti gelandangan bawah kolong.
Persembahan di amphi-theatre.
Panggung kosong.
Aku duduk di tempat makan sampai persembahan Warga S selesai. Sebelum tu sempat jugak aku bertemu Dean Sitara yang keluar auditorium lebih awal. Sempat bersembang ringkas dengannya. Gerai makan yang tadinya lengang kini telah dipenuhi dengan warga penggemar teater tanah air. Masing-masing membuat pesanan makan dan minum. Tembolok berasa lapar. Dan tekak berasa kering tiba-tiba.

Di warung, ada juga yang bercerita tentang teater Warga S yang baru dipersembahkan tadi. Rata-rata memuji lakonan pelaku yang membawakan watak Siti. Aku tak menonton. Terasa rugi pun ada jugak, kerana teater yang lain semua aku duduk menonton dalam auditorium. Cuma yang satu ini saja aku agak terlepas. Tak apalah.

"Wahai orang-orang kampung!" laung Pat Ibrahim.
"Hendaklah kita hidup bersatu padu".
"Izinkan saya mendendangkan sebuah lagu melankoli."
Ewan Deen datang menghampiri Pat Ibrahim.
"Sekejap lagi giliran saya pula yang akan menyanyi. Harap bersabar!"
Roslee Mansor tersentap dengan pengumuman Ewan Deen tadi.
Menanti Pak Malit.
Rashdi, BK dan Mardau.
Halim Zainal bersalaman dengan peminat-peminat dari fan club-nya.
"Jom kita menyanyi duet," ajak Pat Ibrahim.
"Tapi saya kalau menyanyi solo lagi sedap," jawab Ewan Deen.
"Kalau macam tu kita menyanyi solo, tapi serentak," jawab Pat pulak.
Menikmati jamuan di Hari Raya.
Pak Malit dan isteri menantikan ketibaan rendang ayam pencen dan ketupat.
Persidangan yang lebih serius berlangsung di sini.
Roslan Muhammad menjadi pmengerusi majlis.
"Semua under control," kata Roslan.
Rahim Jailani dan Mubarak Majid.
Strategi mantap perlu disusun.
Anwar Pisang berbincang dengan Dean Sitara mengenai buah-buahan tempatan yang mendapat sambutan di Malaysia.


Di sini juga aku berkenalan dengan beberapa teman baru seperti Supra dan Aril Ganu yang bercerita banyak pasal perkembangan teater di Terengganu. Ini sangat menarik perhatianku. Asyik aku mendengar cerita Aril. Antara tokoh teater yang disebut-sebut termasuklah Pak Marzuki Ali, salah seorang teman karib Allahyarham Ayah ku. Anwar Pisang juga tak kurang hebat ilmu teaternya. Mereka berbicara soal teater secara ilmiah. Tidak mengkritik mana-mana pihak. Semuanya ilmiah. Penuh pengisian teori dan sejarah perkembangan teater. Aku tak kisah kalau itu sekadar borak kosong. Pokok pangkalnya memang seronok mendengarkannya.


Malam ini memang tak sama dengan malam-malam yang lepas. Kita tunggu malam esok pula dengan kisah "Asmara RA!"

Supra dan Aril Ganu.
Azri Iskandar juga terlihat ada di sini.
Geng-geng TOPENG.
Hairi Safwan juga ada.
Hero Mat Derih Kola Perlih - Che Mat.
Wajah-wajah konfiden terserlah.
Selesai menjamu selera.
Siapakah gerangannya yang membuat kelakar antarabangsa di hujung sana.
Azri Iskandar terpaksa beredar dulu.
Yang lain terus bersidang.
Sampai pagi esok...



No comments:

Post a Comment