Bahagian 1
23 Disember 2018 - Kira-kira 23 tahun lalu, Geng Khatib Koyan tertubuh secara tak rasmi. Produksi pementasan teater "Pelayaran Inderaputra II" menjadi perantara yang menyatukan kami - peminat-peminat teater. Dibimbing oleh orang-orang yang berpengalaman seperti Bung Rosli, Rozaidi, Abang Rahim dan lain-lain lagi, kami yang majoritinya sangat baru dalam bidang ini telah berkampung di sebuah rumah kecil di Jalan Khatib Koyan, Kampung Baru untuk belajar dan merealisasikan sebuah persembahan teater dari sebuah imaginasi yang segar.
Kenapa aku bercerita pasal semua benda ni? Sebab aku nak bagi tau kalian semua macam mana kami boleh saling berkenalan dan pernah sangat rapat dahulu. Dan macam mana kami boleh berjumpa dan mesra dengan Abang Rahim yang merupakan seorang pemain alat muzik yang pernah berkhidmat dengan orkestra DBKL. Juga seorang pemain boneka atau puppet yang hebat. Pada tarikh ini, anak Abang Rahim yang bernama Maisarah (kalau tak silap aku) bersanding di atas pelamin bersama suaminya. Dan kami semua, Geng Khatib Koyan hadir bagi meraikan mereka!
|
Lukisan kartun wajah Abang Rahim dan Maisarah ini kulukis pada tahun 1995. |
|
Amier dan Sabriena melayan makan dulu. |
|
Begitu jugak dengan Wanie dan isteriku. |
|
Sebahagian daripada Geng Khatib Koyan. |
|
Dari kiri: Baby, Rahah, Adik, Ayie, Pok Me, Malek, Meor. |
|
Seronok bila dapat bersua teman-teman lama. |
Dalam whatsapp kami berjanji akan berjumpa pada kira-kira jam 12.00 tengah hari. Tapi kami sampai di lokasi kira-kira jam 2.15 petang. Sesampainya di lobi, Abang Rahim terus menyambutku dengan senyuman sambil memanggil nama penuhku yang unik. Oh! Ingat lagi Abang Rahim pada nama itu. Tak ramai yang tau aku memiliki nama seumpama itu. Kami berpelukan sebelum terus ke meja makan untuk menjamu selera. Di dewan majlis terlihat wajah-wajah familiar seperti Meor, Malek, Baby, Adik Suzana dah Rahah. Zalee pula sedang asyik menggesek biola dengan alunan yang sangat merdu. Semua tetamu kelihatannya terhibur.
|
Terserlah kegembiraan pada wajah. |
|
Azman Hassan a.k.a. Pok Me sebagai seorang artis popular kini dihurungi teman-teman lama. |
|
Namun Pok Me tetap merendah diri dan mesra seperti dulu. |
|
Jom kita bergambar. |
|
Dan terus bergambar. |
|
Para suami duduk santun di meja makan. |
|
Meor, Ayie dan Malek. |
|
Dan yang paling kecoh sudah pastilah Meor. |
Apa-apa pun kami makan dulu. Sesudah makan barulah kami mendekati teman-teman Geng Khatib Koyan untuk berborak sakan. Aku yang memang peminat muzik, asyik melihat dan mendengar gesekan biola Zalee yang sangat memukau. Dengar dalam video dengan dengar live sangat lain rasanya. Dengar live lebih menusuk ke kalbu! Kaum ibu pula mengambil kesempatan untuk berjoget lambak apabila Zalee memperdengarkan sebuah lagu irama joget. Khalayak nampaknya agak terhibur dan mula merakam video. Geng Khatib Koyan nampaknya buat tak peduli aje. Terus berjoget dan berhibur sesama sendiri.
Bersambung...
|
Zalee meggesek biola. |
|
Mula-mula aku dengar lagu "My Way". |
|
Penuh gaya ketika menggesek. |
|
Memukau para hadirin dan hadirat. |
|
Sampai ada yang pengsan tak sedarkan diri. |
|
Tak kurang yang beratur panjang untuk mendapatkan autograf. |
|
Tetapi Zalee terus menggesek tanpa henti. |
|
Walaupun Pok Me datang mendekati. |
|
Zalee tetap tak peduli. |
|
Target Zalee untuk memecahkan rekod dunia sebagai penggesek biola paling lama tanpa henti. |
|
Dan kini alunan gesekan biola diiringi pula dengan tarian joget dari para hadirat. |
|
Lagu joget Melayu. |
|
Tapi penari mengikut rentak "hentam sajalah!" |
|
Geng Khatib Koyan memang begini. |
|
Dan tetamu yang lain turut sporting dan tak mengeji. |
|
Jom teruskan menari. |
|
Sampai muzik henti... |
No comments:
Post a Comment