20 Oktober 2018 - Hari kelima aku menyaksikan Teater Warga S dari Melaka. Hari keenam, aku menyediakan diri untuk menyaksikan teater yang terakhir sempena Festival Teater Malaysia 2018, yang berjudul Asmara-RA, persembahan dari Universiti Malaysia Pahang. Karya Khairunazwan Rodzy, dan Arahan Fendi Shah.
Asalnya aku tak tau apa nak expect dari tajuk yang agak pelik ni. Kalau rujuk kepada posternya, macam cerita seram dan misteri. Adakah ianya sebuah cerita hantu? Ataukah ia sebuah cerita mistik dan suspen? Tatkala aku masuk ke dalam dewan auditorium, aku nampak ada katil dan almari tersusun kemas di atas pentas. Atas katil tu dah ada orang sedang baring, duduk lepak, dan ada jugak yang tengah tidur. Lama betul mereka kena berada di atas katil pasal pementasan bermula agak lewat. Para pelakon sudah tentu telah mendapat feel yang terlebih banyak.
Poster Asmara-RA. |
Bila cerita bermula, dan berlangsung kira-kira 15 minit, barulah jelas ada unsur-unsur humor dalam kisah ini. Semakin lama menonton, semakin aku ingin tahu apa yang akan berlaku selanjutnya. Dalam keenam-enam naskhah, naskhah yang inilah yang aku paling suka. Cuma sayangnya FTM 2018 ini bukanlah soal olahan naskhah semata-mata, tetapi yang lebih penting adalah mentafsir naskhah kepada sebuah persembahan nyata yang disaksikan oleh khalayak. Aku cukup suka kisah mimpi dalam mimpi dalam mimpi dalam mimpi dalam mimpi dalam..... Kalaulah kesimpulannya (yang diungkapkan oleh watak Nor) dapat kedengaran lebih jelas, sudah tentu aku dapat memahami kisahnya dengan lebih terperinci.
Elemen yang menarik hatiku termasuklah perkara-perka berikut:
1. Tersedar dari mimpi kali pertama
2. Cikgu Adam menjelaskan definisi "Histeria" berkali-kali
3. Watak Tomboy sangat menghiburkan
4. Watak Cikgu Sabariah sangat mengesankan. Dan penuh humor.
5. Adegan gantung diri. (Tapi aku risau jugak tengok adegan tu, bila Nor terkial-kial nak betulkan kedudukan kepalanya ketika di tali gantung. Takut tergantung betul-betul pulak nanti).
Itu ajelah pengisahan aku tentang teater ini.
Bergambar sesudah pementasan. |
Seronok mereka. Penonton jugak seronok. |
Dari Pahang mereka mari! |
Tunjukkan si petualang itu! |
Free style. Okay. Jom bersurai. |
No comments:
Post a Comment