m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, November 26, 2018

Festival Teater Malaysia 2018: Hari keempat - Mat Derih Kola Perlih

Bahagian 1

18 Oktober 2018 - Maaf teman-teman semua. Cerita Festival Teater 2018 tak habis lagi! Maklumlah, wartawan part time macam aku ni memang selalu memaparkan cerita-cerita yang dah menapai. Sama macam korang jugaklah. Kekadang ada cerita viral tahun lepas di-viral-kan lagi tahun ini. Kan? Tak apalah. Meh kita bersembang pasal satu teater yang sangat menarik pada kali ini.

Kalau malam semalamnya aku puas menonton teater Dilarang Menyanyi Di Bilik Mandi, kali ini aku tak tau apa yang perlu dijangka untuk halua mataku. Mindaku terbuka luas untuk menerima apa saja kisah yang dikisahkan. Mereka berenam ini semua finalis. Apa pun gaya persembahan mereka, pasti antara yang terbaik. Itu fikirku.

Aku masuk dewan auditorium agak awal. Tenang mendapatkan tempat duduk. Malam ini aku akan menonton satu persembahan teater dari jauh. Dari utara. Dari Perlis. Teater kali ini berjudul "Mat Derih Kola Perlih". Dipersembahkan oleh grup Persatuan Teater Opera Mimpi (TOPENG). Sebuah kisah dari monolog asal karya Namron, dikonstruksi skrip oleh Siti Jasmina Ibrahim, arahan Syafiq Syazim. Antara yang membintangi teater ini termasuklah Che Mat Raja Lawak, Hairi Safwan dan Nesa Idrus.

Mat Derih Kola Perlih - memang pekat dialek Perlisnya.
Ramdani duduk di sebelah aku.
Abang Zakaria Ariffn dan Abang Roslan Madun.
Dapat tempat duduk yang agak selesa pada malam ini.
Tempat duduk aku pada row yang paing depan. Sebelah Ramdani dan Azri Iskandar. Dan di depan kami, duduk di atas lantai adalah penonton dan peminat tegar teater yang bersesak-sesak untuk menyaksikan persembahan yang barangkali telah diduga akan kehebatannya. Kehadiran mereka tidak sedikit pun mengganggu kami. Kami pasti akan memberikan konsentrasi yang sangat tinggi kepada persembahan yang akan dihidangkan kepada kami nanti.

Sebelum show bermula, aku sempat berlegar-legar di sekitar auditorium mencari kenalan atau wajah-wajah yang aku biasa lihat untuk dirakamkan dalam kameraku. Sepantas kilat aku menangkap gambar. Dan sepantas kilat juga aku kembali ke tempat dudukku sebelum tirai pentas dibuka.

Azri Iskandar dan Aril Ganu.
Abang Rosli Rahman Adam.
Berseloroh dulu sebelum menonton.
Ain Sufia, Aishah dan Abang Brahem.
Mereka bertiga ni pun dapat duduk seat paling depan.
Abang Jamal yang dulu sangat rapat dengan Allahyarham Ayahku.
Zaidi Omar datang bersendirian pada kali ini.
Orang lama teater.
Marup Mustapah ada di mana-mana saja.
Berdiri menyanyikan lagu Negaraku.
Penuh sesak auditorium dengan penonton.
Full house. Malah overloaded!
Maaf lagi. Aku tak ambil gambar ketika pelakon sedang beraksi kerana menghormati arahan yang diberikan oleh pengacara yang juga merupakan teman teaterku, Saifulkhairi. Walaupun dalam jiwa bergelora, bergelodak, kerana terlalu ingin untuk mengambil gambar-gambar yang sangat cantik mutu senografinya. Apatah lagi aku duduk di kerusi paling hadapan!

Dipendekkan cerita, aku rasa persembahan ini sangat hebat kerana perkara-perkara menarik yang memaut hatiku sebagai penonton awam yang naif. Aku sangat tertarik kepada babak-babak berikut:

1. Babak yang pemperlihatkan geng Mat Derih bergabung dengan geng Solleh. Belakang warna senja yang merah. Para pelaku bersusun dalam silhouette. Mat Derih (Boss) berdiri di depan. Pergh! Part ni memang favourite aku. Cantik sungguh scene ni. Bagi akulah.

2. Scene kat kelab malam. Lagu Siam jelas kedengaran. Perempuan kelab menari berlenggang-lenggok menghibur pengunjung. Babak ni singkat dan ringkas. Tapi cukup nak bagi faham penonton.

3. Babak Solleh bermonolog. Bagi aku, ini paing menyentuh perasaan. Tapi aku tau, orang lain ada persepsi mereka masing-masing. Aku malah berpendapat, watak ini boleh mendapat anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada musim kali ini.

4. Babak silat di hujung kisah. Ada unsur-unsur akrobatik dan ada gerak slow motion macam cerita Matrix. Memanglah kalau orang gaduh, biasa pakai gerak paling simple sekali untuk menjatuhkan lawan. Tapi ini kan show. Mesti ada exaggeration sikit. Bagi cantik bunga dia. Bagi penonton terpegun sikit. Dan memang aku dah terpegun pun! Penonton-penonton dekat kaki aku siap cakap "Waaaaaaahhhhhhh...." dengan penuh kekaguman.

5. Antara empat teater yang aku tengok sepanjang Festival ini, teater dari grup TOPENG inilah yang paling cantik, smooth, bersih perjalanannya. Aku jangka akan terpilih untuk dinobatkan sebagai juara.

Tapi aku nak ingatkan balik. Ini semua pendapat aku saja, Yang memang bukan pakar dan tiada ilmu teater langsung. Kalian berhak berpendapat yang lain dari aku. Okay. Lepas ni kita sembang pasal kisah selepas show pulak.

Bersambung...


Tetamu VIP dijemput naik ke atas pentas bersalaman dengan pelakon.
Team muda yang bertenaga.
Fotografi setelah habis show.
Wanita-wanita dalam pementasan kali ini.
Siap bawak pasir lagi atas pentas.
Senja nan merah sebagai backdrop.
Gaya formal.
Masih bergambar.
Puas dengan kisah yang dipersembahkan.
Siap ada darah lagi kat baju pelakon.
Gaya bebas.


No comments:

Post a Comment