22 Disember 2018 - Hari Sabtu lepas kami anak-beranak bergerak dari Ampang menuju ke Shah Alam untuk menghadiri satu jemputan dari kawan teater kami yang mengadakan majlis resepsi perkahwinan anak perempuan mereka. Kawan kami itu adalah Saifulkhairi a.k.a. Saiful dan isterinya Norani. Kami telah mengenali mereka sejak kami semua sama-sama bujang dulu. Sekarang Saiful dah jadi orang penting dalam Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).
Sabriena sangat berselera menghabiskan makanan dalam pinggan. |
Amier pun begitu juga. |
Wanie dah selesai makan. |
Ibu dan ayah pengantin bersama para tetamu. |
Di ruang foyer. |
Tuan Haji Supiat Mukri - mantan Ketua Pengarah Istana Budaya. |
Ketua Pengarah JKKN - Tan Sri Noliza Rofli dan Puan Hajjah Umi. |
Isteriku bersama Makcik Umi. |
Kami sampai di dewan majlis kira-kira jam 2.30 petang. Terus cari tempat duduk dan dapatkan makanan. Saiful dan Ani sedang bergambar di atas pelamin dengan pengantin dan para tetamu yang lain. Kami layan kehendak perut dulu. Kebetulan di sebelah meja kami ada beberapa individu VIP dalam arena teater. Antaranya termasuklah Ketua Pengarah JKKN - Tan Sri Norliza Rofli, Dato' Ahmad Tamimi Seregar dan mantan Ketua Pengarah Istana Budaya - Tuan Haji Supiat Mukri. Sempat kami singgah di meja tersebut bertegur sapa dengan mereka.
Masih bersama Makcik Umi. |
Bersama Abang Rasdi dan sutradara tersohor Abang Zakaria Arifin. |
Meja mereka terletak di sebelah belakang sedikit. |
Setelah selesai makan, kami mencari teman-teman lain di meja sebelah belakang. Duduk bersembang dengan mereka pulak. Antara yang kami temui termasuklah teman-teman Pertubuhan Teater Hidayah, aktivis teater Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Presiden Persatuan Teater Malaysia (PTN). Setelah seketika di majlis ini, kami bersalaman dan bergambar dengan ibu dan ayah pengantin. Kami perlu bergegas ke satu lagi jemputan majlis perkahwinan di Setapak. Buat pengantin dan seluruh keluarga, kami ucapkan tahniah, dan semoga penuh barokah kehidupan kalian di dunia dan akhirat. Ameen.
Bersama Yati Khalid. |
Bersama keluarga Yati Khalid. |
Rancak bersembang. |
Turut kelihatan Marup Mustapa dan Abang Ibrahim. |
Teman-teman teater. |
Berbincang pasal hal sekolah anak-anak pulak. |
Sebahagian ahli keluarga Yati Khalid. |
Turut kelihatan Presiden PTM - Sakrani Shamsudin dan Ewan Deen. |
Bersembang setelah selesai makan. |
Meluangkan sedikit masa bersama teman-teman. |
Bergambar bersama ibu dan ayah pengantin. |
Terima kasih kerana telah mengundang kami. |
Pengantin yang diraikan. |
Kad jemputan. |
No comments:
Post a Comment