m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, November 30, 2018

Festival Teater Malaysia 2018: Hari keempat - Dari Perlih ke Kola Lumpoq

Bahagian 2 (Akhir)

Puas tadinya menonton teater Mat Derih Kola Perlih. Sekarang aku bawa kalian ke tempat makan pulak. Gerai tepi benteng di Matic. Para aktivis teater meluangkan masa yang lama di sini. Kalau tak makan dan tak minum, atau tak sembang dan tak bercakap pun, setidak-tidaknya tumpang mendengar atau melihat wajah-wajah aktivis yang sama minat terhadap teater.

Aku memilih untuk duduk semeja dengan Tuan Pengerusi Grup Teater Hidayah. Selepas itu mula berlegar-legar mencari wajah-wajah untuk dirakamkan. Dipendekkan cerita, aku pun dah tak ada modal nak auta pasal apa. Korang tengok ajelah gambar-gambar ini.

T A M A T

Roslan dan Abang Hj Kamarul AR terlihat kelibat seorang kenamaan agaknya.
Betgitu juga dengan Abang Roslan Madun dan Abang Zakaria Ariffin.
Oh.... Rupanya yang tadi tu bukannya orang kenamaan. Perbincangan disambung kembali.
Razi sedang enak menjamu selera.
Along Yusry sedang mengagih-agihkan Sijil SPM tahun yang lepas-lepas kepada bekas pelajar.
Siapa pulak gerangannya yang datang ke sini dengan menaiki helikopter?
Raja Hafiz berbangga kerana telah mendapat keputusan 10A+  dalam peperiksaan SPM baru-baru ini.
Paling tinggi markah untuk Pendidikan Seni Teater - markah penuh. A++.
Sijil ini sah diperakukan untuk kemasukan ke Oxford dan Havard University.
Saling mengucapkan tahniah kerana telah berjaya menonton teater Mat Derih Kola Perlih sebentar tadi.
Geng-geng yang pernah terilibat dalam persembahan Bangsawan Dewa Kencana.
Menyalakan api pada rokok pulak, lambang kepuasan.
Eliza Mustafa dan Roslan Muhammad - dua orang kuat teater Nusantara.
Abang Hj Kamarul AR pekena bihun soto Pak Jalil Hamid yang ada dijual di situ..
Abang Roslan Madun dan Abang Zakaria juga pekena juadah yang sama.
Masih dalam proses menghabiskan pisang goreng cheese dan kopi panas.
Akhirnya juru gambar diambil gambarnya.
Ewan Deen mebengkokkan rokoknya untuk menambahkan lagi kemantapan rasanya.
Abang Jamal dan Roslan.
Roslan masih mencari idea tajuk apa yang hendak dibualkan. Mungkinkah pasal makanan di gerai Matic.
Dua tokoh senior duduk semeja.
Aku masih belum berganjak dari meja ini.
Sekarang aku ke meja sebelah pulak. Dean Sitara dan Rosli Mansor sedang cuba membaca minda masing-masing.
Dean Sitara ajak Anisa main game baca minda dengan Rosli Mansor.
Okay-lah. Kita main permainan lain pulak, kata Dean Sitara kepada Rosli Mansor.
Tiba-tiba Marup naik angin dan memarahi nyamuk yang menggigitnya tadi.
Azri Iskandar, Che Mat dan Salman.
Bertemu geng Raja Lawak.
Berbincang zaman tv kaler hitam putih dulu.
Lama betul mereka di meja ini.
Roslan geli hati dengan lawak yang diungkapkan oleh geng meja sebelah.
Diskusi yang berpanjangan.


No comments:

Post a Comment