m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, March 20, 2018

Eh! Mana court saya?

18 Mac 2018 - Aku dah lama tau yang kelab tenisku, TTC akan menganjurkan tournament untuk novice pada tarikh ini. Maka aku tau, court kat Titiwangsa akan fully booked dan digunakan untuk tujuan itu. Kalau aku nak main tenis jugak, aku kena book kat tempat lain. Dan yang paling senang ialah kalau booking kat Kompleks Tenis Jalan Duta. Telefon aje. Bagi nama. Bagi tarikh. Bagi time. Kalau ada kosong, dapatlah kita main. Bayar, belakang kira. Seminggu sebelum tarikh ini, aku dah buat booking. Dan telah di-confirm-kan aku punya court ialah Court 2. Dan aku pun happy-lah. Terus whatsapp kat group. Dan teman akrabku, Hj Noris adalah yang pertama bagi nama, selepas aku.

Seminggu berlalu, tibalah hari yang dinanti-nanti. Kebetulan Syahmie jugak pulang bercuti. Aku ajak Syahmie main tenis sekali. Dan temanku, Noris berjaya mengumpulkan tiga lagi teman tenisnya - Hisham, Azlan dan Along Azahar. Total semua sekali ada enam orang. Perfect! Tak terlalu ramai. Dan tidak juga sedikit. Jumlah player yang sempurna untuk tempoh tiga jam 8.00 - 11.00 pagi.

Sesampai di lokasi, aku terus ke kaunter hadapan. "Tolong check. Nama saya Adi. Booking dari 8 sampai 11 pagi. Hari tu kata saya dapat court nombor 2." 

Petugas kaunter belek buku catatannya. From cover to cover. Lama. Dekat lima jam aku menunggu. Dan akhirnya beliau bersuara. "Tak adalah, Bang." Aku terkejut dengan jawapan yang kudengar. Hampir saja aku pengsan.

"Betul ke?" tanyaku. "Betul," jawabnya.

"Satu court kosong pun takda?" 

"Ada. Court 5. Tapi satu jam aje, 8 sampai 9 pagi."

Aku tak ada pilihan lain. Aku terpaksa ambil apa saja yang ada. Di gelanggang, cepat-cepat aku warm up dengan Syahmie. Nak mengejar masa lah katakan. Tak lama kemudian, barulah yang lain-lain datang. Warm up lebih kurang. Lepas tu kami terus main. Permainan teman-teman baruku sangat hebat. Cuma sayangnya masa sangat terhad. Azlan mengalah dan memberikan laluan untuk kami terus bermain. Sedang Azlan cuma jadi pemerhati saja. Syahmie pun nampaknya bermain dengan agak baik jugak kali ini. Cuma kami masing-masing tak dapat bermain lama. Tak apalah. Lain kali kalau ada kesempatan lagi, aku berharap dapat bermain tenis lagi dengan geng-geng yang ini.

Kami berenam - penggemar sukan tenis.

Monday, March 19, 2018

Lenguhnya berbasikal di Titiwangsa

3 Mac 2018 - Menyedari perut kami dah semakin membuncit dan memboyot, berat semakin bertambah, tubuh semakin menggempal, menembam, menggebu, menyembab, kami terpanggil untuk melakukan sesuatu. Demi kesihatan. Demi keafiatan. Demi susuk tubuh yang lebih menarik. Dan sado. Dan ramping. Bincang punya bincang akhirnya satu keputusan muktamad kami ambil. Kami perlu beriadah. Tempat beriadah untuk seisi keluarga yang paling ideal adalah di Taman Tasik Titiwangsa. Tempat aku biasa main tenis. Dan kami enam beranak pun tanpa berlengah telah ke destinasi setelah asar.

Bawak basikal lapan penumpang ni macam bawak kereta.
Semua empat orang kena mengayuh.
Semakin berat penumpang, semakin mencabarlah kayuhan itu.
Kami terus menghala ke tempat menyewa basikal. Untuk Sabriena, sebuah basikal kecil empat roda. Amier pun nak kayuh basikal juga. Amier nak kayuh basikal yang besar. Tapi bukan basikal lumba yang handle-nya menunduk ke bawah. Tapi masalahnya, Amier tak mahir berbasikal dua roda. Akhirnya kami sewa sebuah lagi basikal kecil empat roda. Khas untuk Amier. Isteriku sewa sebuah basikal dengan dua tempat duduk. Dua pengayuh. Dua handle. Tapi yang naik cuma isteri aku sorang aje. Pasal Wanie, Syahmie dan aku sendiri kurang mahir bawak basikal. Kalau naik berdua, silap hari bulan tergolek dog dua-dua orang pasal tak balance. 

Setelah puas isteriku, Amier dan Sabriena mengayuh basikal, kami terus memutuskan untuk naik basikal versi seisi keluarga. Satu basikal yang boleh muat lapan orang penunggang. Memerlukan empat orang pengayuh. Dan berkayuhlah kami dari Taman Tasik Titiwangsa sehingga ke sempadan Siam. Lenguh jugak berkayuh macam ni, pasal jumlah berat kami berenam hampir mencecah enam tan metrik. Tapi sengal-sengal dan lenguh-lenguh otot itulah senaman namanya. Ada kesempatan lain, kami akan berkayuh lagi. Kali ini mengayuh sampan pula gamaknya!

Harga sewa basikal:
a) Basikal biasa - RM10 sejam
b) Basikal untuk dua orang - RM20 sejam
c) Basikal untuk lapan orang - RM40 sejam

Sabriena jadi pengemudi.
Kami berhenti mengayuh bila maghrib semakin mendekat.

Saturday, March 17, 2018

Krisis air melanda Selangor

8 Mac 2018 - Selangor dilanda krisis air lagi! Tapi cuma sebahagian saja. Tapi sebahagian tu termasuk kat kawasan rumah aku. Tapi biasanya ada lori Syabas bawak air untuk penduduk. Tapi kali ni lori tu tak datang pulak. Yang lebih menyulitkan adalah tempoh ketiadaan air tu dijangka selama kira-kira 6 hari - bermula hari Selasa 6 Mac sampailah hari Ahad 11 Mac. Tapi nasib baik juga perkhabaran ini telah kami terima agak awal jugak. Lalu kami pun mulalah menyimpan air sebanyak mungkin. Semua tempayan, kolah, baldi, besen, botol air, dan tangki kami penuhkan dengan air. Bukan itu saja, semua mangkuk, gelas, cawan, sudu dan senduk, pun kami isi dengan air jugak. Malah perut kami pun kami sendatkan dengan air sebanyak mungkin. Sampai memboyot jadinya. Persediaan kali ini memang sangat-sangat intensif.

Mengambil air di rumah Abang Leman.
Puas mendapat bekalan air.
Tong besar turut kami penuhkan dengan air.
Sebahagian dari bekas air yang kami bawa.
Walau sebanyak mana kami menyimpan pun, yang banyak akhirnya akan mengurang jugak. Yang penuh akan kosong. Yang buncit akan kempis. Yang basah akan kering. Yang kuyup akan kontang. Dan pada hari yang ketiga krisis air ini melanda kami, kami sudah mula hilang arah. Mengira-ngira dan merancang-rancang ke mana pulak hendak kami dapatkan bekalan air. Ada terfikir hendak mencari air di empangan Genting Kelang. Sesekali terfikir nak berkunjung ke negeri lain untuk mendapatkan air. Dan yang paling ekstrim sekali, ada jugak aku terfikir nak meningkatkan suhu dunia dengan membuat pembakaran terbuka supaya ais di Kutub Utara dan Selatan mencair dan bolehlah kami manfaatkan airnya.

Tetapi sebelum kami bertindak lebih jauh, abang iparku, Abang Leman telah membuat tawaran kepada seluruh ahli keluarga. Sesiapa yang nak air, boleh saja datang ke rumahnya di Lembah Jaya. Kat situ kawasan rendah. Nampak gayanya tak terjejas langsung dengan krisis ini. Kami pun tanpa berlengah, terus ke rumah Abang Leman dan menadah air dalam semua bekas yang kami ada. Dua hari kami ke rumah Abang Leman. Siap basuh baju kotor yang telah terkumpul sejak hari Selasa lagi. Jasa baik Abang Leman dan isterinya Kak Ita, Allah saja yang mampu membalasnya.

Kemelut ketiadaan air ini berakhir pada hari Sabtu, 10 Mac. Dua hari lebih awal. Kami sangat-sangat bersyukur kepada Allah. Maka berpuas-puaslah kami menghabiskan air untuk mandi-manda menanggalkan segala keladak dan daki yang telah lama bermukim pada tubuh kami.

Segala bekas sudah hampir penuh.
Lepas ni bolehlah aku mandi puas-puas.
Tak taulah berapa gelen air kami dah takung.
Gendang gendut tali kecapi, ada air semua heppi.

Tuesday, March 13, 2018

Selamat tinggal Wiraku

14 Januari 2018 -Wiraku dilahirkan kira-kira hampir 17 tahun dahulu, pada tahun 2001. Tetapi ia duduk di bawah jagaanku hanya pada tahun 2002. Masa tu aku bekerja di Brickfields. Baru dapat bonus sikit. Dan aku menemukan Wiraku ini di sebuah kediaman kecil, di sekitar Ampang Hilir. Maka berurusanlah aku dengan Bank EON untuk memiliki Wira warna putih ini.

Wira adalah kereta keduaku selepas Nissan Sentra. Tapi merupakan kereta baru yang pertama yang aku miliki. Sentra ialah kereta second hand milik Allahyarhamah kekandaku. Bangganya aku memiliki Wira yang putih melepak bak Qu Putih. Rajin sungguh aku memandikannya setiap minggu (cuma pada peringkat awal sajalah).

Susuk tubuh Wiraku dari belakang. Bumper-nya dah mula melondeh.
Dari sisi. Menjadi tempat istirahat kucing-kucingku serta lain-lain kucing yang singgah di rumahku.
Dengan Wira, aku telah merantau jauh bersama keluargaku. Hingga ke Johor. Hingga ke Bukit Merah. Hingga ke Sungai Petani. Sampai terbatuk-batuk kadang-kadang kerana terlalu penat berjalan. Dan aku akan bagi ubat dan tonik supaya Wiraku sihat kembali. Tetapi semakin tua usia Wiraku, semakin tak dapat dielakkan lagi segala tulang temulang yang mereput dan anggota tubuh yang melemah. Wiraku cuma bertahan. Setakat yang ia mampu.

Wiraku pernah beberapa kali ditimpa kemalangan. Yang paling teruk adalah ketika aku dan ibuku dalam perjalanan ke Pasar Borong Selayang sesudah subuh. Pagi terlalu gelap tanpa cahaya dari lampu jalan. Wiraku terlanggar tiang lampu yang melintang di tengah jalan. Wiraku berpusing-pusing macam gasing seperti dalam filem Hollywood. Mujur aku dan ibuku tidak tercedera. Sekadar sakit otot sahaja. 

Lebih setahun setengah Wiraku tersadai di depan rumah. Tidak bergerak ke mana-mana. Cukai jalannya dah lama mati. Berhabuk berdebu tubuhnya. Hancing dikencing kucing. Tetapi Wiraku tidak pernah mengeluh. Diam menerima takdirnya. 

Wiraku sering sakit. Baterinya kong. Gear box-nya rosak. Kalau masuk gear 4 atau 5, pasti dia menendang. Brake pad pun dah haus. Dengar cerita, ada masalah alternator lagi. Bumper depan jatuh. Bumper belakang longgar. Absorber longlai. Meter reader sangkut. Tapi pendingin hawanya masih berfungsi dengan baik. Masih boleh menyejukkan tubuh yang kepanasan.

Kira-kira seminggu setelah gambar-gambar ini kuambil, Wiraku telah kuserahkan kepada seseorang yang kupanggil Abang Ujang. Sepupu kepada teman akrabku, Hj Noris. Aku tolak dengan harga RM800. Tak sempat aku ucapkan selamat tinggal kepada Wiraku. Sekadar memerhatikan dari jauh, sambil naluriku melambai-lambai sayu.

"Selamat tinggal Wiraku!"

Bahagian dalam. Sudah terserlah keriput wajahnya.
Tempat duduk belakang.

Saturday, March 10, 2018

Adik mengantuuuukkk...

3 Mac 2018 - Pada sebelah siangnya, Sabriena dah puas main air. Berenang-renang dalam kolam renang mininya. Muat untuk seorang budak aje. Malam tu pulak setelah solat maghrib, kami anak-beranak berempat keluar rumah untuk menjemput Wanie dari asrama di Kajang. Sampai Kajang kira-kira jam 9 malam. Seorang guru sedang menemani Wanie agar Wanie tidak keseorangan. Kami terus menghala ke Medan Selera untuk santapan malam. Kira-kira lebih setengah jam kami di sana.

Di Kajang, wife aku sempat menelefon Syahmie. Nak pastikan sama ada Syahmie boleh balik malam tu jugak. Itu pun kalau majlis makan-makan dengan mentornya dah selesailah. Syahmie kata dia ada game futsal. Tapi setelah berunding, Syahmie bersetuju untuk pulang bersama kami. Jadi kami pun terus meredah malam, mengharung lebuh raya menghala ke Dengkil. Syahmie sedang menanti kami di tepi gelanggang futsal. Dan kami terus pulang ke rumah.

Dalam kereta, Sabriena yang memang tersangat letih sejak petang, telah tidur nyenyak. Bila sampai rumah, kami kejutkan Sabriena.

"Adik, bangun. Dah sampai rumah".

Setelah dikejut beberapa kali, barulah Sabriena terjaga. Dalam keadaan terhoyong hayang, dia cuba melangkah masuk ke rumah. Tapi terkandas di muka pintu. Terbaring dan terlena kembali. Terpaksa aku kejutkan dia lagi. Sabriena terlalu mengantuk. Tak larat nak berjalan menaiki tangga untuk ke bilik. Pada malam tu, Sabriena tidur di bilik bawah saja. Meneman Bibik.


Tewas di muka pintu rumah.

Sempat mimpi pergi Australia sekejap.

Wednesday, March 7, 2018

Tenis di Duta dua beranak

4 Mac 2018 - Minggu ini kelab tenis TTC yang aku anggotai tak buat booking court kat Taman Tasik Titiwangsa. Jadi pada hari Sabtu petang, aku call lah pejabat Kompleks Tenis Jalan Duta nak tempah gelanggang. 

"Hello. Hari Ahad ni ada court kosong?" tanya aku santun.

"Inche, esok court sudah punuh. Ada tunamen. Itu ATP, WTA, sumua ada. Grand Slam pun ada juga," balas petugas kaunter yang berketurunan India itu.

"Ok, tak apalah," jawabku hampa.

Aku cuba hubungi Hanafi, kot-kot dia ada main tenis pada hari Ahad nanti. Bolehlah aku tumpang sekaki. Mesejku melalui whatsapp tidak dibalas. Aku berfikir sejenak. Aaaahhhh! Tak kisahlah. Esok nanti aku akan ajak Syahmie ke Titiwangsa dan redah aje mana-mana court yang kosong. Kami akan main di situ sampai penyewa court datang.


Main tenis anak beranak.

Di Titiwangsa, kereta penuh parking di mana-mana. Aku kena park jauh sikit dari tempat biasa. Dari jauh aku nampak ada court kosong di sebelah hadapan. Wajahku mula mempamerkan ceria. 

"Jom Amie. Jom kita serang court yang kosong tu," ajak ku.

Tanpa membuat regangan otot, kami terus mencapai reket dan memulakan permainan ringan-ringan. Tak sampai pun sepuluh minit kami bermain, si penyewa gelanggang pun datang masuk menghampiri kami. Alamak! Aku ajak Syahmie beredar. Sempat jugak aku menegur sapa si penyewa tadi dengan senyuman.

Otakku tak putus-putus berfikir. Aku capai telefon bimbit. Aku call lagi Kompleks Tenis Jalan Duta. Tanya soalan yang sama seperti semalam - ada court kosongkah? Kali ini responnya berbeza. Court kosong ada! Apa lagi, aku pun cakaplah aku nak sewa dari jam 9.00 pagi sampai jam 11.00 pagi. Aku cuba juga ajak beberapa teman tenis ku untuk bermain sama. Tapi masing-masing ada urusan lain. Jadi aku bermain berdua ajelah dengan Syahmie. 

Kami main tenis dengan rentak yang sangat perlahan. Tak beria-ia nak mengejar bola. Main sekejap, duduk rehat. Santai-santai. Aku main satu set dengan Syahmie. Aku menang 6-4. Saja nak bagi Syahmie praktis pukulan tenisnya. Kira-kira jam 10.40 pagi, kami mula beredar dari situ. Hatiku puas dapat main tenis. Tapi jauh di lubuk hatiku, aku lebih puas dapat beriadah bersama anakku Syahmie dalam sukan yang sama-sama kami minati. Ini akan menjadi kenangan panjang buat aku dan Syahmie. Sudah tentu!

Syahmie dengan gaya tersendiri.

Aku dah botak! Aku dah botak!

21 Januari 2018 - Rambut Amier dah panjang. Tapi taklah sepanjang rambut guitarist rock Man Kidal. Tak jugak sepanjang rambut penyanyi sensasi Anuar Zain. Malah tak sepanjang rambut Haqiem Rusli pun. Tapi Amier dah mula berasa rimas. Rambutnya yang pendek itu dirasakan sangat panjang dan bagai telah melanggar undang-undang sekolah. Lalu Amier membuat keputusan untuk mengajakku pergi ke kedai gunting rambut untuk mencantas rambutnya itu.

Dulu-dulu aku dah pernah suruh Amier botakkan aje kepala dia macam kepala aku. Tapi Amier tak nak. Paling botak pun yang dia boleh pergi setakat pakai mesin potong rambut dengan setting nombor 2. Maknanya setiap helai rambut akan menjadi sepanjang 1 cm sahaja. Tapi kali ini Amier sendiri yang mintak kepalanya dibotakkan. Bukan cukur sampai botak. Tapi pakai mesin rambut jugak pada setting nombor 1. Setiap rambut akan jadi sepanjang kira-kira 1/4 cm (style akulah tu). 

Amier ada masalah kulit kepala sikit. Kalau kepalanya botak, senanglah nak rawat penyakit kulitnya tu. Amier setuju. Dari saat itu, rambut Amier akan selalu dipotong super pendek setiap kali kami ke kedai gunting rambut. Dan setiap kali itu jugaklah, Sabriena akan cakap "Abang Amier botak hairrrr!" sambil tersengih-sengih.

The botak hair boy.