Bahagian 1
15 September 2017 - Telah beberapa minggu selesainya pementasan teater
Bangsawan Dewa Kencana (BDK). Semua yang terlibat berasa lega. Sangat lega. Persembahan dari Pertubuhan Teater Hidayah itu mendapat sambutan yang menggalakkan. Yang menonton berasa puas. Yang tidak menonton berasa rugi. Tapi tak apa, ada rezeki kita persembahkan lagi lain kali.
Kali ini aku nak berkisah lebih santai. Apa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas persembahan - pada malam pertama, kedua dan terakhir. Begini kisahnya...
|
Lang Indah di samping kaunter Armada Malaiu Malaysianya. |
Aku dan isteri telah diberi tanggungjawab menghias laman depan, di bahagian pintu masuk ke auditorium. Kami tiba sedikit awal untuk menjalankan tugas. Petugas teknikal dan pelakon pula hadir mereka jauh lebih awal dari kami. Tugas mereka sudah pasti lebih berat. Di ruang foyer, kami memikirkan cara bagaimana untuk menampal segala poster dan gambar-gambar team BDK yang banyak ke atas ruang menampal yang kecil. Bincang punya bincang, akhirnya satu formula berjaya kami temui. Dengan menggunakan theorem Pythagoras dan sain kosain, kami berjaya menyempurnakan tugasan yang sebenarnya taklah begitu rumit itu.
Di sebelah kami, Lang Indah menyusun dengan tertib barang-barang yang ingin diperlihatkan kepada khalayak - keris, kerongsang, busana, dan lain-lain lagi yang bersangkutan dengan seni Melayu lama. Lang Indah mewakili Armada Malaiu Malaysia. Turut dipamerkan di meja kami adalah buku kompilasi skrip karya Hj Kamarul AR (penulis skrip dan pengarah BDK). Harga promosi cukup murah, cuma RM25 sahaja. Dengar khabarnya sold out. Perlu dicetak semula untuk memenuhi permintaan ramai.
|
Kaunter Hidayah mempamerkan buku himpunan skrip Hj Kamarul AR. Backdrop tu aku dan isteri yang hias. |
|
Pelajar-pelajar sekolah membanjiri ruang foyer. |
|
"Tiket, tiket, tiket. Murah, murah, murah", menanti pembeli tampil. |
|
Sebahagian dari para pelajar yang hadir awal. |
|
Kaunter JKKN meriah dengan buku-buku pameran. |
Turut membuka kaunter ialah JKKN sendiri, dan Qalish Beauty Care, produk kesihatan yang telah menaja t-shirt yang kami pakai. Ruang foyer kelihatan sangat meriah dan ceria. Tapi kelihatannya, kaunter Armada Malaiu Malaysia (AMM) yang paling banyak menerima pengunjung. Sedar tak sedar, memang sangat ramai orang yang berminat dengat artifak yang berkaitan dengan Melayu lama. Maka kehadiran AMM pada malam itu memang sangatlah relevan, malah wajar diberikan sokongan serius dan padu oleh semua pihak agar kesenian dan budaya Melayu ini lebih berkembang dalam era moden ini.
|
Meneliti sebahagian barang pameran di kaunter Armada Malaiu Malaysia. |
|
Pelajar-pelajar sekolah di kaunter Qalish Beauty Care. |
|
Pengunjuung membeli tiket untuk menonton persembahan BDK. |
Sementara menanti jam 8.15 malam, para pengunjung yang hadir awal terpaksa berlegar-legar di ruang foyer sebelum dibenarkan masuk ke dalam auditorium. Kelihatannya ramai pelajar sekolah yang hadir. Kalau tak silap aku, melihat dari t-shirt yang mereka pakai, macam datang dari sekolah di Johor. Namun kesahihannya tak dapat aku pastikan. Semakin lama semakin sesak ruang foyer dengan pengunjung yang tak sabar-sabar untuk menyaksikan persembahan BDK.
|
Mendengar briefing di auditorium sebelum persembahan. |
|
Marup, Shahril dan Azzam dengan cara penghayatan masing-masing. |
Di dalam auditorium, tuan pengarah Hj Kamarul AR sedang membuat briefing dan memberikan kata-kata semangat kepada semua yang terlibat dalam produksi BDK ini. Kami mendengar dengan tekun dan fokus. Ini persembahan malam pertama. Debaranya sudah tentu lain macam rasanya. Tetapi bagi yang telah biasa bermain di atas pentas, sudah pasti agak tenang dan teruja untuk menampilkan lakonan padu buat tatapan penonton.
|
Neo dan R Azmi turut bersiap-siaga menjelang persembahan nanti. |
|
Abang Lan Zailan, Marup, Shahril dan Azzam. |
|
Faisal dan Brader silat memikirkan jurus apakah yang bakal ditampilkan nanti. |
|
Geng-geng silat dari JK Studio Performance akan menggemparkan panggung. |
|
Salman Al Farisi membacakan doa agar segala urusan dipermudahkan oleh Allah Taala. |
Sejurus selesai membuat briefing, Salman Al Farisi membacakan doa selamat, dan kami semua mengaminkan doa tersebut. Kami lebih bersemangat. Mengharapkan persembahan pada malam ini berlangsung dengan baik, hebat dan dapat menghiburkan para penonton. Dan susah pasti yang lebih penting, dapat memberi kesan mendalam bagi setiap yang menyaksikan persembahan yang menyimpan maksud yang tersirat dan sangat bermakna ini.
|
Yusry dan Mardau di hadapan pentas. |
|
Tiga watak utama - Watie, Chi dan Dayang turut menadah tangan berdoa. |
|
Anisa, Nohman dan Shany mengaminkan doa. |
|
Brader musicican. |
|
Nazri - wataknya sedikit tetapi sangat penting. |
|
Mardau, Along Yusry dan Abang Hj Kamarul AR. |
|
Turut mendengar taklimat sebelum persembahan. |
|
Pengarah berdoa. |
|
Memberikan kata-kata semangat. |
|
Motivasi kepada semua yang hadir. |
Aku kembali bergegas ke ruang foyer. Semakin ramai pengunjung yang datang. Ruang foyer yang sempit itu bagaikan sudah tidak dapat menampung pengunjung yang semakin ramai. Akhirnya mereka dibenarkan masuk. Beratur panjang menanti giliran untuk menapak ke dalam dewan persembahan. Tiket dipersembahkan kepada petugas auditorium. Tempat duduk diambil dengan sempurna. Semua berjalan lancar.
|
Murid-murid mula memasuki ruang auditorium. |
|
Penggemar teater muda yang bersemangat. |
|
Tetamu VIP sedang menjamu selera. |
|
Sebahagian mereka dari Yayasan Usman Awang. |
Sepantas kilat, aku meluru ke ruang VIP. Kelihatannya mereka sedang menjamu selera. Sebahagian mereka mewakili Yayasan Usman Awang. Ada beberapa wajah yang familiar bagiku. Namun aku tak dapat mengenal pasti nama mereka. Antara yang aku kenal adalah Prof Dr Siti Zainon Ismail - pernah menjadi guru seniku di Taman Budaya ketika aku masih bersekolah rendah. Setelah mengambil beberapa shot gambar, aku kembali ke ruang foyer untuk merakam situasi di sana.
|
Antara tetamu VIP. |
|
Seniwati-seniwati veteran - Mak Jah, Kismah Johar dan Normah Damanhuri. |
|
Mereka duduk di bahagian hadapan. |
|
Pengarah Teknikal yang berpengalaman besar - BK. |
|
Sebahagian dari penonton yang membanjiri auditorium - para pelajar sekolah. |
|
Penonton dari pelbagai lapisan usia. |
Kelihatan beberapi artis veteran seperti Mak Jah, Normah Damanhuri, Kismah Johar, Seniwati Raftah Bachik hadir pada malam itu. Turut kelihatan Seniman Negara dan tokoh bangsawan - Rahman B. Malah teman-teman kami turut hadir memberikan sokongan. Kami sangatlah berterima kasih dengan sokongan yang kalian berikan. Persembahan bangsawan seperti ini perlu dimartabatkan. Dan kitalah, orang Melayu yang paling bertanggungjawab memainkan peranan itu.
Bersambung...
|
Teman kami - Ienah dan suaminya Muhammad. Ienah juga pernah menganggotai grup Hidayah. |
|
Seniman Negara dan tokoh bangsawan - Rahman B. Sempat aku bersalaman dengan beliau. |
|
Menyanyikan lagu Negaraku. |
|
Semua penonton diminta berdiri. |
|
Masih menyanyikan lagu nasional Malaysia. |
|
"...Raja kita selamat bertakhtaaaa....." |
No comments:
Post a Comment