Setelah melalui latihan gigih yang panjang, diberi perangsang yang membakar semangat, bersiap-siaga sebelum aksi dipersembahkan kepada khalayak, kini tibalah saat yang dinanti-nantikan setiap penonton, malah para pelakunya juga. Bermulanya Babak Pertama!
Kali ini sudah tidak ada apa yang perlu aku ungkap dan kisahkan. Tontonlah aksi-aksi menarik dari babak-babak yang dipentaskan...
Bersambung...
Kencana Remaja yang pertama bertemu penonton sambil mendendangkan sebuah gurindam. |
Kiabang Indera bermegah-megah dengan tampuk kuasa yang baru dirampasnya. |
Kiabang Indera membentuk kerajaan kecilnya sendiri. |
Orang-orang istana yang disogok agar menyokong kepimpinannya. |
Kiabang Indera bertitah lagi. Panjang titahnya. |
Dan terus angkuh dengan kekuasaannya. |
Orang Besar Rantau tampil menghadap. |
Kencana Remaja bergurindam lagi. |
Teringatkan kekasihnya - Dewa. |
Hati sayu cuba dipujuk. |
Semakin dipujuk, semakin merajuk. |
Bonda pun datang menenangkan Kencana. |
Bonda faham keresahan Kencana. |
Kelihatannya kerinduan Kencana terubat juga. |
Bonda memang pandai memujuk. |
Kerana Bonda adalah Bonda. |
Walaupun Bonda memiliki kenangan pahitnya sendiri. |
Kini Kencana sudah semakin dewasa. |
Ada kala terkenang saat Ayahanda Paduka Raja Demara Muazar sedang nazak. |
Paduka Raja Demara Muazar memberikan wasiat terakhirnya. |
Ekspresi dendam Kencana. |
Wangsa Jati masuk, Kencana bagai digugah. |
Wangsa Jati mendidik Kencana menjadi srikandi. |
Wangsa Jati - teman akrab Almarhum Paduka Raja Demara Muazar. |
Sepatah dua nasihat dari Wangsa Jati kepada Kencana. |
Kencana telah bersedia untuk berdepan dunia nyata yang bergelora. |
Dadang bertentang mata dengan gurunya Wangsa Jati. |
Dadang memegang sebilah keris yang dibalut rapi. |
Keris dipersembahkan kepada Wangsa jati. |
Wangsa Jati membuka bungkusan. |
Bagai keris pusaka milik Almarhum Paduka Raja Demara Muazar. |
Keris perlu dikeluarkan dari sarung untuk memastikan kesahihannya. |
Nyata! Inilah keris pusaka itu. |
Kagum dan bersyukur dengan perolehan ini. |
No comments:
Post a Comment