m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, October 9, 2017

Pementasan BDK hari pertama: Pertemuan dan merungkai rahsia

Bahagian 4

Kesampingkan sementara amarah pejuang tulen yang ingin bangkit menentang pemerintah angkuh dan zalim - Kiabang Indera. Sekiranya masih ada yang tidak tahu, Kiabang Indera memiliki suara lunak dan pandai menyanyi, jika saja beliau tidak terbawa-bawa dengan tingkah buas dan egoistik ketika di tampuk penguasaan.

Ruang extra turn sekali lagi menjelma. Dan kali ini penonton didendangkan pula dengan nyanyian bertenaga dari penyanyi sensasi Zack Kool a.k.a. Kiabang Indera. Zack mendendangkan lagu Gadis Melayu yang agak rancak sifatnya. Tatkala beliau menyanyi, penonton ada saja yang ikut menyanyi, sambil kaki menghentak-hentak ke lantai mengikut tempo lagu.

Penonton kemudian dibawa pula ke gua rahsia. Menampilkan Dewa buat pertama kalinya. Dewa, si pendekar perkasa disuruh menjadi petani huma sambil mendalami ilmu agama. Dan Manong Satrialah gurunya. Pertemuan dengan teman seperguruannya, Dadang, dengan ayahandanya, Wangsa Jati, dan seorang gadis srikandi separuh selubung, merungkai satu rahsia yang telah sekian lama dihijabkan dari pengetahuan anak muda yang naif itu. Di gua inilah, Dewa mempertemukan Keris Pusaka yang telah sekian lama hilang. Dan di gua ini jugalah, Dewa bertemu kembali dengan kekasih hatinya - Kencana.

Bersambung...

Zack Kool di atas pentas bersedia untuk menghiburkan penonton.
Penonton telah mula bersorak bila intro muzik dimainkan.
Menyanyikan lagu Gadis Melayu yang pernah dipopularkan oleh Ahmad Albar (Indonesia), Othman Hamzah (Singapura) dan Jamal Abdillah (Malaysia).
Zack menyanyi dengan penuh bersemangat.
Terubat juga kerinduan penonton yang telah sekian lama tidak mendengar nyanyian Zack Kool.
Otai masih berbisa!
Dewa bertemu Dadang di gua rahsia.
Berdialog ringkas sebelum membuka langkah perwira.
Persahabatan mereka bagai diuji semenjak Kiabang Indera berkuasa di Tanah Selendang Mahkota.
Namun Dadang yang bijaksana lebih mengerti apa yang sebenarnya sedang berlaku.
Dewa perkasa masih kebingungan.
Dan terus mencari jawapan.
Dadang cuba menjelaskan.
Manong Satria tampil meluahkan kata-kata pendita.
Tersirat makna dalam setiap lafaznya.
Dewa masih tidak mengerti.
Mengharapkan jawapan segera diperolehi.
Beribu persoalan di benak Dewa.
Siapakah yang bisa memberikan pencerahannya?
Satu Malaysia? (Potong stim kejap).
Manong Satria tetap tenang.
Dan tidak tergesa-gesa.
Satu-satu perihal dikisahkan.
"Hamba keliru. Masih keliru".
Mengharapkan jawapan turun dari langit, mungkin.
Lalu Wangsa Jati tiba bersama dua anak muda.
Dewa bertemu kembali dengan ayahandanya.
Mungkinkah rahsia akan terungkai?
Dua sahabat akrab berpelukan - Manong Satria dan Wangsa Jati.
Dewa dan Dadang masih berdialog.
Dewa memohon ampun dari ayahandanya kerana gagal menemukan Keris Pusaka seperti mana yang diarahkan.
Tertunduk kekecewaan.
Lantas Wangsa Jati membuka rahsia lama.
Srikandi yang wajahnya separuh berlitup rupanya ialah Kencana - kekasih hatinya.
Alangkah gembiranya bila tiga sahabat ini bertaut kembali.
Dewa - malu-malu kucing Parsi.
Tapi mahu tetap mahu.
Dan Manong Satria membuka satu lagi rahsia.
Nama Dewa itu sendiri - Demara Wangsa asalnya.
Wangsa Jati menenangkan anakandanya.
Sesungguhnya semua ini adalah sebahagian dari perancangan rapi bagi menundukkan Kiabang Indera.

No comments:

Post a Comment