m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, October 21, 2017

Pementasan BDK hari pertama: Sesudah persembahan

Bahagian 6 

Setelah Kiabang Indera mati dibunuh, dan Kencana telah melunaskan dendamnya, maka tamatlah persembahan Bangsawan Dewa Kencana pada malam pertama. Lagu Dewa Kencana pun dialunkan oleh Razi dan Mardau. Kemudian tibalah masa untuk 'curtain call' - tenaga produksi dan para pelakon diperkenalkan seorang demi seorang kepada penonton. Nama-nama dipanggil. Namaku juga turut dipanggil, setelah nama Hartini dan nama isteriku Sarah, sebagai pengurus panggung. Waktu tu aku tengah duduk di barisan paling hadapan, yang paling hampir dengan pentas. Bila mendengar namaku dipanggil, aku terus bergegas menaiki pentas ikut tangga hadapan. Hentam sajalah. Seronok jugak bila naik pentas melihat penonton yang memenuhi ruang dewan. Walaupun perananku dalam produksi ini tak sebesar mana, namun bila naik atas pentas tu dah rasa macam artis super star! Kali terakhir aku naik pentas masa curtain call adalah kira-kira 22 tahun yang lalu - produksi Pelayaran Inderaputera II. Walaupun selepas itu aku ada terlibat dengan produksi bersama Allahyarham Dato' Syed Alwi dan dua produksi dengan Hassan Jali, namun aku tak tampil untuk curtain call. Waaahhh.... Sangat seronok rasanya!

Saat yang indah dalam persembahan ini, selain dari berlatih dan membuat persembahan, adalah ketika di atas pentas bersama teman-teman produksi dan para penonton. Sebahagian penonton berasa sangat teruja untuk bergambar dengan para pelakon, khususnya artis-artis yang ternama seperti Dato' Jalaluddin Hassan, Zack Kool dan Mubarak Majid. Malah ada juga yang ingin bergambar dengan para pelakon yang mengenakan busana Melayu tradisional yang sangat menawan. Dan sesama teman-teman produksi turut ber-posing di setiap sudut pentas dalam aksi yang pelbagai. Semua ini sangat-sangat indah untuk dirakam dan dikenang.

Bersambung...

Team baju hitam - di belakang tabir.
Tetamu-tetamu VIP naik ke atas pentas dan diperkenalkan dengan para pelakon.
Sebahagian mereka ialah tetamu dari Yayasan Usman Awang.
Melambai selamat tinggal kepada para penonton.
Masih berinteraksi dengan tetamu VIP.
Tenaga produksi di atas pentas.
Bergambar bersama tetamu VIP.
Pangiran (Dewa) mempersembahkan buah silat untuk para tetamu.
Macam-macam gaya buah silat dipersembahkan.
Zack Kool (Kiabang Indera) mengajak seluruh team produksi untuk bertapa seketika.
Brader silat pop yeh yeh memperagakan aksi pendekar sambil Razi (Dadang) menyanyikan lagu Jampi.
Sebahagian daripada tenaga produksi.
Memberikan tepukan gemuruh buat diri sendiri serta para penonton yang memberikan sokongan.
Team baju hitam beraksi lagi.
Isteriku bersama Yanti dan Shanny.
Pelancong dari Eropah turut terpesona dengan persembahan ini.
Bergambar dengan hero-hero unggul Malaya.
Memperagakan jurus halilintar dan taufan mengaum.
Ini adalah jurus puting beliung menjerit dan ribut mengilai.
Shahril, Neo dan Dean Sitara bersantai di tepian sungai.
Peminat cilik bergambar dengan Mubarak Majid.
Abang Mubarak Majid dan Yanti.
Tiga otai yang power - Pak Morad, Pak Malit dan Abang Mubarak Majid.
Orang-orang kuat persembahan ini.
Wefie bersama rakan dan taulan.
Penonton mengambil kesempatan untuk ber-wefie bersama artis kesayangan mereka.
Gambar ini sangat bermakna bagi pemuda macho ini.
Isteriku bersama Ienah dan Roslan - teman-teman lama dalam teater.
Masih bertiga.

No comments:

Post a Comment