Bahagian 3
Pada
awal-awal babak, penonton telah disajikan dengan kesayuan. Suara Kencana Remaja yang mendayu-dayu bagai merintih kerinduan. Rindu kepada Almarhum Ayahanda Paduka Raja Demara Muazar. Dan rindu kepada yang tersayang, Dewa. Kemudian dihambur dengan keangkuhan Kiabang Indera yang tamak, rakus, bongkak tanpa peri kemanusiaan. Disusuli pula dengan kelicikan para perantau yang menumpang dagang di Tanah Selendang Mahkota. Yang mengundang rasa marah dan dendam kelompok pemberontak yang wajar mempertahankan hak ketuanan mereka yang asal.
Dan kesemua gejolak ini disampingkan dengan persembahan ruang extra turn dengan nyanyian merdu, mantap dan memukau dari Dato' Jalaluddin Hassan. Sejurus beliau melangkahkan kaki di atas pentas, penonton bersorak keterujaan melihat penampilan beliau. Dan bila mulut dibuka, suara dilontarkan mengikut melodi, penonton terus terpukau dengan lenggok romantis yang menusuk kalbu. Dan aku yang menonton berasa sangat bertuah kerana dapat menyaksikan interaksi penghibur dan penonton yang sarat dengan kemesraan.
Bersambung...
|
Di satu sudut pasar, Orang Kaya Rantau datang menghadap Kiabang Indera. |
|
Sesuatu yang molek ingin dipersembahkan. |
|
Kiabang Indera tekun mendengar inginkan kepastian. |
|
Ampu dan puji antara rencah yang disogok Rantau buat Kiabang Indera. |
|
Kiabang Indera menanti apakah yang bakal disajikan buatnya. |
|
Tarian berseni buat halwa mata. |
|
Kiabang Indera berpuas hati dengan apa yang dipersembahkan buatnya. |
|
Lantas bertitah kala emosi sedang menguntum. |
|
Janji-janji manis diungkapkan. |
|
Seluruh warga mendengarkan. Namun emosinya pelbagai. |
|
Antara yang hadir, ada segelintir yang mencemuh di dalam hati. |
|
Suatu anugerah diberikan kepada Orang Kaya Rantau. |
|
Hak berdagang di Tanah Selendang Mahkota. |
|
Orang Kaya Rantau puas dengan perolehan itu. |
|
Ruang perdagangan itu adalah kunci kepada segala imbuhan lain yang bakal mendatang. |
|
Warkah ini milik aku! |
|
Teman-teman Rantau turut gembira dengan yang mereka perolehi. |
|
Watak ini sangat menarik perhatian penonton, malah perhatianku sendiri. |
|
Dato' Jalaluddin Hassan melangkah masuk. |
|
Penonton bersorak dan teruja dengan penampilan ini. |
|
Suara dilontarkan. Penonton terpukau. |
|
Menyanyiakan lagu Broery Marantika - Janganlah Kau Berkata Benci. |
|
Bernyanyi sambil berinteraksi dengan penonton. |
|
Penonton tidak puas dengan sebuah lagu yang didendangkan. Mereka mahu lagi. |
|
Di satu pulau terpencil, pihak yang memberontak berkumpul menyusun gerak. |
|
Semua bagai tidak sabar dan mahu bertindak menentang kezaliman Kiabang Indera. |
|
Rokan, Kesuma dan Kecil menyuarakan rasa hati masing-masing. |
|
Mereka mahu bertindak segera! |
|
Namun Sura yang lebih memahami apa yang sedang terjadi, memohon teman-temannya bersabar. Menanti detik yang lebih sesuai. |
|
Mereka menghormati Sura. Nasihatnya didengar. |
|
Kesuma - wanita waja yang ingin turut berjuang. |
|
Sura bijak mengawal emosi teman-temannya yang sedang bergelora. |
|
Keris dihunus tanda kesiagaan. |
|
Rokan , Kecil dan Kesuma. |
|
Masih berdialog dalam hati masing-masing antara taat dan bertindak. |
|
Kesuma meluahkan isi hatinya. |
|
Sura bingkas mengingatkan amanah guru mereka - Wangsa Jati. |
No comments:
Post a Comment