m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, July 27, 2017

Open house di Neuformation: Banyaknya makanan...

Bahagian 1

14 Julai 2017 - Selamat jalan Syawal. Tahun depan jumpa lagi. Insya Allah. Walau pun musim raya puasa dah lepas, tapi masih tak terlalu lambat untuk berkisah pasal raya kan? Dalam masa di penghujung Syawal, sempat jugaklah kami buat open house kat ofis. Kami buat sambutan secara pot-luck. Masing-masing bawak makanan seorang sedikit. Hati gajah sama dilapah. Hati kuman sama dicicah. 

Awal-awal lagi kami dah buat senarai jenis-jenis makanan yang akan dibawa ke ofis. Biar tak ada clash bawak makanan dari jenis yang sama. Kalau tak salah aku, beginilah senarainya:

1.   Ofis - sate dan kuah kacang
2.   Ofis - kek
3.   Ofis - minuman
4.   Farah - nasi himpit & kuah lodeh
5.   Hann - laksa Terengganu
6.   Ayou - nasi beriyani ayam
7.   Ar Firdaus - bihun goreng
8.   Pok Nik - ayamas
9.   Akmal - apple crumble
10. Shamyl - sandwiches
11. Aku - agar-agar santan berbelang-belang

Dan sebenarnya ada lagi makanan yang aku nampak seperti lemang, rendang ayam, karipap dan timun. Tapi aku tak taulah siapa gerangan si pembawanya. Ucap terima kasih ajelah.

Masing-masng sedang menanti wisel ditiup sebelum menerpa ke arah makanan.
Bilalah agaknya wisel nak bunyi?
Penyediaan makanan oleh kru belakang tabir masih berterusan.
Sate dan lemang.
Laksa Terengganu.
Dessert dan manisan.
Nasi himpit dan kuah kacang.
Bihun goreng. Banyak sangat.
Rendang ayam dan lodeh.
Makan ringan-ringan dulu.
Wajah-wajah gembira Hafeez, Sham dan Muhaimin.
Sejurus makanan dihidang di atas kaunter pantry, pengumuman pun terus dibuat supaya semua pekerja-pekerja kilang berhenti mem-produce lukisan. Dan pergi makan sarapan. Bila aku dengar aje ajakan yang sedemikian, aku pun melompat kegembiraan sambil membuat satu lompatan somersault back flip. Sebijik macam gymnast antarabangsa. Dan terus menerjah ke arah segala makanan yang terhidang dan terbentang luas. Aku memang belum bersarapan. Maka ajakan yang sedemikian adalah bagai pepatah Melayu, "Orang mengantuk disorongkan bantal". Aku mencuba segala jenis makanan. Satu-per satu. Tanpa jemu. Tanpa ragu. Penuh dedikasi. Dan menumpu.

Tetamu rumah depan yang kami jemput.
Awie melayan tetamu kehormat.
Suasana raya lebih dirasakan bila berbusana tradisional.
Semua orang happy pasal dapat makan oepn house.
Salam antara yang paling teruja.
Akmal sedang menilai keenakan juadah yang dihidangkan.
Haz nak try laksa Terengganu pulak.
Hafeez sorok ayam goreng dalam poket baju Melayunya.
Brader ni sambung menikmati hidangan.
Dalam banyak-banyak makanan yang terhidang, aku perasan yang paling cepat habis adalah sate. Walaupun jumlah sate yang di-order sebanyak lebih satu juta cucuk, namun tetap habis licin. Lidi sebatang pun tak tersisa. Baru aku faham, rupanya staf ofis aku adalah peminat-peminat sate yang tegar. Siap ada Kelab Pencinta Sate lagi tu.

Keenakan makanan yang kami bawa kami kongsikan bersama jiran-jiran tetangga yang ada dalam bangunan itu. Kami ajak jiran depan ofis. Lepas tu ajak semua jiran dari tingkat Ground Floor sampailah ke tingkat 100. Tak cukup dengan tu. kami turut mengajak semua penduduk taman yang tinggal di kawasan Ara Damansara. Malah kami lanjutkan lagi jemputan kami sampai ke seluruh penduduk Selangor, satu Malaysia, satu Asia, satu dunia. Pasal makanan memang terlalu banyak. Kalau tak ajak mereka semua, siapa pulak yang nak menghabiskan makanan-makanan kat atas meja tu? Dan akhir sekali, kami turut menjemput makhluk asing dari Planet Marikh, Musystari dan Uranus. Semua tetamu kami nampaknya sangat seronok dan teruja. Termasuklah yang makhluk asing tadi.

Bersambung...

Dua orang tetamu mencuba nasi beriyani ayam.
Salam sedang mendapatkan minuman strawberi perasa ulam-ulaman.
Meja makan yang jugak merupakan meja lukisan dan meja diskusi.
Pok Nik makan memang sangat bersemangat.
Haz dan Muhaimin tiba-tiba terasa macam nak makan sate kat pinggan Fateha pulak.
Makan ramai-ramai sampai pengsan.
Semakin bersemangat untuk makan.

No comments:

Post a Comment