Bahagian 1
15 Julai 2017 - Ehem ehem. Bagi yang dah lupa tarikh persembahan Bangsawan Dewa Kencana di Auditorium DBKL, biar aku ingatkan kembali. Tarikhnya adalah pada 15, 16 & 17 September 2017. Catit dalam kalender dan diari. Jangan lupa!
Akhirnya, pelancaran rasmi produksi Bangsawan Dewa Kencana pun diadakanlah di Kota Damansara. Kumpulan teater Hidayah telah menjemput ADUN Kota Damansara - YB Dato' Hajjah Halimaton Saadiah Haji Borhan bagi menyempurnakan majlis yang gemilang ini. Majlis dijadualkan bermula pada pukul 3.00 petang. Tapi aku dan isteri sampai agak lambat. Ada tetamu kat rumah kami. Pakcik dan makcik sebelah aku. Kenalah buat segala persiapan untuk menjamu mereka. Dan perlu jugak melayani mereka yang datang dari jauh. Tapi syukur, akhirnya kami sampai jugak ketika majlis bersama YB telah hampir selesai.
|
Backdrop banner pelancaran produksi Bangsawan Dewa Kencana. |
|
YB Dato' ADUN bersama Tuan Direktor Kamarul AR. |
|
Surat kepada Kencana. |
|
Pemenang tempat kesepuluh dalam acara berbalas pantun peringkat negeri Selangor. |
|
Kechik mendapat penghargaan yang besar. |
Kami ke sana berpakaian warna merah hati. Memang kami digalakkan memakai baju warna merah-uniform Hidayah. Masa kami sampai kat lokasi, YB Dato' ADUN sedang menyampaikan surat perlantikan/agihan kerja kepada pelakon dan kru produksi. Produksi Bangsawan ini perlu di-official-kan. Menandakan kami memang betul-betul serius dengan persembahan ini. Dan kami nak semua orang tahu pasal ni. Produksi grup teater Hidayah sangat bersungguh-sungguh untuk memastikan kejayaan produksi ini. Setidak-tidaknya sehebat
Bangsawan Kota Lukut yang telah dipersembahkan oleh kami di pentas yang sama kira-kira dua tahun lalu.
|
Team produksi bergambar bersama YB Dato'. |
|
Masih bergambar beramai-ramai. |
|
Persoalannya adalah, siapakah yang bersalah? Semua menuding jari ke arah YB Dato'? |
|
Wefie sekejap sementara berpeluang. |
|
Azlansham menandatangani kontrak menjadi ahli grup teater Hidayah sepanjang hayat. |
|
Penyerahan warkah yang telah dijalin kemas. |
|
Watie bersama Yanti. |
|
Seperti biasa, Azlansham akan memperdengarkan sebuah nyanyian dengan lagunya "Kurela Dibenci" |
|
Antara tetamu yang turut hadir pada majlis ini. |
Sejurus majlis pelancaran selesai, kami bergambar beramai-ramai buat kenangan bersama YB Dato'. Dan seterusnya pengacara majlis menjemput semua hadirin dan hadirat menjamu selera di ruang makan. Malangnya YB Dato' tak dapat lebih lama bersama kami, kerana beliau ada urusan lain yang perlu dilaksanakan. Setelah mengucapkan terima kasih kerana kesudian YB Dato' meluangkan masa bersama kami, beliau pun beredarlah. Dan kami meneruskan acara - rehat sambil makan-makan dan bersembang.
Bersambung...
|
Masa untuk menjamu selera. |
|
Para pendekar yang kehausan. |
|
Enak menjamu selera. |
|
Pangiran Dewa turut berasa lapar. |
|
Dua panglima makan berirama. |
|
"Jemput makan. Jangan malu-malu." |
|
Perbincangan serius sedang berlangsung. |
|
Tuan Direktor sedang memastikan segala perancangan tersusun rapi. |
|
Yati sedang makan sambil meng-upload juadah yang dimakannya. |
|
Dean Sitara dan Anisa makan sama-sama. |
|
Duduk bersantai sebelum mendapatkan makanan. |
|
Isteriku bersama Yanti. |
|
Pengarah muzik, Rosman tiba-tiba mendapat ilham mencipta lagu bila melihat bihun goreng. |
No comments:
Post a Comment