m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, August 1, 2017

Open house di Neuformation: Makan dan ambil hadiah

Bahagian 2

Kami buat open house kat ofis Neuformation. Dan makanan yang terhidang sangatlah banyak. Kami terus makan tanpa henti. Tanpa kenal erti putus asa. Makan dan terus makan sehingga perut membuncit. Mata mengantuk. Nafas menyesak. Walaupun setelah dipanggil tetangga dan taulan untuk turut menjamu selera, nampak gayanya makanan-makanan yang terhidang seperti tak mungkin dapat dihabiskan kerana tersangatlah banyak. Membukit dan menggunung banyaknya. Maka setelah makan, ada di antara kami yang kembali ke meja menghadap komputer untuk terus berurusan dengan pekerjaan masing-masing.

Sham sedang membuat drafting projek di Alaska - Igloo dari tanah liat.
Awal sedang membisik sesuatu pada jiran di sebelahnya.
Hafeez tak pedulikan sekelilingnya. Dia terus pulun menyiapkan kerjanya.
Din mendapat ilham melukis pelan setelah makan ayam dalam pinggannya.
Ayou sedang mengira duit kutu collection bulan ini.
Hann baru nak mula buat kerja setelah kenyang makan open house.
Sekejap lagi Farah nak nak tambah makan laksa Terengganu.
Shahril yang baru nak rembat air rootbeer tersentak dengan kehadiran cameraman.
Azrin tak menang tangan melayan kertas kerja yang sesak di atas mejanya.
Shamyl cuba konsentrasi pada kerja sambil makanan terhidang di depannya.
Keharuman bau nasi beriyani nampaknya mengganggu fokusnya.
Ada juga yang membawa juadah ke meja kerja. Sambil jemari menari-nari di atas papan kekunci, mulut berjoget-joget mengunyah makanan. Barangkali juga ini dapat melegakan sedikit kekusutan yang melanda fikiran ketika menggalas tugas yang membebankan. Namun di satu sudut lain, masih ada yang tak berhenti-henti melayan juadah. Kata orang-orang tua, selagi tak berbunyi guruh di langit, selagi itulah mereka tak berhenti makan. Kebetulan pulak pada hari itu cuaca agak panas terik. Maka sah-sahlah sessi menjamu selera ini akan berlarutan dalam tempoh yang sangat panjang.

Tron turut bertungkus-lumus menyiapkan kerja.
Tetapi terganggu dengan kehadiranku.
Selepas siap kerja nanti, Shahril akan mendendangkan lagu hip-hop kepada rakan sepejabat.
Abang Long Akmal sedang Skype dengan client yang berada di Planet Marikh.
Kumpulan marhaban dari Ara Damansara.
Para tetamu semakin ramai yang datang. Dari segenap pelusuk Nusantara. Ingin merasai juadah yang disajikan oleh kami. Yang bulat datang bergolek. Yang pipih datang melayang. Yang tempang datang mengesot. Yang athletic datang berlari. Yang buta datang meraba. Pokok pangkalnya, semua tetamu datang dengan satu matlamat dan tujuan yang sama - untuk memenuhi tembolok masing-masing dengan sesuatu yang hebat rasanya di tekak, dan hebat juga bila diam di perut.

Dua orang tetamu dari ofis sebelah sedang menikmati juadah.
Masih mengambil makanan.
Lepas ni boleh makan.
Jiran-jiran depan rumah.
Awal sedang telefon pizza delivery pasal takut makanan tak cukup.
Jiran depan rumah ini jugak nampak gayanya puas hati dengan hidangan dan layanan yang diberikan.
Sedang aku tekun membuat kerja seorang diri diam-diam di satu penjuru ruang pejabat, tiba-tiba Akmal memanggil namaku, "Abang Adi, Encik Jalid panggil!" Aku tersentak. Terkejut besar. Kaget. Bagai nak pengsan dibuatnya. Lalu aku pun keluarlah dari tempat persembunyianku. Perasaan ragu-ragu berbaur dengan kerisauan akibat ketidak pastian ini. Perlahan-lahan aku melangkah ke arah En Ar Jalid. En Ar Jalid lalu bersuara lantang,

"Berikut adalah calon-calon bagi kategori penciptaan rekabentuk kad hari raya terbaik bagi tahun 2017. Calon-calonnya adalah Adi, Adi, Adi, Adi dan Adi." Maknanya tak ada orang lain yang masuk pertandingan design kad hari raya melainkan aku. En Ar Jalid menyambung lagi ucapannya,

"Dan pemenangnya adalah......." Debaranku semakin memuncak. Apakah aku berpeluang memenangi pertandingan ini buat julung-julung kalinya? Ataukah aku perlu akur dengan kehebatan pereka-pereka muda yang lebih energetic?

"..........adalaaaaaaaaaahhhhh......" Siap ada drum roll pulak lagi. "Adddiiiiiiiiii!!!!"

Dan aku pun melangkah ke pentas untuk menerima hadiah dari En Ar Jalid. Aku bagaikan tak percaya. Aku menyuruh kawan-kawan sepejabatku untuk menampar mukaku berkali-kali. Dekat seratus kali mukaku ditampar bertubi-tubi untuk memastikan aku tidak bermimpi. Dan En Ar Jalid pun menyampaikan hadiah sebuah hamper berisi pelbagai barangan yang berkhasiat. Aku menerima dengan hati terbuka. Penuh kesyukuran kepada Ilahi.

En Ar Jalid sedang membuat pengumuman kejuaraan dunia.
Aku menerima haidah dari En Ar Jalid.
Tak percaya aku boleh menang (kononnyalah kannnnn...)
Seronoknya dapat hadiah hamper barang kosmetik kecantikan "I Am Me".
Tanpa dipaksa-paksa, aku terus mencapai mikrofon yang kupinjam dari Masjid Ara Damansara dan membuat ucapan ringkas yang memang telah kukarang sejak seminggu lepas. Begini lebih kurang bunyinya:

"Bersyukur kepada Tuhan yang Maha Esa. Terima kasih kepada keluarga saya, pihak penganjur, manager saya. Tidak ketinggalan kepada penyokong-penyokong dan members Fan Club saya. Sesungguhnya kemenangan ini sangatlah tak disangka-sangka. Calon-calon lain semuanya hebat-hebat belaka. Inilah yang dinamakn rezeki. Hadiah ini adalah untuk anda semua di luar sana!!! Terima kasssseeeyyy!!!" Diikuti dengan sorak sorai dari ribuan penonton-penonton yang hadir menyaksikan anugerah yang berprestij ini.

Oleh kerana berasakan pertandingan ini seperti tidak begitu sesuai masa penganjurannya, kerana staf yang lain terpaksa berhempas pulas menyiapkan kerja, malah ada yang perlu bermukim di pejabat, maka aku telah mengagih-agihkan hadiah kemenangan ini kepada sekelian ahli keluarga ofis ini. Yang lain memang tak berpeluang menyertai pertandingan ini kerana kekangan masa dan kerja yang sangat mendesak. Diharap pada masa-masa yang mendatang, penyertaan secara menyeluruh dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Berpuluh wartawan dan papparazzi sibuk mengambil gambar kami.
Salam perkenalan.
Warga Neuformation dan jiran depan rumah.
Siapa buat 'peace' dia menang.
Pok Nik dan Fateha.
Pok Nik dan mesin photostat.
Sebelum bersurai, kami bergambar beramai-ramai. Ada beberapa staf tidak dapat hadir kerana urusan kerja di tempat-tempat lain seperti di Zimbabwe, Zambia, Zanzibar dan Zululand. Inilah sebahagian keluarga warga Neuformation yang telah menjayakan Open House Raya pada tahun ini. Semoga tahun depan kita bersua kembali. Sekian terima kasih.

T A M A T

Group photo.
Kami telah berazam untuk menghabiskan kesemua makanan di hadapan kami.
Keluarga besar Neuformation.
Ada yang tak dapat hadir pada sessi kali ini.
Eh eh... kenapa bangunan ni senget pulak?


No comments:

Post a Comment