m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, August 23, 2016

1 Syawal 2016 di rumah Kak Long: Berkumpul

Bahagian 1

6 Julai 2016 - Ya. Aku tahu. Bulan raya telah lama berlalu. Syawal dah habis. Aidilfitri dan lepas. Tapi cerita raya masih belum sempat aku kisahkan. Maka di atas permintaan ramai, pembaca-pembaca blog 'adisarah berkisah' seluruh dunia, termasuk pembaca dari benua Eropah, Afrika, Amerika Utara, Amerika Selatan, Kutub Utara dan Kutub Selatan, lebih-lebih lagi dari benua Asia, maka aku kisahkan jugaklah perihal peristiwa kejadian di Hari Raya yang telah berlalu pergi.

Kak Esah anak-beranak dah sampai di rumah Kak Long lebih awal lagi.
Amier kepenatan. Lalu tertidur di atas kerusi panjang.
Bersama Kak Ita dan Intan.
Generasi muda melayan gadget. Generasi senior menonton tv.
Amin dan Akid dengan memperagakan pakaian raya masing-masing.
Buah hati Pyan dan Aniza.
Buah hati Kak Long dan Abang Zai jugak.
Wanie dan Syahmie duduk-duduk aje. Tak tahu nak buat apa lagi.
Setelah beraya sakan di segala tempat di seluruh negara, maka kami telah sepakat untuk berkumpul adik-beradik, ipar-duai, biras-beras-padi, di rumah Kak Long & Abang Zai di sebelah malamnya. Sewaktu kami tiba di rumah Kak Long memang telah ramai yang ada kat sana. Ada yang tengah menengok tv, ada yang tengah makan, ada yang tengah bersembang, dan ada yang tengah duduk-duduk saja. Semua mempamerkan wajah yang ceria.

Mendokong cucu saudara.
Atok melayan cucu. Pak Usu Mukamil turut teruja.
Sabriena memberikan kucupan geram kepada anak saudaranya.
Kak Long mendukung cucu saudaranya.
Sabriena sentiasa happy.
Berbual panjang mengenai kekalahan kontinjen badminton Malaysia kepada kontinjen China.
Bersama Yaya dan Intan.
Asyraf dan isteri.
Kami pun masuk ke dalam rumah. Dijemput makan. Tetapi aku tengah sangat kenyang. Al maklumlah, dah makan pelbagai makanan sewaktu beraya pada siang harinya. Aku lepak-lepak dulu tanpa berbuat apa-apa. Dan kemudian barulah aku menyapa lauk-pauk di atas meja sambil bertegur-sapa dengan saudara-mara yang lainnya.

Bersambung...

Wanie sedang mencari ilham untuk menulis sebuah novel bertajuk Kisah Seorang Pemain Badminton Negara.
Syauqi dan Abang Haji Khalid gembira pasal dapat duduk menghadap makanan yang banyak.
Abang Hj Khalid, Syura dan Eca. Dan baby jugak.

No comments:

Post a Comment