Bahagian 5
Sangat lega pemilik-pemilik hati seperti Syafiq dan Alia apabila
majlis pertunangan mereka telah dilangsungkan dengan rasminya. Dan secara rasminya jugak mereka kini telah bergelar tunangan orang. Dan sangat lega pula pemilik hati seperti aku apabila sudah boleh ke khemah santapan untuk menikmati keenakan masakan nasi Arab serta kambing gurun padang pasir yang memang telah sekian lama menjadi pojaan hatikuuuu...
Aku terus mencari sebiji pinggan buat menadah nasi. Ya. Di atas meja masih banyak lagi nasi Arabnya. Kambing Arab juga masih banyak. Malah masih mengembek pulak lagi. Lain-lain juadah juga masih ada untuk aku jamah. Tanpa membuang masa, kucapai dulu masakan dari Timur Tengah ini. Aku duduk semeja dengan anak-anak saudara serta isteriku. Tanpa berlengah, aku baca doa makan. Dan terus kusuap nasi Arab ke dalam mulutku. Aaaahhhhh... Alangkah enaknya. Terasa satu kepuasan yang tiada taranya.
|
Kak Long minum air. Zila makan nasi Arab. |
|
Wawan sedang makan nasi himpit dengan kuah lodeh. |
|
Penuh konsentrasi. |
|
Isteriku sibuk melayan Sabriena yang tak boleh nak duduk diam. |
|
Shasha menggosok belakan Shakirah kerana Shakirah tertelan nasi himpit sebesar bola golf kerana terlalu gelojoh ketika makan. |
|
Macam biasa - Kak Uda sedang makan. Dan makan. Dan makan lagi. |
|
Zila dan Nadia masih makan lagi. |
|
Sri pun tengah makan jugak. Ditemani Haikal. |
|
Kak Piah dan Kak Ogie a.k.a. Datin Hajjah Salamah. |
|
Ibu saudara dan anak saudara - pandangan yang berbeza. |
|
Abby dan Mak Teh nya. |
|
Kak Esah sedang bercerita pasal 1 Malaysia, bukan pasal 1 MDB ya? |
|
Fateh happy di samping datuknya. |
Setelah makan, aku mengitari kawasan khemah. Kulihat para jemputan menyerlahkan wajah kepuasan. Bukan saja nasi Arab yang disajikan, malah ada juga mi kari/rebus, kuih-muih dan lemang serta macam-macam lagi. Sambil duduk-duduk dan bersembang kosong, kami menjamah lagi makanan ringan dan dessert. Santai sungguh suasana pada petang itu. Tiada pressure. Tiada gundah gulana. Yang ada hanya keceriaan dan keramahan para tetamu dan pihak tuan rumah.
|
Ketua Kampung, Fai sedang mengarahkan anak-anak buahnya untuk membina tali air untuk pertanian tahunan. |
|
Elin di samping Fai. |
|
Bergambar sempena sambutan hari jadi Alia. |
Tak lama selepas itu, dua biji kek dikeluarkan dan diletakkan di atas meja makan. Betul-betul di hadapanku. Aku ingatkan nak bagi aku makan kek tu sorang-sorang. Oooohhhh... Rupa-rupanya itu adalah kek hari jadi Alia yang menyambut hari lahirnya pada hari itu. Waahhh! Tarikh ini memang sangat bersejarah buat Alia nampak gayanya.
Kami beramai-ramai menyanyikan lagu Happy Bithday, dan lagu Allah Selamatkan Kamu sebagai meraikan detik bersejarah ini. Untuk menambahkan lagi element patriotik pada petang itu, kami turut menyanyikan lagu Negaraku, lagu Satu Malaysia dan lagu UTC (Urban Transformation Centre). Setelah menyanyi, kek dipotong oleh Alia. Oleh kerana terlalu gembira, Alia telah memotong dadu kek berkenaan agar lebih ramai warga yang hadir dapat menikmati keenakan kek hari jadi berkenaan. Selain menyanyi dan memotong kek, kami turut bergambar. Yang sudah pasti lebih istimewa adalah apabila gambar Syafiq dan Alia dirakamkan bersama.
Bersambung...
|
Alia sangat gembira memperolehi kek birthday. |
|
Potong kek bersama-sama. |
|
Alia dan Syafiq berbincang pasal majlis perkahwinan mereka pada tahun hadapan. |
|
Bergambar bersama anak-anak saudara - Denden dan Falique. |
|
Tiga orang abang sado - Abby, Ali dan Syauqi. |
|
Syafiq pun nak join kategori abang sado. |
|
Dua orang abang sado yang mantop. |
No comments:
Post a Comment