m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Wednesday, August 17, 2016

My friend - Awaluddin

Ini Awaluddin. Dia adalah kawan ofis aku. Kami kat ofis semua panggil dia Awal. Tapi Awal bukanlah yang paling awal sampai ofis. Jugak bukan yang paling awal pulang ke rumah. Awal duduk dekat dengan tempat duduk aku. Hari-hari aku menghadap muka Awal. Akhirnya aku terpaksa jugaklah melukis gambar Awal. Selagi aku tak lukis, selagi itulah muka Awal terbayang-bayang dalam fikiran aku.

Kat ofis aku, dengan Awal lah yang aku paling rapat. Bukan saja pasal dia duduk dekat, tetapi jugak pasal kami selalu berbincang pasal projek yang kami uruskan. Kekadang story pasal hal-hal peribadi jugak. Dan selalu jugak kami solat berjemaah kalau kat ofis.

Tapi, yang paling selalu kami buat adalah buat lawak bodoh taraf antarabangsa. Lawak yang kami buat tu tersangatlah bodoh, sehinggakan kalau orang yang ada IQ sebanyak 10 mata pun takkan faham lawak bodoh yang kami buat tu. Kami sendiri pun terpaksa menurunkan IQ kami semata-mata untuk memahami lawak bodoh yang kami buat tu. Tapi masa nak buat kerja, IQ kami akan dinaikkan semua ke tahap yang sewajarnya.

Awal suka tersenyum dan tersengih. Dan tiap-tiap hari Jumaat Awal akan beli kuih denderam satu bekas dan bagi kawan-kawan makan secara percuma. Itulah Awal. 

Sekian, terima kasih dari aku.

 Pemarkahan IQ
 <10          : Lawak bodoh antarabangsa
85 - 114    :  Average
115 - 129  : Above average
130 - 144  : Gifted
145 - 159  : Genius


No comments:

Post a Comment