m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, November 25, 2014

Rombongan Makcik Mini datang ke rumah

10 Ogos 2014 -Makcik Mini kata dia nak datang rumah kami bersama anak-anak dan cucu-cucu pada hari ini. Kami terus faham, rombongan Makcik Mini biasanya besar. Maka kami pun siapkanlah makanan berupa nasi ambeng yang tersohor di Ampang Jaya. Tapi bukan itu yang menjadi tarikan muda mudi yang berkunjung ke rumah kami. Yang menjadi tarikan utama para tetamu, terutamanya anak-anak, adalah chocolate fountain! Mencurah-curah cecair cokelat berpancutan membasahi ruang tamu bagaikan banjir lumpur di Cameron Highland baru-baru ni. Dan para tetamu tak melepaskan peluang mencelup segala macam makanan ke dalam cecair cokelat itu. Antara yang dicelup termasuklah buah-buahan tempatan, buah-buahan antarabangsa, timun, ayam goreng rempah, nasi berlauk, kuih raya dan apa saja yang boleh dicelup dan disalut dengan cokelat yang enak itu.

Bersama Makcik Mini menghadap lauk pauk nasi ambeng.
Tetiba sepupuku, Hisham teringin nak makan kacang cap Ngan Yin.
Cucu Makcik Mini merenung kuih-muih yang terhidang di atas meja sampai hangus kuih-muih tu akibat pancaran mata berlazer.
Dua orang sepupuku sedang asyik melayan mesej bisnes import export antarabangsa.
Suasana di ruang tamu - tiga generasi.
Nenek dan cucu.
Seperti diduga, chocolate fountain jugak yang dituju anak-anak.
Peminat setia chocolate fountain - anak perempuan Razman dan Wani.
Ada orang buat lawak antarabangsa yang super lawak mega. Wani pun tergelak besarlah.
Lama jugak rombongan Makcik Mini bersantai di rumah kami sambil menikmati juadah yang pelbagai. Anak-anak terus-menerus menerpa ke arah chocolate fountain tanpa silu. Orang dewasa sekadar memamah kuih raya. Tetapi lama-kelamaan tarikan chocolate fountain tak dapat dibendung lagi. Akhirnya yang dewasa juga menyerang hendap terhadap chocolate fountain yang kini telah menjadi fenomena di kalangan masyarakat di luar sana. Di luar sana tu maksudnya di luar rumah kami tu lah. Setelah seketika lamanya berada di rumah kami, akhirnya Makcik Mini dan rombongan memohon diri untuk berundur. Dan dua orang sepupuku, Razman dan Hisham terus memandu sambil gostan (berundur) sampai balik rumah mereka masing-masing.

Razman jugak ingin merasa - apa agaknya yang best sangat pasal chocolate fountain ni?
Sedapnya sate ayam salut chocolate ni.
Menu selanjutnya - biskut raya cecah cokelat.
Inilah dia peminat tegar chocolate fountain.
"Saya sangat puas hati".
Wani turut teruja dengan makanan bersadur cokelat.
"Okay, lepas ni kita balik," kata Razman.

Wednesday, November 19, 2014

TTC Inter Team Close 2014 - Result

15 November 2014 -  Aku dah terlepas. Kali ni memang aku dah terlepas. Tapi aku bukan terlepas bas atau kapalterbang. Bukan jugak aku terlepas kandang. Tapi aku terlepas game tenis sebenarnya. Tak dapat nak join kengkawan yang lain masuk bertanding lawan inter team macam edisi yang pertama dulu. Kali ni Kelab TTC buat pertandingan inter team edisi kedua. Nampak gayanya kali ni lebih hebat. Lebih sengit. Lebih menyengat dan membakar. Dah tak pakai nama bunga sebagai nama team. Kali ni pakai nama buah pulak. Team Anggur diterajui oleh Amir. Team Betik diterajui oleh Azizul. Team Ciku dipimpin oleh Ashraf. Dan Team Duku dikepalai oleh Faizal.

Oleh kerana aku tak sempat nak menengok walau satu game pun permainan mereka, aku straight bagi keputusan pemenangnya ajelah. Juara kali ini adalah Team Ciku. Team Ciku dibarisi oleh pemain-pemain handalan dunia yang terdiri dari Ashraf (Kapten), Eddy, Hashim, Arif, Francis dan Azril. Mereka berjaya membawa pulang wang kemenangan bernilai RM5 juta serta satu piala pusingan. Beberapa insiden penting telah berlaku sebelum dan di sepanjang permainan ini. Berikut adalah kronologinya:

1.   Kapten Team Duku telah membayar pemain perseorangan ranking nombor 1 - Faiz untuk bercuti dan berjoli katak di Batam bagi melumpuhkan kekuatan Team Ciku. Pemain gantian - Hashim telah diupah untuk masuk ke dalam Team Ciku sebagai duri dalam daging. Hashim sepatutnya kalah dalam kesemua permainan yang beliau terlibat. Tapi Hashim telah berpaling tadah. Hadiah kemenangan bernilai RM5 juta, sedangkan Kapten Duku sekadar mnembayar Hashim sebanyak RM5.50 untuk tewas. Nak beli kerang bakar pun belum tentu cukup. Akhirnya Hashim telah bermain bermati-matian sehingga kejuaraan menjadi milik pasukannya.

2.   Kapten Team Ciku pula telah membayar Sukri, orang penting dalam Team Duku untuk ke Sandakan. Kononnya untuk bertanding di sana pula. Sebenarnya, segala-galanya adalah set up. Telah dirancang halus oleh Ashraf. Ashraf telah membayar Loo bagi menggantikan tempat Sukri. Nampaknya, perancangan ini sangatlah berhasil.

3.   Halim telah berjaya membuat servis ace. Itu tak cukup menghairan dan mengagumkan kalau yang kena ace tu Kak Azian. Tapi yang kena servis ace tu ialah Hashim - pemain harapan dunia yang menjadi idola kepada banyak pemain-pemain tersohor di alam ini. Sejurus terkena servis ace dari Halim, para penonton hampir serentak berteriak, "Kemon, Hashim!!!"

4.   Eddy dan Hashim nampak gayanya telah menjuarai tounament ini dua kali berturut-turut.

5.   Aku tak sangka ramalan ku sehari sebelum perlawanan bermula sangat tepat. Aku bagaikan telah menjangka bahawa Team Ciku akan menang pada edisi kali ini.

6.   Dalam diam, aku masih menyokong bekas kapten ku dulu, Amir. Namun aku tahu peluang Team Anggur untuk menang sangatlah tipis. 

Kepada pemenang dan penganjur, serta para pemain dan peserta, aku mengucapkan tahniah. Dan kepada Team Ciku aku ingin bertanya. Boleh tak aku claim kerang bakar 3 bakul?


Team Ciku dianggotai oleh Ashraf (kapten), Eddy, Hashim, Arif, Francis dan Azril. Poster oleh Ashraf.
Team Ciku dengan hadiah yang dimenangi.

Thursday, November 13, 2014

TTC Inter Team Close Edisi Ke-2

Esok, hari Sabtu, pada tarikh 15 November 2014, akan berlangsung kejohanan tenis TTC Inter Team Close Edisi Ke-2 di gelanggang Titiwangsa. Seperti pada edisi yang pertama, empat kumpulan akan berentap merebut hadiah bernilai jutaan ringgit. Dan untuk peringatan dan pengetahuan umum, goup kami yang diterajui oleh Amir telah menjadi juara dengan menggondol hadiah bernilai 450 ribu ringgit. Dan duit tu kami dah pun buat joli katak sampai habis. Tetapi, pada edisi kedua ini, nampak gayanya aku tak dapat menyertai, maka tak dapatlah aku mempertahankan mahkota kejuaraan yang kami menangi dulu. Namun, Kapten Amir akan terus berjuang bersama anggota perajuritnya yang baru. Dan berharap kemenangan dapat dikecapi lagi pada edisi kali ini.

Team Anggur - Poster oleh Asyraf.

Team Betik - Poster oleh Asyraf.
Esok, aku terpaksa mengembara ke Gemencheh untuk menjemput anak sulung aku dari asrama. Jadi aku tak dapatlah join yang lain berjuang di gelanggang. Team kami dulu bernama Team Bakawali. Kami telah berjaya menumpaskan tiga lagi team iaitu, Team Anggerik, Team Cempaka dan Team Dahlia. Kalau ada masa lapang sikit, aku akan kisahkan dalam blog entry aku yang akan datang dengan memaparkan gambar-gambar super hebat, tentang bagaimana semua team berjuang hebat untuk merebut kejuaraan yang ultimate ini.

Team Ciku - Poster oleh Asyraf.
Aku nak buat ramalan sikit mengenai siapa yang mungkin akan merangkul mahkota kemenangan pada esok hari. Ini ramalan aje ya. Yang tak terpilih janganlah kecil hati. Abu Bakar Atan TV3 yang expert pasal sukan tu pun memanjang salah bila buat ramalan. Inikan pulak aku. Ramalan ini dibuat berdasarkan kepada skill, durability, endurance, tactical, strategy dan tipu muslihat masing-masing ketika perang mental sebelum ini. Mengikut pendapat aku, pemenang untuk edisi kedua ini akan jatuh ke tangan kumpulan..... Errr... kalau aku teka betul, kumpulan yang menang tu bolehlah belanja aku makan kerang bakar 3 bakul ya? Okay. Pemenang kali ini adalah....... Errrr... kalau aku teka salah pun, apa salahnya korang belanja aku makan kerang bakar 3 bakul jugak? Baiklah. Pemenang kali ini ialah..... Sure confirm korang tak kisah aku pilih siapa pun ya? Orait. Aku meramalkan pemenang kali ini adalah........... Team Ciku!!!!!! Tapi Team Ciku tak akan menang mudah. Itulah jangkaan aku. Kalau nak tau apa yang terjadi, datanglah ke Stadium Tenis Titiwangsa esok dari pagi sampai ke petang. Dari jauh, aku bagi sokongan untuk semua kengkawan TTC aku. 

Vamos TTCians!!!!!

Team Duku - Poster oleh Asyraf.

Wednesday, November 12, 2014

Meriahnya open house kat rumah Fadzal

30 Ogos 2014 - Syawal dah semakin menghujung. Jemputan ke rumah terbuka masih berterusan kami terima. Satu demi satu. Dan hampir setiap jemputan kami penuhi. Kawan kami Fadzal turut mengundang. Rumahnya pun tak jauh sangat dari rumah kami. Maka senang sangatlah kalau kami nak ke sana. Tak perlu meredah sesak jalanraya yang melampau.

Wanie makan nasi dagang. Penuh pinggan Wanie dengan nasi. Aku pun terkejut melihatkan selera makan Wanie yang agak besar.
Amier memang suka makan ikan. Lauk ikan untuk nasi dagang tu memang sangat-sangat digemari Amier.
Baru lepas makan nasi dagang.
Rehat sekejap. Lepas ni nak makan kambing golek pulak.
Sesampainya di rumah Fadzal, kami nampak ada satu binaan permainan kanak-kanak di hadapan rumah. Macam bumpy castle! Dan ramai kanak-kanak tengah syiok bermain walaupun cuaca agak terik dengan matahari yang menyuluh bak ketuhar. Dan di atas meja hidang, bukan main banyak lagi makanan yang disajikan. Terlalu banyak sampai aku pun tak berapa nak ingat apa menu-nya. Itu tak campur gerai-gerai kecil yang menyajikan apam balik garing, dan kambing yang bergolek-golek di atas bara. Selera kami terus terbuka luas. Seluas padang bola dekat Bukit Jalil.

Gerai menyediakan apam balik garing. Sedap jugak yang ini. Aku dan Amier sangat menyukainya.
Amier nak main. Tapi tak tau nak mula macam mana.
Duduk ajelah macam ni dulu.
Gembala kambing dengan kambing peliharaannya.
Kanak-kanak bermain riang.
Masa aku kecik-kecik, tak ada benda-benda macam ni semua.
Aku ambil kesempatan ini untuk merasa kesemua jenis makanan yang terhidang. Sampaikan biskut crackers dalam tin dan dan air teh-o sejuk dalam kole di dapur pun aku sapu bersih. Satu rumah aku teroka untuk mendapatkan subsidi makanan dari hartawan yang budiman. Sabriena pulak lain kisahnya. Secebis makanan pun dia tak jamah. Sabriena memang tengah mengantuk sangat-sangat. Kat rumah Fadzal, dia cuma tidur aje kat atas kerusi. Nyenyak. Tak tersedar langsung. Dan kami pun tak berniat nak membangunkan Sabriena. Biarlah dia puas tidur. Amier pulak, setelah sudah makan, dia nak jugak bermain kat atas 'bumpy castle' tu. Tapi Amier nak berteman. Kalau tak ada teman, dia malu. Jadi akulah yang menemani dia. Sekejap aje. Lepas tu kami nak balik. Amier macam tak puas main aje. Tapi kami memang kena balik. Amier tarik muka panjang. Panjang macam galah jolok mangga. Walaupun Amier berkeras tak mau balik pada mulanya, akhirnya Amier mengalah jugak.

Fadzal dan Azahar.
Bersama isteri Fadzal.
Wanie nak cari makanan lagi, walaupun kami dah nak balik.
Mmmmmm... sedapnya makanan yang terhidang!
Kami sempat bergambar bersama Fadzal dan isteri sebelum berangkat pergi. Waktu tu Sabriena pun dah bangun dari tidur. Amier masih merajuk. Dia tak nak bergambar sekali. Kami ucapkan terima kasih kepada keluaga Fadzal. Keluarga Fadzal cakap sama-sama. Di lain kesempatan, kalau dijemput lagi, insya Allah kami akan datang. Lagi. Dan lagi...

Bergambar dengan Fadzal dan isteri.
Amier tak join dalam photo shoot ni.
Melihat ke arah rumah Fadzal.

Tuesday, November 11, 2014

Pergi majlis kahwin macam tengok bola

12 Oktober 2014 - Kawan sepejabat wife aku, Kak Mas mengahwinkan anak. Majlis resepsi dibuat di Keramat. Aku selalu jugak datang ke sini main tenis. Tapi tak pernah sekali pun masuk ke dalam dewan. Ini kira first time-lah.

Ramainya manusia kat dewan ni.
Agak sukar nak cari tempat duduk. Semua tetamu datang hampir serentak pada waktu tengah hari.
Walaupun tetamu super ramai, tetapi makanan memang mencukupi.
Belum sampai lagi kat dewan, kami dah terasa betapa jam-nya kat sekitaran jalan menghala ke dewan. Dah ada banyak kereta para tetamu yang parkir kat tepi jalan. Bila kami semakin menghampir, atendan parking suruh kami masuk kat kawasan sekolah agama yang terletak betul-betul kat sebelah dewan. Kat situ memang banyak tempat parking yang masih kosong. Aku pun parking-lah kat situ dengan gembiranya.

Bergambar dengan Kak Mas.
Kini kami masuk kat dalam dewan pulak. Pergh! Bukan main ramai lagi tetamu yang hadir. Bersesak-sesak. Sebijik macam kat stadium bola. Berasak-asak nak beli tiket bola. Aku ingat nak ajak anak-beranak aku makan kat luar dewan aje, pasal biasanya memang ada bangku kayu kat luar. Tapi rupanya kat luar pun dah full house. Termenung jugak kami nak memikirkan mana kami nak duduk. Akhirnya wife aku dapat tempat kat satu meja. Tapi kena duduk pecah-pecahlah. Tak boleh duduk sekali satu keluarga. Tak kisahlah tu. Lalu kami ambil makanan dan makan dengan kadar segera pasal tetamu lain masih ramai lagi yang menanti tempat nak duduk untuk menjamu selera. Aku main sumbat telan aje. Tak sempat nak kunyah pun. Bila selesai aje, kami pun jumpalah dengan mak ayah pengantin sebelum bergerak pergi. Terima kasih kerana menjemput kami ke majlis besar ini.

Ada konsert Jom Heboh gamaknya.
Kat luar dewan dah ramai, bayangkan betapa ramainya kat bahagian dalam pulak.
Yang kat luar ni tak tau dah makan ke belum.

Friday, November 7, 2014

Ada birthday-lah kat Kidz Cabin

21 Jun 2014 -Kami dapat jemputan untuk pergi ke tadika Sabriena - Kidz Cabin. Masa tu kami semua ada kat rumah Kak Esah menghadiri majlis aqiqah anak Kois-Eida yang bernama Harith. Anak saudara kami, Ika kata tuan punya majlis birthday ada mengajak kami untuk meraikan birthday anaknya. Kami pun tak tau. Tapi pasal dah dijemput, maka kami pun pergi ajelah. 

Siapa mak babak birthday boy tu pun kami tak berapa kenal. Bila sampai kat Kidz Cabin barulah kami mencari-cari penganjur majlis. Kami duduk diam-diam kat satu corner dan makan ala kadar. Maklumlah, perut masih kenyang lagi, pasal baru balik dari kenduri. Sekejap aje kami kat situ. Berasa agak canggung jugak. Lepas tu kami pun balik setelah cakap "Thank you" kat mak bapak birthday boy.

Birthday boy dengan cake yang fun.
Antara yang turut hadir.
Kanak-kanak suka dengan majlis yang macam ni.
Berkumpul untuk menyanyikan lagu Happy Birthday.

Menengok orang Arab kahwin di Keramat

30 Ogos 2014 - Sejurus kaki kami melangkah masuk ke dalam dewan perkahwinan, kami seolah-olah terasa bagai melangkah masuk ke daerah timur tengah. Wajah-wajah lelaki dan wanita Arab terlihat di sini sana. Sebenarnya ini adalah majlis perkahwinan adik kepada kawan ofis wife aku. Nama kawan wife aku tu ialah Badariah. Nama pengantin, aku tak taulah pulak. Tetamu sebegitu ramai. Tapi kami dapat jugak menyelit di suatu sudut meja. Dan kami pun makanlah juadah yang dihidangkan.

Sabriena tengah makan kuih agar-agar perasa daun.
Pinggan Sabriena penuh dengan warna-warni.
Pengapit mengajak pengantin menari tarian bulatan.
Pengantin lelaki dijulang.
Gayat jugak bila dijulang macam ni.
Ketika para tetamu sedang sibuk makan, di hadapan pentas terlihat pengantin lelaki diangkat dan dilambung beramai-ramai oleh pengapit-pengapit lelaki yang semuanya berjubah Al-Arabia. Dengar ceritanya pengantin tu nak dibawak berarak naik unta. Tapi unta yang kat Zoo Negara tu tak sempat pulak nak disewa. Jadi pakat ramai-ramai dengan kawan-kawan arakkan sajalah pengantin lelaki tu kat atas bahu pengapit lelaki. Sebelum tu, para pengapit lelaki ada buat tarian bulatan - sejenis tarian yang memang sinonim dengan majlis perkahwinan budaya Arab.

Kami tak lama kat situ. Selepas makan, kami jumpalah keluarga pengantin perempuan, mengucapkan banyak-banyak terima kasih. Dan setelah mendapat goodies bag sorang satu, kami pun melangkah keluar dari kawasan dewan.

Cuba menstabilkan diri.
Disokong oleh kawan-kawan dari belakang.
Mengarak pengantin.
Bawak keliling dewan.