m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, December 29, 2018

Abang Rahim menerima menantu: Peristiwa di pelamin

Bahagian 2

Geng Khatib Koyan  bertemu lagi di majlis perkahwinan Maisarah - anak Abang Rahim. Kami telah melunaskan segala kehendak tekak yang hauskan air. Kehendak perut yang laparkan nasi. Kehendak sendi yang dahagakan joget. Dan kehendak mental yang ketagihkan sembang merapu bersama teman-teman lama. Kesemua kehendak ini akhirnya telah pun tertunai. Tetapi masih terasa ada sesuatu yang kekurangan. Masih ada rempah ratus yang tidak melengkapi sebuah masakan. Oh ya!!! Kami masih belum bergambar dengan pengantin - orang yang diraikan! Maka kami pun bergegaslah memanggil teman-teman Geng Khatib Koyan untuk berkumpul dan menyemarakkan ruang pelamin yang tidaklah sebesar mana.

Berasak-asak kami dengan tetamu-tetamu yang lain untuk mendapatkan tempat yang paling strategik agar kelihatan paling menawan, hensem, ayu dan sado bila dirakam dalam gambar nanti. Kedua-dua mempelai tidak keberatan untuk bergambar dengan kami. Ruang diberikan. Dan kami pun bertenggeklah di atas pelamin bak pengantin juga. Tapi pengantin tua laaa.... Oops! Maaf. Pengantin berpengalaman.

Anak-anak melayan handphone untuk menghilangkan rasa bosan.
Hilangkan dahaga dengan segelas air.
Geng Khatib Koyan berkumpul di pelamin.
Bergambar bersama pengantin dua mempelai.
Mempamerkan wajah-wajah ceria di hadapan lensa.
Di atas pelamin, gambar kami diambil oleh juru foto amatur dan profesional. Bertalu-talu. Puaslah kami bergambar. Gaya formal, dan gaya bebas. Sayangnya Meor dan Pok Me masih lagi sibuk di meja makan mengunyah juadah dalam pinggan. Biarlah mereka makan dulu agar perut dan minda menjadi tenang setelah makan nanti. Dan yang bergambar di pelamin tadi telah pun selesai dan kembali ke meja makan untuk berehat dan menyambung aktiviti berborak santai.

Meor dan Pok Me masih menjamu selera.
Adik Suzana sempat mengusik Meor.
Amin datang membawa utusan.
Kaum ibu sedang bersidang.
Meor dan Pok Me bagaikan terkedu. Ada yang membawa berita gempar sebentar tadi.
Hampir selesai makan.
Pinggan dah kosong.
Adik Suzana dengan sebahagian ahli keluarganya.

Setelah makan, Meor dan Pok Me bergerak ke pelamin. Mereka pula ingin bergambar dengan pengantin. Bermula dengan baik. Penuh hemah dan santun. Tertib dan sopan. Tiba-tiba terbit pula keinginan untuk mempersembahkan sesuatu yang hebat kepada pengantin. Sesuatu yang indah seperti seni silat. Tapi ini bukan silat pulut atau silat pengantin. Bukan juga silat gayung atau cekak. Ia silat maha tinggi. Jurus angin lintang cakerawala. Jurus taufan dan lahar gunung berapi. Aura dalaman yang menghamburkan percikan api dari tujuh benua. Menujahkan silau kilau petir dari angkasa raya. Persembahan seni mempertahankan diri yang sangat ulung ini nampaknya sangat-sangat menghiburkan kedua mempelai.

Bersambung...

"Apa-apa pun kita bergambar dulu".
Gambar santun Meor dan Pok Me dengan pengantin.
Masih mengekalkan imej lelaki Melayu terakhir.
Bagaikan ahli sebuah kunpulan nasyid.
Persembahan silat aura cakerawala telah bermula.
Masing-masing memanaskan badan dengan gerak mudah dahulu.
Jurus unggun marak Merapi.
Bagai pertarungan hidup mati dalam menegakkan ego masing-masing.
Kelihatannya Pok Me sedang mendahului Meor dari segi menzahirkan kudrat keramatnya.
Mempamerkan wajah bengis bagi menggerunkan lawan.
Meor masih mencuba bertahan segala asakan Pok Me.
Tetapi tenaga dalaman Pok Me sangat kuat dan bagai tak terbendung.
Pertarungan yang bagai tiada penghujungnya.


No comments:

Post a Comment