m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, August 22, 2020

TWB bertenis dengan team Filipina: Let's do this again!

 Bahagian 2 (Akhir)

13 Julai 2019 - Kami memulakan permainan persahabatan menentang team dari Singapore/Philippines setelah bersarapan dan bergambar beramai-ramai. Aku menyaksikan team TWB berentap dengan guest team sebelum aku sendiri yang bermain di atas gelanggang. Permainan guest pairs nampaknya lebih consistent berbanding pairs TWB. Kami lebih banyak buat unforced errors. Dan hilang mata demi mata sehingga kebanyakan pairs kami kecundang kepada guest pairs. Tetapi tak semua team TWB kalah. Ada juga yang menang. Antara yang aku perasan menang ialah pair gabungan Pat dan Azlan. Yang lain... krik krik krik... Hehehe... Tak apalah. Bagilah peluang guest menang, kan? Tapi itu yang aku sempat tengoklah. Banyak lagi game yang aku tak dapat saksikan sebab dah balik.

Group photo lagi. (Sumber - TWB)

Bergambar sebelum berentap. (Sumber - TWB)

Senyum dulu. (Sumber - TWB)

Along partner dengan Hariz. (Sumber - TWB)

Antara yang terawal berentap. (Sumber - TWB)

Pat partner dengan Azlan. (Sumber - TWB)

Aku rasa Pat dengan Azlan menang set yang ini. (Sumber - TWB)

Moya partner dengan Lan. (Sumber - TWB)

Guest lawan guest. (Sumber - TWB)

Aku masuk ke gelanggang untuk bergambar. (Sumber - TWB)

Aku partner dengan Along. (Sumber - TWB)

Aku plan nak main satu set aje. Pasal aku ada plan lain, nak pergi beraya ke rumah seseorang siang tu. Mula-mula aku partner dengan Saiful. Itulah first time aku berkenalan dan bermain dengan Saiful. Belum apa-apa lagi aku dah pesan kat Saiful suruh cover aku sikit pasal aku dapat rasakan yang performance aku akan teruk pada hari itu. Tambahan pula aku juga agak low dari segi stamina. Saiful tak put pressure kat aku. Dia pun jalan aje. Dan sewaktu bermain tu, memang aku terlalu banyak buat mistakes dan errors yang simple-simple. Banyak hilang points kat situ. Last-last kami kalah. Teruk jugaklah rasanya. Sorry Saiful, tak dapat den nak nolong ekau. 

Aku ingat lepas tu aku nak balik dah. Lagi pun aku nampak Zaharin dah sampai. Zaharin yang akan menggantikan aku sepatutnya. Tetapi secara tak semena-mena Hariz pulak injured. Aduh! Mau tak mau aku kena ganti Hariz pulak. Wife aku pulak dah call tanya bila nak balik. Dah otak aku dekat rumah, walaupun jasad aku ada kat court. Tak apalah. Aku main juga. Partner dengan Along. Aku harap set kali ni akan berakhir dengan cepat. Maknanya kalah cepatlah. Hahaha... Dengan permainan yang sangat tak fokus, aku main lebih teruk dari yang mula-mula tadi. Along pun tak boleh nak cover aku. Kami kalah. Ini kekalahan kedua aku pada hari itu. Sekali lagi aku mintak maaf kepada partner aku, Along sebab tak dapat perform well. Next time maybe lah. Tapi tak janji jugak. Hahaha... Lepas habis main second set, aku pun terus bergegas pulang setelah mengucapkan terima kasih kepada TWB, especially Syed.


TWB clicks. (Sumber - TWB)

Zaharin partner dengan Saiful. (Sumber - TWB)

Along dan Zaidi lawan Pat dan Azlan. (Sumber - TWB)

We are mentally prepared. (Sumber - TWB)

Let's see who is the better pair. (Sumber - TWB)

Pertarungan sesama sendiri. (Sumber - TWB)

Partner yang mantop - Zaharin dan Saiful. (Sumber - TWB)

Satu lagi partner yang mantop - Pat dan Azlan. (Sumber - TWB)

Bermain di gelanggang redup. (Sumber - TWB)

Gandingan aku dan Saiful. (Sumber - TWB)

Gandingan Hariz dan Along. (Sumber - TWB)

Lega - pertarungan telah selesai. (Sumber - TWB)

Collection dari 'bookies' boleh tahan jugak. Hahaha... (Sumber - TWB)

Yang lain-lain aku pun tak tahu apa yang terjadi. Tau-tau ada orang dapat pingat. Entah team mana yang menang pun aku tak tahu. Apa-apa pun aku harap semua enjoy. Our guests from Singapore pun boleh pulang dengan kegembiraan. Terima kasih kepada yang telah bersusah payah menganjurkan friendly match ini. Kalau ada kesempatan lain, aku memang nak join TWB bermain dengan kawan-kawan tenis dari kelompok lain. Itu pun kalau tak ada aral melintanglah. Okay, kita jumpa lagi pada session akan datang. Insya Allah.

T A M A T

Penganugerahan pingat kepada pemenang. (Sumber - TWB)

Memperagakan pingat masing-masing. (Sumber - TWB)

Ada modal untuk dibawa balik ke Singapore. (Sumber - TWB)

Pingat emas asli bernilai beribu ringgit. (Sumber - TWB)

Menggigit pingat emas untuk memastikan keasliannya. (Sumber - TWB)

Terima kasih kepada Boss besar - Syed a.k.a. S8. (Sumber - TWB)

Semua players puas hati.

Geng Singapore bergambar. (Sumber - TWB)
Group photo setelah selesai game. (Sumber -TWB)




1 comment:

  1. "bantingtravel.blogspot.com
    Cuti-cuti Malaysia in Banting, introducing about Banting attraction and nice restaurant"

    ReplyDelete