Bahagian 1
13 Julai 2019 - Maaf kawan-kawan pembaca sekelian. Ini kisah lama. Macam biasalah. Aku memang selalu peram dulu kisah-kisah yang telah berlaku sampai jadi jeruk dan tapai, barulah aku publish. Hehehe... Tak apalah.
Ini kisah kami, geng Tennis With Buddies (TWB) buat perlawanan tenis persahabatan dengan team dari Singapura. Kira macam friendly match dengan team international-lah. Yang jadi coordinator pada hari itu ialah Syed Azrul. Dialah yang paling sibuk nampak gayanya, sampaikan tak main dalam freindly match tu. Format kami kali ni tak macam yang biasa orang buat. Players dari kedua-dua team digabung dan dipecahkan kepada enam kumpulan. Satu kumpulan ada empat players. Enam kumpulan ini akan berentap sesama sendiri, macam kejohanan liga. Pemenang dikira team mana yang paling banyak menang dan memperolehi paling banyak mata. Ada tiga team dari TWB dan tiga team dari Singapore. Kesemua sekali ada enam team lah.
|
Di gelanggang Universiti Malaya (UM).
|
|
First time aku berada di sini.
|
|
Azlan bersama tetamu dari Singapura.
|
|
Sebahagian daripada players yang hadir.
|
|
Abang Brahem datang, tapi tak pasti dia main atau tidak.
|
|
Bersiap siaga untuk berjuang.
|
|
Teman-teman dari Singapura.
|
|
Punya banyak beg dan bekalan yang dibawa pemain. |
|
Sesi suai kenal di antara satu sama yang lain.
|
|
Masih berinteraksi.
|
|
Ada yang sedang bersembang pasal Serena Williams (itu yang aku sempat dengar).
|
|
Tetamu kami juga agak ramah. Hariz sempat melayan mereka bersembang. |
Kami main di gelanggang Universiti Malaya (UM). Inilah pertama kali aku bermain di sini. Kami datang agak awal. Nak cari parking pun taklah begitu mudah. Aku kena tumpang parkir kat kawasan hostel. Pagi tu cuaca agak cerah dan panas. Tak silap aku masih dalam bulan Syawal kot. Jadi kebanyakan anggota team TWB dah lama bercuti dari bermain tenis. Aku sendiri dah lebih dua bulan tak memukul bola di gelanggang. Memang tune dah off sikitlah. (Kalau main tiap-tiap minggu pun tune off, inikan pula dah dua bulan bercuti). Dan aku ada terdengar yang ada juga kawan-kawan yang dekat setahun tak pegang reket. Wow! Ini lagi dahsyat! Tapi kami belasah aje. Nama pun friendly. Saja-saja lawan bermain tenis untuk cari kawan dan meluaskan empayar persahabatan.
Team dari Singapore ni sebenarnya majoriti adalah warga Filipina. Cuma ada beberapa orang players saja yang merupakan warga Singapura. Tak kiralah warga mana sekali pun. Mereka dah datang ke Malaysia, kami treat mereka dengan sebaik mungkin sebagai tetamu kami. Dan bercakap pasal treat the guest ni, aku tengok memang bab makanan dan minuman, memang kami betul-betul jamu mereka dengan pelbagai makanan dan juadah yang hebat-hebat. Sepanjang aku bermain friendly game bersama group-group lain, tak pernah aku tengok makanan semewah ini. Diharapkan mereka yang datang dari Singapura ini berasa puas hatilah dengan layanan yang kami berikan.
No comments:
Post a Comment