m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, May 15, 2021

Hari Olahraga MAHISS: Tarik, jangan tak tarik!

 Bahagian 11

Sebelum aku mula menyambung menulis, biar aku berceloteh sikit pasal Covid-19, PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan business sabun yang sedang kami usahakan kini. Dah dekat setahun jugak aku tak membuat sebarang post dalam ruangan blog. Bukan ketandusan idea. Tapi rasanya macam teralu banyak perkara yang lebih penting yang perlu aku bereskan. Mungkin juga kerana tenaga tubuh aku dah mula melemah. Dan sedikit sibuk kerana sambil bekerja, kami juga turut mengusahakan satu perniagaan sabun - sabun Rose / Champaqa keluaran INAS Global. Covid-19 dan PKP pula adalah sesuatu yang perlu kita ambil berat demi menjaga keselamatan kita, keluarga dan orang-orang di sekeliling kita. Jadi patuhilah SOP ya?

27 April 2019 - Baik. Sekarang baru boleh sambung bercerita tentang kisah yang telah berlaku kira-kira lebih dua tahun yang lalu. Kisah hari olahraga di MAHISS. Sebelum ini, acara tarik tali final telah berlangsung di antara Team Rumah Hijau dan Team Rumah Biru. Yang menang adalah Team Rumah Hijau yang perkasa bak Incredible Hulk dari Team Avengers. Maka bergaya sakanlah para badang yang gagah di depan kamera meraikan kemenangan yang memang telah dijangka. Ayahanda Pengetua juga tidak ketinggalan, turut sama mengucapkan tahniah kepada pemenang sambil sama-sama bergambar buat kenangan.

Team Rumah Biru bergambar selaku naib juara.

Tetap happy walaupun tumpas.

Team Rumah Hijau pula bergambar selaku juara pertandingan tarik tali perdana.

Maskot Si Bujang Senang berada di barisan paling hadapan.

Semangat bukan main!

Ayahanda Pengetua menimang Bujang Senang yang begitu jinak dan manja.

Sesekali Bujang Senang yang kelaparan cuba menggigit tangan-tangan guru-guru wanita.

Bujang Senang jadi sangat popular pada ketika itu.

Puas bergambar meraikan kemenangan itu.

Pertandingan tarik tali tak habis di situ sahaja. Ada lagi! Kali ini lebih istimewa. Lebih spesel. Team PIBG yang terdiri daripada guru-guru dan para bapa, dengan dibantu oleh beberapa orang pelajar, berlawan tarik tali dengan Team pelajar MAHISS. Aku pun tak ingat, Team Alumni atau Team Pelajar Senior. Team PIBG diketuai oleh Ustaz Saudi, yang kelihatannya tidak gentar langsung menghadapi cabaran yang sedang menanti di hadapan. Kata-kata perangsang diberikan kepada seluruh ahli pasukan agar masing-masing dapat menyemai semangat tidak gentar dan tidak mudah menyerah kalah.

Pertandingan tarik tali yang lebih mendapat perhatian penonton.

Team PIBG melawan Team Pelajar.

Team PIBG sudah sangat bersedia menanti sebarang kemungkinan.

Ustaz Saudi megepalai pasukan.

Tarikan telah pun dimulakan.

Sekarang masuk round kedua pula.

"Kau, kau, kau, tarik kat hujung sana. Yang lain ikut aku tarik kat sini!" Ustaz Saudi memberikan arahan.

"Jangan tarik sehingga aku beri arahan".

Cukup bersedia fizikal dan mental.

Yargh! Yargh!! Yarghhhhh!!!!! Tarik terussssss.....!!!!!!

Dah tak pandang belakang lagi dah.

Bila hon dibunyikan, masing-masing mulalah menarik tali kapal sekuat hati, sampai bagai nak tercabut tangan dibuatnya. Team PIBG ternyata sangat luar biasa kuatnya. Tak terlawan dek Team Pelajar. Round pertama sah milik Team PIBG. Round kedua juga nampaknya tak ada beza. Kemenangan mutlak sah milik Team PIBG. Habis berentap, semua peserta saling bersalaman dan mengucapkan tahniah dan takziah. Jelas pada wajah-wajah pemenang terserlah keceriaan yang bukan kepalang. Tua-tua berisi dan mantap. Bukan kosong! Semua peserta kemudiannya berkumpul untuk bergambar bersama-sama.

Bersambung...

Pertandingan tarik tali pun selesai.

Bersalam-salaman setelah puas bertarung.

Yang menang dan yang kalah bergambar bersama-sama.

Hidup Team MAHISS!!!

Terpancar kepuasan pada wajah Team PIBG yang telah menang.

Otai masih berbisa. Kita kasi sengat!!!

Tahniah kepada kami!!!


No comments:

Post a Comment