m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, September 1, 2019

Majlis resepsi perkahwinan Farid & Mira: Hari Merdeka

Bahagian 1

31 Ogos 2019 - Selamat menyambut Hari Kebangsaan, Hari Kemerdekaan Tanah Melayu yang ke-62! Pada tarikh ini jugaklah kami mengadakan majlis resepsi perkahwinan anak saudara kami, Muhammad Farid Bin Mansor dengan Nor Amira Binti Ismail di Dewan Gemalasari, Bangunan Risda. Majlis pernikahannya telah berlangsung dua mingu lebih awal di Ipoh. Sebagai tuan rumah, sudah tentulah kami agak sibuk pada hari ini. Seluruh anggota keluarga berganding bahu melaksanakan tugas masing-masing mengikut keputusan mesyuarat yang telah diadakan beberapa minggu sebelum itu. 

Kad jemputan perkahwinan.
Hang Amier sedang mengawal di balairung istana. 
Hang Amier, Hang Adi dan Hang Syahmie. Hang Pi Mana tak dapat join kami pada hari ini. 
Anak didik Pendekar Mustar.
Aku suruh semua orang buat pose serius. Tapi Amier tersenyum pulak.
Satu round lagi muka serius. Haaaa... barulah betul.
Wanie ditugaskan sebagai pembantu am dalam semua aspek.
Yana sangat teruja pada majlis resepsi perkahwinan abangnya.
Bergambar sebelum tetamu datang.
Tengah buat sound test.
"Sila ambil perhatian, pemilik kereta plet mombor ABC 1234, sila alihkan kenderaan anda".
Sabriena the "Flower Girl" sedang bergaya dengan bunga.
Sabriena sama macam abangnya Amier masa kecil-kecil dulu. Suka buat muka pelik-pelik ketika bergambar.
Hang Syahmie dengan gaya nasyid.
Hang Syahmie dengan gaya pendekar pulak.

Kami bangun pada awal pagi dan terus bersiap, berbaju melayu dan kurung warna merah hati - maroon. Itulah warna tema pakaian kami pada hari itu. Aku dan isteri terus meluru ke Hospital KPJ Damansara melawat Kak Long kepada isteriku yang sedang sakit tenat. Sempat berjumpa dengan salah seorang doktor yang merawat Kak Long. Doktor menceritakan betapa kritikalnya Kak Long pada ketika itu, dan langkat-langkah rawatan yang sedang dan akan diberikan kepada Kak Long mengkut kondisi semasanya.  Sayu kami mendengar dan melihat keadaan Kak Long. Mohon semua pembaca yang budiman mendoakan kesihatan dan keafiatan Kak Long. Begitu juga dengan seluruh ahli keluarga yang lain - agar Allah memberikan kesihatan buat mereka dan kita.

Bergambar di pelamin. Pelamin telah dirasmikan dulu.
Cantik pelamin yang telah dihias oleh Abi.
Auntie Salbiah turut join kami.
Bergambar puas-puas dulu.
Sebelum pengantin take over.
Tema baju dan background pelamin sangat sepadan.
Solo pulak.
Buka bunga silat oleh Hang Amier dan Hang Syahmie.
Sumbang pun sumbanglah. Hantam sajalah...
Awal-awal pagi lagi, Syahmie dah berada di dewan untuk buat sound test. Syahmie kena berselawat, baca doa, bermain gitar dan menyanyi. Banyak tugas Syahmie pada hari ini. Aku dan isteri pula bertolak dari hospital KPJ Damansara pada kira-kira jam 9.30 setelah melawat Kak Long. Aku dan anak-anak bujang kami terus bersiap dengan sampin dan tanjak di kepala. Sebelum pengantin bersanding, kami ambil peluang bergaya dan bergambar di pelamin. Bekas cikgu kepada Farid yang dipanggil Abi sedang bertungkus lumus memastikan hidangan makanan berada dalam keadaan sempurna sebelum tetamu tiba pada kira-kira jam 11.00 pagi nanti.

Bersambung...

Ustaz yang mengacara majlis. Sedang buat last minute revision.
Abi selaku wedding planner sangat komited menjalankan tugas.
Ayah pengantin - Abang Mansor nampak tenang.
Abang Mansor akan berada di pintu masuk untuk meraikan tetamu.
Syawal anak-beranak berbusana melayu tradisional.
Sifu adat resam dan busana Melayu.
Atuk dan cucu-cucunya.
Sangat segak nampaknya mereka.
Dari kecil sudah dipupuk untuk minat berbusana Melayu.
Sepupu-sepupuku, Abang Mat Ran dan Suria bersama ibuku.
Lama sungguh aku tak berjumpa dengan Abang Mat Ran.
Ibuku sangat seronok diziarahi oleh anak-anak saudara.


2 comments:

  1. Salam..maaf kerana x dpt hadir dlm majlis tersebut kerana berada diluar kawasan dan tiada kesempatan utk pulang.semuga pasangan mempelai akan berbahagia sehingga kehujung nyawa dan memperolehi zuriat yg soleh dan solehah juga diberkati didalam kehidupan dunia dan akhirat.akhir kata sampai kn salam buat semua terutama wak besah sekeluarga.semuga diberi kesihatan yg baik sentiasa..Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana mendoakan. Mohon bertanya, ini siapa ya? Mudah nanti saya nak sampaikan salam kepada Wak Besah.

      Delete