Bahagian 2 (Akhir)
Mesyuarat khas telah pun bermula. Agendanya adalah untuk memilih calon-calon bagi jawatan-jawatan penting dalam persatuan.
Pengerusi:
Ahli mesyuarat telah sebulat suara memilih Abang Kamarul AR sebagai pengerusi. Mengekalkan jawatan yang disandang sebelum ini.
Naib Pengerusi:
Kak Yatie pada awalnya berasa berat untuk menerima pencalonan ini. Setelah dipujuk rayu oleh sebahagian ahli Hidayah senior, akhirnya Kak Yatie bersetuju menggalas tugas ini. Sebagai favour kepada adik-adik yang memerlukan tunjuk ajar dan pimpinannya.
Setiausaha:
Tidak sukar ahli mesyuarat memilih Along Yusry untuk memegang jawatan ini. Pengalaman luas Along dalam urusan kesetiausahaan memberikan rasa konfiden ahli untuk memilih beliau.
Penolong Setiausaha:
Along Yusry diberi pilihan untuk memilih pembantunya sendiri. Yanti Haron telah dipilih. Dan Yanti juga tidak keberatan menyetujuinya.
Bendahari:
Abang Kamarul mencadangkan Nanie, seorang ahli senior yang pernah menggalas tugas ini satu ketika dulu. Tidak ada ahli yang membantah. Dan Nanie sendiri sanggup memikul tugas yang diberikan.
Ahli Jawatankuasa:
Dipilih secara bersama. Mereka yang terpilih termasuklah isteriku, Abang Ibrahim, Nazli Noordin, Nazri Ahmad, Harez, Azeera dan Mummy Sarah.
Pemeriksa kira-kira:
Kak Siti dan Ienah dipilih untuk memegang jawatan ini.
|
Nazri Ahmad dan Harez. Dari jauh Nazri datang. |
|
Nazri berucap panjang lebar. |
|
Meluahkan apa yang terbuku. |
|
Pemilihan sedang dilakukan. |
|
Mendengar hujah-hujah juri awam. |
|
Juri profesional sedang memberi markah kepada para peserta. |
|
"Tone awak sedap. Projection suara okay. Tapi nyanyian.... pitching ke laut!! Grrr... Grrrrr!!!" |
|
Sebahagian dari ahli mesyuarat yang hadir. |
|
Gaya bebas. |
|
Gaya good. |
|
Gaya wefie - kaum ibu. |
|
Tuan Pengerusi baru nak join. |
|
Lepas tu Nazri Ahmad pulak join. |
|
Diikuti pulak oleh Laksamana Hang Yusry. |
Selesai saja mesyuarat, kami bergambar di luar kedai FDK. Macam-macam posing kami gayakan. Gaya formal dan gaya bebas. Setelah puas bergambar, kami kembali ke meja sidang. Acara masih belum habis lagi.
Sesi seterusnya adalah sesi meluah rasa, meluah perasaan. Bermula dengan aku. Macam biasa, kalau tidak dipaksa, aku akan sekadar berkata, "No comment." Seorang demi seorang melafazkan sepatah dua kata mengenai perlantikan baru itu. Meluahkan isi hati mengenai beberapa hal yang agak sensitif. Mengucapkan tahniah bagi penjawat tugas baru. Memohon sokongan dan tunjuk ajar dari seluruh ahli. Mengungkapkan kata-kata motivasi. Serta tidak kurang juga yang membicarakan tentang kekalahan pasukan bolasepak Malaysia di tangan pasukan UAE baru-baru ini.
Majlis bersurai setelah semua isi hati diluahkan. Yang tinggal hanyalah isi perut, yang hanya akan dikeluarkan pada keesokan harinya.
T A M A T
|
Harez dan Syahmie join juga akhirnya. |
|
Bergambar di luar kedai FDK. |
|
Satu lagi posing sebelum kembali ke meja sidang. |
|
Berbicara dari hati ke hati, paru-paru ke paru-paru, limpa ke limpa, ginjal ke ginjal. |
|
Ketua juri profesional masih membuat pengiraan markah. |
|
Tumpuan penuh diberikan. |
|
Pekena bubur kacang hijau yang telah dimasak oleh Abang Kamarul sendiri. |
|
Mimie ajak ngeteh kat kedai sebelah. |
|
Laksamana Hang Yusry berfikir panjang. Sepanjang sedepa. |
|
Catatan rumusan oleh Tuan Pengerusi. |
|
Keputusan mesyuarat dengan ini telah dimuktamadkan. |
No comments:
Post a Comment