22 Ogos 2019 - Sebelum kita berkisah tentang Zeni, marilah kita doakan kesembuhan dan keafiatan kepada sahabat kami Marup Mustapah yang telah ditimpa 'minor stroke' suatu ketika dulu. Keadaan beliau beransur pulih. Semangat semakin kuat. Masih bersama teman-teman yang sama minat dalam teater. Masih mudah melemparkan senyuman buat sesiapa sahaja yang berdamping dengannya.
* * * * * * * * * * *
Kita bertemu kembali di Famili De Kota (FDK) milik Abang Kamarul dan Kak Siti di Kota Damansara. Pusat penggiat teater grup Hidayah ini sekali lagi mengumpulkan penggiat dan peminat seni teater dalam satu sesi istimewa sempena "Gempita Sastera" yang memartabatkan karya Saterawan Negara di pentas teater. Kali ini kami diperkenalkan dengan seorang wanita bernama Zeni. Nama panjangnya kami tidak tau. Masih dibiarkan misteri.
|
Abang Ibrahim antara yang setia hadir pada malam itu. |
|
Begitu juga Nazli Noordin. |
|
Marup yang masih belum sembuh sepenunya turut hadir memberi sokongan kepada teman-teman seperjuangan. |
|
Dua wajah yang baru aku kenal - Mummy Sarah dan Hazmi. |
Baiklah. Untuk tidak membiarkan kalian tertanya-tanya pasal pemilik nama Zeni, siapa orangnya, bagaimana paras rupanya, cantikkah wajahnya, pandai memasakkah, dan lain-lain.... biarlah aku kisahkan sedikit perihal beliau - Zeni. "ZENI" adalah sebuah naskhah yang telah ditulis oleh Abdul Aziz H.M berdasarkan sebuah novel agung karya Sasterawan Negara - Datuk A Samad Said berjudul Daerah Zeni.
Sekian, terima kasih.
Aku tak pernah membaca novel ini, jadi tak dapatlah nak bercerita lebih lanjut. Dua novel A Samad Said yang pernah aku baca ialah "Salina" dan "Langit Petang". Tapi dah lama sangat tuuuuuu... Sebelum era whatsapp!
|
Syel Ramlan dari Sanggar Teater Fauziah Nawi turut terlibat dalam projek kali ini bersama Abang Kamarul AR. |
|
Kak Yatie membaca sebahagian daripada skrip hebat ini. |
|
Abang Kamarul berbincang dengan Kak Yatie pasal mutu badminton Malaysia selepas era Datuk Lee Chong Wei. |
|
Along Yusry ambil gambar selfie di ruang dapur. |
|
Masing-masing bersemangat untuk memulakan acara. |
Malam itu, tuan pengarah, Abang Kamarul AR memberikan sedikit sinopsis kisah dan para pelaku dalam naskhah ini. Ada beberapa pelakon telah dipilih. Namun wataknya masih belum dimuktamadkan, walaupun telah disenarai pendekkan. Dan ada beberapa watak lagi yang masih belum ditemukan pemiliknya. Perjumpaan pada malam itu sangat santai. Tapi matlamatnya jelas. Persembahan perlu direalisasikan pada 11 Oktober tahun ini nanti. Nantikanlah.
|
Memberi tumpuan penuh terhadap apa yang dikatakan oleh Tuan Pengarah. |
|
Abang Kamarul mengulas panjang mengenai skrip ZENI. |
|
"Skrip ini agak berat - ada kira-kira 3 kilo beratnya", kata Abang Kamarul. |
Sambil berbincang, kami makan-makan. Order makanan dari gerai sebelah yang boleh tahan jugak masakannya. Aku dan isteri pesan nasi putih dengan paprik campur. Berselera aku makan. Malam itu juga kami buat sesi baca skrip. Aku stand-in baca skrip untuk satu watak bernama Mohdi. Dah lama aku tak baca skrip kuat-kuat. Dah lebih 25 tahun. Seronok jugak buat script reading ni ya? Terkeluar semua loghat Jawa aku. Dah macam Wak Parjo Kasmain anak Mbah Martojo Saminan! Hehehe... Yang tak berapa seronoknya nak menghafaz skrip. Otak dah tak secergas dulu.
|
Antara yang hadir pada malam itu. Bergambar beramai-ramai. |
|
Abang Kamarul masih mengulas skrip dan keperluannya. |
|
Marup dan Abang Kamarul. |
|
Yang tidak terlibat secara langsung akan memberi sokongan dari belakang. |
Kami sangat bersemangat dengan projek kecil ini. Dan yakin ia akan berjaya. Yang tidak berlakon akan membantu di luar pentas atau di belakang pentas. Kita lihatlah nanti macam mana. Gabungan naskhah yang baik, dan pelakon yang hebat, sudah pasti akan membuahkan sesuatu yang luar biasa. Tapi awas. Abang Kamarul sudah awal-awal memberi amaran, beliau akan bersikap sedikit agresif dalam pengarahan kali ini. Aaaaaarrrrgghhhhh.....!!!!!!!!!
|
Hazmi dan Syel memberi tumpuan. |
|
Abang Kamarul meluahkan ideanya. |
|
Along Yusry sempat bagi mesej kepada geng-geng produksi projek Gempita Sastera. |
|
Belum habis bersembang tentang Zeni. |
|
Hadir memberikan sokongan. |
|
Bertanya khabar. |
No comments:
Post a Comment