Pintu hadapan dibuka semakin luas. Selebar mungkin. Dari ufuk ke ufuk. Biar lebar. Biar hadirin dan hadirat tak keliru. Biar laluan ke dewan majlis terserlah hamparannya. Biar semua tahu, mereka sangat-sangat dialu-alukan oleh kami yang menyambut sekelian tetamu dari dekat dan jauh.
Dalam ramai-ramai tetamu yang hadir, aku turut terlihat kelibat teman-teman jemaah dari Madrasah Ihsaniah Ampang Jaya. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk majlis ini, walaupun jemputan dilakukan pada saat-saat akhir. Ibuku sangat teruja bila teman-teman rapat yang sudah lama tidak berjumpa turut hadir. Sedikit sebanyak terubat jugalah rasa rindu, dan terawatlah rasa sengal-sengal pada tubuh yang tidak begitu sihat.
Ibuku bersama sepupu-sepupunya. |
Jiran rapat serta Jemaah Madrasah Ihsaniah Ampang Jaya - Haji Jabbar. |
Kali ni datang bersendirian saja. |
Muhammad, Ienah dan Ain sedang menjamu selera. |
Beratur untuk mendapatkan cendol lemak manis. |
Sebahagian daripada sepupu-sepupu kami - Kak Eli dan Kak Yanti serta suaminya, Abang Zul. |
Bergambar dengan ibuku. |
Imam Satu - Madrasah Ihsaniah Ampang Jaya - Ustaz Anuar. |
Beratur untuk mendapatkan nasi. |
Abang Mansor berjabat erat tangan tetamu. |
Bersedia menyambut tetamu dengan senyuman. |
Berpelukan dengan tetamu. |
Serta bertanya khabar. |
Kakak-kakak iparku telah sampai. |
Ipar-iparku serta birasku datang setelah menziarahi Kak Long yang masih terlantar di hospital. Masing-masing kelihatan agak lesu, namun digagahi juga untuk memenuhi jemputan kami ke majlis perkahwinan ini. Terima kasih.
Bersambung...
Ketibaan Abang Zahid dan Kak Uda. |
Kak Uda memberi khabar tentang Kak Long. Ibuku kelihatan sedih. |
Kakak-kakak iparku. |
Tetamu beratur panjang...... |
....untuk mengucapkan selamat tinggal dan terima kasih. |
Tiba tetamu lain pula. |
Saudara-mara dari jauh. |
"Jemput masuk", kata Kak Arfah. |
Masih ramai lagi yang di luar. |
Bertanya khabar lagi. |
Ustazah Maharom pun datang juga. |
Guru mengaji ibuku. |
Anak murid dan guru. |
Sabriena sedang bersiap sedia untuk menabur kelopak bunga. |
Kak Lina dan suaminya. |
Makcik Kamisah dan anak-anaknya. |
Gembira ibuku berjumpa dengan kawan sepejabatnya. |
Teman rapat. |
Uncle Silmi dan Auntie Zadiah. |
Memang kenalan yang sangat rapat. |
No comments:
Post a Comment