Majlis resepsi perkahwinan Farid dan Mira berlangsung di Bangunan Risda Jalan Ampang pada Hari Kebangsaan. Tepat jam 11 pagi, tak terlebih awal, atau terlebih lewat walau sesaat pun, sampailah tetamu pertama kami - sepupu kami Abang Mat Ran dan Suria serta keluarga mereka. Lama sungguh kami tak bersua muka. Mereka terus masuk ke dalam bilik rehat untuk bertemu ibuku yang sedang berbaring merehatkan badan. Mereka berborak untuk sekian lama sebelum ke meja makan untuk makan tengah hari. Waktu itu tetamu masih belum ramai lagi. Masih boleh santai-santai. Tak perlu tergesa-gesa atau bersusah-susah mencari tempat duduk.
Mahadi sudah berada di meja makan, menanti ahli keluarga yang lain datang untuk makan bersama-sama. |
Uncle Rahmat menanti tetamu yang lain tiba. |
Menanti saudara-mara dari Pahang. |
Saudara-mara serta sahabat-handai sebelah Abang Mansor juga ramai yang datang kemudiannya. Kami menyambut mereka dengan senyuman. Dan dengan 'tangan terbuka'. Hahaha... Terserlah pada wajah-wajah kami riak kegembiraan melihat ahli keluarga dan teman-teman dari jauh datang ke majlis ini untuk bertemu dengan kami serta meraikan pengantin dua mempelai.
Jom! Jom masuk! Jemput makan. Terima kasih kerana datang. Dan gambar mereka aku ambil satu per satu untuk dirakamkan sebagai kenangan.
Bersambung...
Meraikan tetamu yang hadir. |
Abang Mansor bersembang sebentar dengan tetamu dari jauh ini. |
Kak Arfah dan Nina teruja menerima kunjungan saudara jauh. |
"Jom jemput duduk dan menjamu selera". |
Bibik suap Sabriena makan dulu. |
Mahadi mengambil makanan. |
Wanie pun makan jugak sebelum bertugas. |
Baru sampai. Duduk rehat sebentar. |
Shahir tunggu ahli keluarga yang lain datang sebelum mengambil makanan. |
Sekejap lagi baru nak makan. |
Kami dah lapar. Kami nak makan dulu. |
Serombongan tetamu jauh telah sampai. Abang Mansor menyambut kehadiran mereka dengan keterujaan. |
Jemput masuk ke dalam. |
Terima kasih kerana sudi datang. |
Jom! Jemput duduk. |
Jemput makan. |
Melayan tetamu makan. |
Kehadiran sanak-saudara. |
Berkumpul dulu di gerbang. |
Kita bergambar dulu. |
Lepas bergambar baru makan. |
Berpusu-pusu tetamu yang datang pada masa ini. |
Abang Mat Ran baru nak makan. |
Menikmati juadah yang enak yang disajikan. |
No comments:
Post a Comment