m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, September 13, 2019

Mesyuarat Grup Teater Hidayah 2019: Selamat datang kembali

Bahagian 1

8 September 2019 - Dah sekian lama, Pertubuhan Teater Hidayah tidak bermesyuarat. Untuk berbincang soal perlantikan baru ahli-ahli jawatankuasanya. Dan jawatan-jawatan penting yang untuk seketika waktu masih samar-samar kedudukannya. Itu saja yang perlu dibincangkan segera. Soal projek baru pada masa hadapan, boleh dibincangkan pada lain masa saja. Maka pada pada malam itu, satu sesi mesyuarat agung khas telah adakan untuk tujuan ini.

Aku, bersama isteri dan anak sulung kami, Syahmie sampai di lokasi, kedai makan FDK, pada kira-kira jam 8.40 malam. Yang ada di kedai cuma Abang Kamarul, Kak Siti dan Along Yusry. Aku dan Syahmie terus saja mendapatkan makanan dan minuman - mi goreng, kek dan bubur kacang, serta teh tarik, teh-o ais dan teh-o suam. Kami makan sampai kenyang. Perut dah penuh, baru lebih fokus dalam berfikir ketika bermesyuarat nanti.

Along Yusry siap bertanjak. Abang Kamarul bertopi beret - dua lapis!
Ahli senior dan ahli junior. Kak Yatie dan Azeera.
Yanti menulis warkah. Mimie menjamu mi goreng.
Kak Siti gigih menyediakan makanan dan minuman untuk kami semua.
Kelihatan orang jauh juga telah sampai - Ienah.
"Jom kita ber-candle light dinner dulu sebelum bermesyuarat."
Ibu dan anak berkecimpung dalam bidang yang sama.
Markas operasi grup teater Hidayah.
Ienah bagi mesej pada sang suami - "Kanda, Dinda balik lambat sikit ya?"
Tuan Pengerusi memulakan bicara.
Sambil membelek-belek skrip.
Ahli junior - Harez dan Azeera.
Laksamana Hang Yusry datang menghadap.
Perbincangan yang santai. Sambil bincang, sambil makan.
Mendengar muqaddimah dari Tuan Pengerusi dengan fokus.
Setiap butir kata Tuan Pengerusi disemat ke dalam benak.
Tak lama kemudian, yang lain-lain mula sampai. Memenuhi ruang FDK yang sederhana luasnya. Abang Kamarul menjemput semua menjamu selera dahulu. "Makan, makan. Makan sampai kenyang. Makan sampai pecah perut. Lepas makan baru kita perah otak, sampai pecah kepala." Hidangan enak yang disajikan semakin berkurang dari bekasnya. Kami semua berasa sangat berselera. Nyomp, nyomp, nyomp. Burrrrppp.... Alhamdulillah... Syukur...

Kali ini menyaksikan beberapa muka baru tampil bermesyuarat. Antaranya, Mummy Sarah, Harez dan Azeera. Setelah semua berasa selesa, Abang Kamarul mengajak semua yang hadir untuk duduk di meja sidang. Mesyuarat akan dimulakan! Jom semua!

Bersambung...

Sementara si isteri duduk dalam mesyuarat, si suami melayan telefon bimbit.
Syahmie pulang ke Malaysia dari Mesir semata-mata untuk menghadirkan diri ke mesyuarat agung khas ini.
Merakamkan detik-detik bersejarah yang indah untuk dijadikan memori.
Teman akrab sejak berzaman lamanya.
Laksamana Hang Yusry tiba-tiba mendapat ilham untuk mengarang sebuah syair inderaloka.
Ilham datang tak mengira tempat dan ketika.
Isteriku bersama Kak Yatie dan Ienah.
Pasangan yang dibawa masuk oleh Kak Yatie ke dalam grup teater Hidayah.
Meneliti agenda mesyuarat kali ini.

No comments:

Post a Comment