Bahagian 2
Ya. Setelah sekian lama kisah ini tergantung, kini bersambung kembali. Biar Aku 'refresh' kan balik. Geng NUMSA telah mengadakan
reunion yang ketiga di Hotel Tenera, Bangi. Setelah acara bersalaman, mencam wajah-wajah yang dah semakin menua, makan dan minum, tibalah masa untuk acara cabutan nombor bertuah. Hadiah untuk acara ini banyak. Sangat banyak. Para dermawan NUMSA dengan bermurah hati telah menawarkan pelbagai hadiah yang lumayan dan menarik untuk dimiliki oleh warga NUMSA yang bertuah. Punyalah banyak hadiah yang tersedia, aku rasa setiap yang hadir memang akan dapat satu hadiah setiap seorang. Antara hadiah yang ditawarkan termasuklah buku bacaan, sejadah, barang keperluan dapur, makanan, dan macam-macam lagi. Tetapi antara yang menjadi idaman ramai ialah air zam-zam original sebanyak 10 liter satu botol besar.
Dan juga hadiah-hadiah misteri seperti percutian 10 hari 10 malam di University of Nebraska, Lincoln dengan pembiayaan sepenuhnya. Ada juga hadiah berupa tiket percuma menyaksikan perlawanan American football Cornhuskers menentang Oklahoma Sooners. Hadiah lain berupa boat cruise di Oak Lake, Branch Oak Lake, Pawnee Lake dan Conestoga Lake. Juga bekalan ikan crappie selama sebulan yang diimpot khas dari Lincoln, Nebraska.
|
Nazar sangat teruja dengan hadiah yang diperolehi. |
|
Abang Roslan memberi hadiah kepada Tam pula, berupa tiket ke concert Scorpion dan Centipede. |
|
Angpau raya milik Yus. |
|
Urusetia sedang memilih nombor yang paling beruntung. |
|
Akhirnya Mahzan telah mendapat satu nombor yang terulung. |
|
"Nombor 3,099! Sila ke hadapan untuk mengambil hadiah!" Tak siapa yang tampil. |
|
Menanti hadirin yang bertuah. |
|
Badri pun mendapat duit raya jugak. |
|
Radzi mendapat cokelat perasa ayam. |
|
Masrina dan Abang Roslan menanti lagi. |
|
Sis Adek mendapat cokelat perasa lamb chop pulak. |
|
Atau pun lamb chop perasa cokelat. |
|
Baka sangat terharu mendapat hadiah angpau raya dari Masrina. |
|
Ba turut mendapat hadiah. Berupa tiket kapalterbang ulang alik dari Bangi ke Kajang. |
|
Bro Johari mendapat hadiah spesel yang misteri. |
|
Sis Haslina dengan hadiah misteri dalam beg misteri juga. |
|
Yang ini aku tak sure siapa bagi siapa. Mungkin juga hadiah milik bersama. |
Satu-satu nama dipanggil. Bergilir-gilir. Abang Roslan sebagai antara yang super senior telah diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada penerima yang bertuah. Sewaktu nombor dicabut, semua hadirin berada dalam situasi yang cemas dan penuh debaran. Peluh hangit menitik deras dari dahi. Mencurah-curah. Semua yang hadir dalam mood suspen. Lalu nombor pun disebutkan dengan jelas melalui mikrofon dan pembesar suara. Mereka yang nombornya dipanggil berasa sangat teruja dan gembira. Melompat tinggi kegirangan. Sangat tinggi lompatan mereka sehingga kepala mencecah siling dewan. Dan dengan tak semena-mena nombor aku pulak yang dipanggil. Aku terkejut. Amat terkejut. Sampai dah nak pengsan. Lalu aku berteriak sekuat hati. Menandakan kesyukuran dan kegembiraan. Tangan kugenggam dan lantas menumbuk ke angkasa. Aku ke hadapan mengambil hadiah dari Abang Roslan. Untukku sebotol besar air zam-zam yang diterbangkan khas dari Makkah. Lalu aku membuat ucapan:
"Saya mengucapkan syukur kepada Allah. Berterima kasih kepada ibu dan ayah. Juga kepada fan club saya yang selama ini telah memberi sokongan kepada saya sehingga saya berjaya mendapatkan hadiah air zam-zam yang sangat berkhasiat ini. Terrimaaa kasssseeyyy!!!!"
Bersambung...
|
Ya! Confirm! Hadiah ini akan dibahagi dua. |
|
Tan Sri Lan mendapat hadiah teddy bear dalam beg gambar teddy bear. |
|
Poi dapat minyak masak. Lepas ni boleh ajak kawan-kawan makan lunch kat rumah. |
|
Fadzli mendapat beg anyaman buluh dari Sarawak. |
|
Sis Musma gembira dengan hadiah yang diperolehi. |
|
Hadiah air zam-zam 10 liter menjadi idaman para hadirin. |
|
Hadiah ini matching dengan warna baju. Mesti something very special ni. |
|
Tiba-tiba Mahzan nak menyanyikan sebuah lagu pulak. |
|
Lagu yang di-request oleh hadirin ialah lagu "Di Matamu". |
|
"Hadiah ni bukan saya punya". |
|
"Isi kat dalam dia pun tak menarik". |
|
"Oh! Itu hadiah saya," kata Che Wan. |
|
Masrina pun dapat hadiah air zam-zam. |
|
Sis Lolly juga tak ketinggalan dari mendapat imbuhan bertuah. |
|
Namad mendapat air zam-zam juga. Sesuai untuk mendapatkan tenaga ketika letih bermain tenis nanti. |
|
Sebotol lagi air zam-zam kepada hadirin yang bertuah. |
No comments:
Post a Comment