Bahagian 2
Kami berasa terhibur dan teruja menyaksikan
perbarisan rumah-rumah sukan. Kalau mengikut buku aturcara yang diagihkan, acara olahraga pelajar perempuan telah berlangsung pada awal pagi. Yang itu memang kami tak sempat saksikan kerana kami tiba di MAHISS agak lewat. Tak kisahlah. Yang penting kami dah sampai di sini dan akan memberi sokongan moral kepada anak-anak MAHISS yang bertanding dalam olahraga pada hari itu. Tak kiralah dari pasukan mana pun mereka.
|
Amier masih dengan teman-teman di satu cerun berumput. |
|
Menyaksikan perarakan kontinjen sukan sambil duduk di pinggir parit. |
|
Amier bersalaman dengan Mamanya. |
|
Seluruh kontijen sedang berbaris. |
|
Penuh disiplin. |
|
Bendera sekolah turut dipersembahkan. |
Setelah berlangsung lintas hormat kontijen rumah sukan, doa pun dibacakan. Para hadirin dan hadirat, serta guru-guru dan pelajar, bersama-sama mengaminkan doa. Sejurus doa selesai dibacakan, pengacara majlis, Ustaz Saudi mempersilakan Ayahanda Pengetua, Tuan Md Yusof untuk memberikan ucapan. Hadirin dan hadirat bertepuk tangan mengalu-alukan penampilan Ayahanda Pengetua. Seperti biasa, Ayahanda Pengetua berbicara ringkas. Namun padat dan sarat dengan kata-kata semangat, perangsang, dan motivasi buat anak-anak MAHISS.
Acara masih panjang. Ayahanda Pengetua meringkaskan ucapan beliau untuk memberi laluan kepada acara selajutnya. Dan kami menunggu dengan keterujaan.
Bersambung...
|
Doa sedang dibacakan. |
|
Anak-anak menadah tangan mengaminkan doa. |
|
Masih berdoa. |
|
Ibubapa turut mengaminkan doa. |
|
Tetamu kehormat dan ibubapa berkumpul di sini. |
|
Ayahanda Pengetua memulakan bicara. |
|
Tutur katanya penuh bersemangat. |
|
Penuh motivasi dan kata perangsang. |
|
Apa-apa yang dilakukan sudah pasti dengan sepenuh hati. |
|
Kelihatan tetamu kehormat - YBhg Dato' Ahmad Shapawi Ismail. |
|
Memberi penuh tumpuan. |
|
YBhg Dato' Ahmad Shapawi Ismail. |
|
Sebahagian ibubapa yang hadir. |
|
Sabar mengikuti acara majlis. |
|
Amier dan teman-teman masih di lokasi yang sama. |
|
Sebahagian pelajar perempuan. |
|
Giliran Amier untuk menarik tali masih jauh lagi. |
|
Pelajar putera di pinggir padang. |
No comments:
Post a Comment