m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, April 7, 2019

Reunion Alumni NUMSA: Mendengar ucapan

Bahagian 3

Kami telah pun dihiburkan dengan permainan pelbagai mengikut kumpulan meja. Kemudian telah digembirakan dengan acara cabutan nombor bertuah. Ramai yang melebarkan senyuman sampai ke telinga dengan hadiah masing-masing dalam genggaman. Aku tak terkecuali. Sejurus itu, mood pada malam itu, di dalam dewan sedikit berubah dengan acara yang selanjutnya. Pengacara majlis, Mahzan menjemput secara terhormat, abang-abang dan kakak-kakak super senior yang telah berada di Lincoln Nebraska lebih awal lagi untuk menceritakan detik-detik gembira duka ketika di rantau orang.

Abang Jo turut mengimbau kenangan lalu di Nebraska.
Tumpuan penuh diberikan kepada ucapan.
Abang Nasir pun datang jugak pada malam tu.
Tiba-tiba Pi'ee tampil ke hadapan dan mengambil mikrofon dari tangan pengacara majlis.
"Saya nak nyanyi sat, aaa? Boleh aaaaa?"
"Ish. Tak jadi nak nyanyilah. Segan pulak. Takut sat gi hangpa mintak autograf aku pulak."
Masing-masing duduk diam. Mendengar dengan penuh menumpu. Sesekai ketawa kecil dengan jenaka yang disampaikan. Dan ada juga kisah-kisah silam yang menyentuh hati. Para perintis, warga Malaysia di bumi Nebraska perlu mengharungi semua pengalaman yang bermakna ini dengan sendiri. Cuma disokong oleh teman-teman akrab yang pada kala itu tidak seramai mana pun. Aku kagum dengan ketabahan dan kecekalan mereka, abang-abang dan kakak-kakak kami yang telah membuka jalan bagi kami yang lebih junior ini.

Orang-orang kuat NUMSA. Bukan kuat macam Badang, tapi kuat bekerja menjayakan pertemuan ini.
Masrina dan Sis Musma.
Sis Azlina termenung panjang.
Kakak-kakak senior ku.
Sis Adek siap bagi dua thumbs up. Maknanya dia suka makan kacang Cap Ngan Yin.
Di satu sudut meja para muslimah.
Turut kelihatan Fadzli dan isteri.
Kakak-kakak super senior.
Bersyukur dapat hadir pada malam ini bersama teman-teman lama.
Memang banyak wajah super senior yang tidak aku cam. Namun jiwa Nebraska mereka tetap dapat kurasa auranya. Apakah itu jiwa Nebraska? Entah? Aku pun tak tau. Aku cuma main sedap tulis aje. Biar nampak macam sentimental lah konon. Hahahaha..... Cuma bagi aku, jiwa Nebraska aku ada dua perkara: memancing dan tenis. Sebab aku memang mabuk buat dua benda ni masa aku kat Nebraska. Aduh!

Bersambung...

Bro Said, antara orang terawal yang aku kenali ketika di Nebraska dulu.
Sambil mendengar ucapan, sambil layan telefon.
Tam dan Prof Mael.
Tam sedang bertafakur sebentar.
Sebelum menyambung perbincangan.
Duduk dekat dengan meja hidang supaya senang nak mencapai makanan.
Semua yang hadir tersenyum girang.
Adakah itu Osman? Classmate ku? Ya. Tapi masa kat sana aku tak perasan pulak. Sorry Osman. Next time kita ngeteh sama ya? By the way, Osman pun suka makan kacang Ngan Yin jugak. He he he...
Haji Nordin dan Poi. School mate dulu ni masa kat Kelantan.
Datuk Azizi, Marzuki dan Raja.
Mendengar dengan penuh konsentrasi.
Haji Firdaus dan Haji Rahim. Sama-sama berkupiah hitam, berbaju merah.


No comments:

Post a Comment