m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, April 28, 2019

Hari Olahraga MAHISS: Persaingan bermula

Bahagian 1

27 April 2019 - Hari Sabtu semalam merupakan hari Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan MAHISS (Maahad Hamidiah Islamic Secondary School) yang ke-41. Kalau tak silap aku, inilah kali pertama kami menghadiri temasya sukan di MAHISS. Kami diberi tahu oleh Amier yang dia ada mengambil bahagian dalam sukan pada kali ini. Amier masuk pertandingan tarik tali final. Amier rumah Biru, dan lawannya adalah rumah Hijau. Jadi pada pagi itu, aku dan isteri pun mengenakan pakaian warna biru untuk menyokong team rumah Biru Amier.

Tapi kami bertolak ke MAHISS tidaklah terlalu awal sebab nak menyudahkan apa-apa yang perlu di rumah. Lagi pun acara tarik tali biasanya diadakan pada penghujung temasya. Ia kebiasaannya akan menjadi acara kemuncak sebelum penyampaian hadiah. Jadi kami bertolak ke MAHISS pada kira-kira jam 9.30 pagi.

Perarakan Team Rumah Merah.
Pelajar puteri mengenakan pakaian kelopak bunga.
Sorak rumah Merah.
Team Rumah Merah penuh bersemangat.
Perarakan si bunga raya.
Amier dan rakan-rakan menonton dari tepi padang.
Selesa duduk di atas rumput sahaja.
Sebahagian pelajar yang hadir memberi sokongan kepada rumah masing-masing.
Amier menanti acaranya tiba di penghujung temasya - tarik tali final.
Peace yo!
Ramai jugak pelajar yang hadir.
Para ibu bapa turut memberi semangat.
Jom kita sorak ramai-ramai!
Menonton dengan sabar.
Tetamu kehormat dan sebahagian ibu bapa duduk di bawah bumbung astaka.
Sesampainya di sana, acara perbarisan sedang berlangsung. Rumah Merah sedang mempersembahkan sorak semangat ala Haka Maori. Sangat menarik dan menghiburkan. Sejurus itu, pasukan rumah Biru pula tampil dengan persembahan mereka yang juga tidak mengecewakan. Seorang adiwira ala-ala Avengers bertarung dengan penjahat villain ala-ala Thanos. Tetapi sebelum itu, para penjahat telah mengganggu ketenteraman kaum obor-obor di lautan biru. Kesudahan persembahan ini berakhir dengan kemenangan di pihak adiwira. Hooreyyy!!! Kami yang duduk di tepi padang bersama para ibubapa dan murid-murid menonton aksi di padang dengan penuh keceriaan.

Bersambung...

Ayahanda Pengetua bersama tetamu kehormat.
Team Rumah Biru pulak tampil membuat persembahan.
Obor-obor (agaknya) diganggu oleh penjahat di dasar lautan biru.
Lagi aksi menarik dipersembahkan.
Konflik di lautan.
Superhero the Aquaman pun datang untuk menyelamatkan keadaan.
Aksi pertarungan bermula.
Seorang penjenayah telah jatuh tumpas.
Supervillain pulak datang menyerang super hero.
Alamak! Superhero jatuh tergolek dog.
Superhero bangkit kembali meneruskan pertarungan.
Ketiga-tiga supervillain jatuh setelah ditewaskan oleh Aquaman.
Lalu supervillain pun bertaubat.
Ini Team Rumah Biru pulak membuat sorakan semangat.
Superhero Aquaman mengetuai pasukan rumah Biru.
Sangat bersemangat.
Cita-cita tinggi melangit. Untuk menjadi juara kejohanan pada kali ini.
Encik Aquaman masih tersenyum kegembiraan setelah menang dalam pertarungan tadi.
Ingin merampas takhta kemenangan dari rumah Hijau.
Jom kita bergerak ke arah kejuaraan!


No comments:

Post a Comment