m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, March 26, 2019

SEMESTA: Mesyuarat PIBG yang pertama dan terakhir

22 Mac 2019 - Hari ini kami ke Raub untuk menjemput Amier yang bersekolah di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA). Murid-murid sekolah akan bercuti penggal selama seminggu. Maka kami nak bawak Amier balik ke rumah. Tapi pada sebelah pagi ada mesyuarat PIBG. Kami masuk ke dalam dewan untuk turut mendengar apa yang diperbincangkan. Dan untuk memilih calon-calon yang bakal memegang jawatan dalam persatuan PIBG sekolah.

Kami duduk di sebelah kiri dewan.
Berborak dengan teman parents.
YDP PIBG sedang berucap panjang.
Antara yang disentuh adalah isu air.
Naib YDP En Murshid. Aku mengenali beliau sebelum ini kerana anak-anak kami bersekolah di sekolah rendah yang sama. 
Kami dibekalkan dengan sarapan yang terdiri daripada bihun goreng dan air. Kami cari tempat duduk, dan berjaya menemukan tempat di sebelah kiri dewan. Waktu itu YDP PIBG, YM Dato' Tengku Rahman Tengku Perang sedang berucap. Agak panjang ucapannya, dan penuh pengisian. Diikuti oleh kata-kata aluan dari Penolong Kanan Pentadbiran SEMESTA, En Mohd Basri. Pendek dan padat ucapannya. Tak lama selepas itu, AJK PIBG sesi 2018/2019 pun dibubarkanlah. YM Dato' Tengku Rahman menjadi pengerusi sementara. Dan pemilihan AJK baru pun berlangsunglah. Ibu bapa pelajar memilih calon pilihan mereka dengan penuh bersemangat. Kami tidak terkecuali.

Keputusan pemilihan adalah seperti beikut:

YDP PIBG - En Ahmad Murshid Ahmad
Naib YDP - En Razali
AJK - En Rosmin, En Asri Sudin, En Wan Adlin, ASP Juhari, Dr Sarifah, Pn Asnida

Kelihatan di meja hadapan Cikgu Ismail dan En Mohd Basri.
Sebahagain dari AJK PIBG sesi 2018/2019. 
AJK PIBG wanita sesi 2018/2019.
YDP PIBG meneruskan ucapan.
Kelihatan En Razi dan isterinya.
Suasana di dewan sidang.
Suasana agak tenang.
Mesyuarat Agung PIBG SEMESTA kali ke-34.
Ibu bapa berebut-rebut nak menjawab soalan matematik kerana nak kan hadiah lumayan yang ditawarkan.
Sebahagian ibu bapa ingin menjawab kuiz IQ.
"Siapa nak hadiah?" Ramai yang angkat tangan.
"Kami pun nak hadiah jugak!" teriak hadirin di dewan.
Mengumumkan barisan AJK PIBG yang baru.
Selepas mengundi, kami terus keluar dewan untuk ke pejabat. Sebenarnya hari itu merupakan hari terakhir Amier bersekolah di SEMESTA. Kami telah aturkan pertukaran sekolah Amier - dari Raub beralih ke Kajang. Jadi, segala urusan surat-menyurat perlu diselesaikan terlebih dulu. Setelah mendapatkan fail peribadi Amier dari Cikgu Shahidee, dan bersalaman dengan Cikgu Ismail yang telah banvak membantu kami sepanjang Amier bersekolah di SEMESTA, kami pun bergerak keluarlah dari pekarangan sekolah. Seorang pelajar senior tingkatan 4, Darwish kami tumpangkan ke stesen bas di tengah bandar. Selamat tinggal SEMESTA. Ada rezeki, kami jengah lagi bertanya khabar. Semoga SEMESTA terus maju jaya dan cemerlang hendaknya.

En Mohd Basri membuat pengumuman.
Barisan AJK PIBG yang baru, YDP En Murshid dan Naib YDP En Razali.
Turut kelihatan En Wan Adlin.
Dan Puan Asnida.
Bersedia menggalas tugas.
YDP baru membuat ucapan.

2 comments:

  1. Kenapa Amier pindah sekolah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak serasi. Lagi pun jauh sangat kalau nak visit dia regularly. Sekarang dekatlah sikit.

      Delete