Bahagian 2 (Akhir)
Setelah dipanggil, kami melaporkan diri untuk membentuk
Team Jerat bagi memeriahkan festival teater negeri Selangor tahun ini. Baca skrip sudah. Makan minum pun sudah. Sekarang tiba masanya untuk sesi kedua. Baca skrip untuk kali kedua. Lepas ni akan ada sesi brain storming (ribut otak). Aku tak terlibat dalam lakonan. Jadi macam biasalah, ambil gambar orang yang berlakon. Dari pengamatan aku, ada beberapa watak memang dah cukup power untuk di-confirm-kan peranannya dalam naskhah ini. Walaupun baru baca skrip, dah terasa kesungguhan dan kesan lakon suara mereka.
|
Membelek naskhah. |
|
Puan direktor sedang mengulas kisah di sebalik naskhah. |
|
"Naskhah ini memaparkan kehidupan masyarakat Eskimo di Alaska," kata Kak Yatie. |
|
"Sekarang saya nak ajar cara menyedut nafas dari tulang perut. Cuba ikut semua....Fffffhhhhmmmm..." |
|
"Itu senang aje," jawab Abang Ibrahim. |
|
"Saya biasa sedut nafas ikut kepala lutut. Itu lagi mencabar," ujar Que Rose. |
Seperti selalu, Abang Lan Zailan menambahkan warna dalam sesi kali ini dengan humornya yang bersahaja. Selepas selesai sesi membaca skrip, Kak Yatie Yusof membuka ruang untuk audien membuat komen dari segi lakonan, watak, jalan cerita, dan naskhah secara keseluruhan. Kami pun memberikan pandangan kami masing-masing. Kak Yatie mendengar dengan teliti dan penuh menumpu. Dia tidak menolak. Sebaliknya menerima dan menilai kesesuaian idea-idea yang disampaikan, sama ada wajar diambil kira atau tidak.
Perjumpaan "JERAT" kali pertama ini bagi aku sangat successful. Memang terlalu awal untuk memuktamadkan segala-galanya. Tetapi laluan mula menghala ke pentas persembahan sudah ternampak jalannya. Kami akan bersama-sama memainkan peranan masing-masing, biar besar maupun kecil agar visi ini dapat direalisasikan. Perjumpaan ini tidak habis di sini saja. Kami sambung bincang lagi di kedai makan Indah Syawal di seberang jalan. Dekat situ aje pun rasanya lebih sejam jugaklah kami bersembang. Semoga seluruh perjalanan Teater JERAT ini dipermudahkan, dengan natijah yang memanfaatkan.
T A M A T
|
Penghayatan watak Abang Lan Zailan sangat mendalam. Tak siapa boleh mengganggu. |
|
Halmy nak buat album baru, featuring Shahril. |
|
Semua orang nampaknya sangat gembira sebab pengarah kata ada bonus tiga bulan untuk pelakon dan kru. |
|
Mus dan Que berbincang serius mengenai naskhah ini. |
|
"Kalau kita letak unsur-unsur alien dari Marikh mesti lagi gempaq," cadang Que. |
|
Inilah naskhah "JERAT" yang menjadi kegilaan anak-anak muda seMalaya. |
|
Bergambar secara berkumpulan. |
|
Tentatif pelakon dan kru. |
|
Bermula di sini. Berkesudahan di atas pentas megah. |
|
Barisan kumpulan nasyid Al-Jeraaatun". |
|
Masih ber-posing sakan. |
|
Masing-masing bersemangat untuk menjayakan pementasan ini. |
|
Semoga sukses semua. |
No comments:
Post a Comment