Bahagian 1
14 Mac 2019 - Hari Khamis lepas merupakan hari yang suspen buat mak bapak dan anak-anak yang ambil SPM tahun 2018. Ini termasuklah aku, isteriku dan anak kami, Wanie. Keputusan SPM keluar pada hari ini. Jam 10.00 pagi keputusan akan dimaklumkan kepada umum. Pagi itu aku mintak cuti. Aku dengan isteri dan Wanie bersiap awal untuk ke sekolah lama Wanie di Maahad Hamidiah Kajang. Aku tengok Wanie macam tenang aje. Tapi dalam hati tak siapa yang tau. Aku juga pada pagi itu cuba bersikap terbuka dengan apa saja keputusan yang bakal diumumkan.
Dalam perjalanan ke Maahad Hamidiah, isteriku telah terlebih dulu cuba mendapatkan keputusan peperiksaan melalui SMS. Setelah SMS dihantar ke nombor yang tertentu, keputusan pun keluar melalui pesanan ringkas itu. Isteriku kata Wanie dapat satu B+. Aku berasa sangat lega. Isteriku pun begitu juga. Wanie menangis. Tak taulah kerana sedih atau kegembiraan. Tetapi keputusan itu aku anggap hebat. Menyamai pencapaian abangnya, Syahmie dua tabun lepas.
|
Menanti Ayahanda Pengetua mengumumkan keputusan SPM 2018. |
|
Para hadirin hadirat memenuhi Dewan Al-Syafie. |
|
Debaran di hati ibu bapa dan anak-anak. |
|
Ayahanda Pengetua Cikgu Md Yusof sedang berucap. |
|
Berfikir sejenak sebelum menyambung ucapan. |
|
Lafaz ucapan penuh bersemangat. |
|
Antara yang hadir - YDP PIBG Tuan Haji Ir Jazlan Ahmad. |
|
Turut hadir - Penolong Kanan Tingkatan 6 - En Shaharuddin |
Sewaktu kami tiba di dewan, Ayahanda Pengetua Cikgu Md Yusof sedang berucap dengan penuh bersemangat. Status pencapaian diuar-uarkan kepada para hadirin. Dan yang paling bersemangat adalah apabila Ayahanda Pengetua mengumumkan pencapaian pelajar SPM tahun 2018 telah meningkat dan lebih baik dari pencapaian pada tahun 2017. Seluruh hadirin hadirat di dewan bertepuk tangan. Gemuruh ruang dewan dengan tepuk sorak yang hadir pada pagi itu.
|
Debaran semakin memuncak. |
|
Penantian diteruskan. |
|
Nama-nama pelajar yang cemerlang bakal dipanggil sebentar lagi. |
|
Bermula dengan pelajar yang mendapat 10A. |
Setelah selesai berucap, Ayahanda Pengetua pun berdiri di tengah pentas dan menjemput para pelajar yang berjaya mendapat 10A untuk naik ke pentas bersama ibu dan ayah masing-masing. Satu-satu nama dipanggil. Dan pelajar serta ibu bapa mereka pun naiklah ke atas pentas. Ada yang tersenyum riang. Ada yang menangis terharu. Kegembiraan. Ada yang berpelukan dengan Ayahanda Pengetua. Menghargai jasa yang telah diberikan oleh para guru di sekolah itu. Dan Ayahanda Pengetua mewakili kesemua guru yang telah mengajar dan mendidik pelajar-pelajar itu.
|
Bermula dengan pelajar 10A pertama - Arif. |
|
Pelajar 10A - Aisha. |
|
Pelajar 10A - Izzatul. |
|
Pelajar 10A - Wanie. |
|
Wanie naik pentas dengan Mama. |
|
Ayahanda Pengetua menyampaikan sijil. |
Tak lama menanti, nama Wanie pula dipanggil. Wanie naik ke atas pentas dengan isteriku. Aku tak ikut serta sebab nak ambil gambar Wanie bersama Ayahanda Pengetua. Dan bukan gambar Wanie aje yang aku ambil, malah semua pelajar cemerlang aku ambil gambar mereka buat kenangan. Merakamkan detik bersejarah gemilang para pelajar SPM tahun 2018 ini. Mengikut perkiraan aku, ada 15 orang pelajar yang berjaya mendapat 10A.
Bersambung...
|
Pelajar 10A - Athirah. |
|
Pelajar 10A - Afifah. |
|
Pelajar 10A - Batrisya. |
|
Pelajar 10A - Izzah. |
|
Pelajar 10A - Aisyah. |
|
Pelajar 10A - Hajar. |
|
Pelajar 10A - Nabilah Azman. |
|
Pelajar 10A - Salwa. |
|
Ustaz Saudi mengacara majlis dengan lantunan suaranya yang merdu. |
|
Pelajar 10A - Umairah. |
|
Pelajar 10A - Fadil. |
|
Fadil memeluk erat Ayahanda Pengetua. |
|
Bangga dengan pencapaian ini. |
|
Pelajar 10A - Nabilah Yusri. |
No comments:
Post a Comment