m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, March 19, 2019

Wanie dan keputusan SPM: Bersama teman dan guru

Bahagian 3

Ayahanda Pengetua Cikgu Md Yusof telah menyampaikan sijil dan penghargaan kepada para pelajar yang mendapat 10A dan 11A. Kesemua pelajar cemerlang itu diminta tunggu di atas pentas untuk diambil gambar mereka secara beramai-ramai. Terserlah wajah kegembiraan pada wajah pelajar-pelajar, malah guru-guru juga. Tahniah buat semua!

Pelajar-pelajar yang berjaya mendapat 10A dan 11A dalam SPM 2018.
Tahniah semua!
Syabas semua!
Syarikat Bekalan Air Selangor semua?
Anak-anak yang pintar hasil didikan guru-guru yang berdedikasi.
Dipimpin pula oleh Ayahanda Pengetua yang mempunyai visi yang jauh dan tinggi.
Sesudah bergambar beramai-ramai, Wanie turun dari atas pentas dan berinteraksi pula dengan teman-teman sebaya, dengan guru-guru dan adik-adik yang pernah mengenalinya selama Wanie berada di Maahad Hamidiah. Dan bergambar dengan mereka semua sebagai kenangan. Dah agak lama jugak mereka tak bersua muka. Peluang sebeginilah yang diperlukan untuk mereka berbual mesra dan bertanya khabar.

Bersambung...

Wanie bersama Mama.
Mama sangat bangga dengan Wanie.
Bergambar dengan Papa pulak.
Bergambar dengan Papa dan Mama.
Terima kasih Wanie kerana menghadiahkan Papa dan Mama kecemerlangan yang sebegini.
Tahniah Wanie!
Syabas Wanie!
Wanie makes Papa proud.
Dari kiri: Imran, Amirul, Ustaz Saudi, Ameerul, Arif dan Cikgu Arul (mata pelajaran Kesenian).
Tahniah buat semua.
Terima kasih kerana telah mengharumkan nama sekolah.
Wanie bersama Haziqah dan Maryam.
Tiga sahabat akrab.
Pelajar terbaik SPM 2018 - Irfan sedang ditemuramah oleh wartawan sedunia.
Ini merangkumi CNN, BBC News, dan Al-Jazeera.
"Saya berterima kasih kepada penyokong-penyiokong saya, dan Fan Club saya The Irfanners!!"
Mentor dan mentee - Hannah.
Bersama Haziqah.
Masih dengan Haziqah.
Wanie bersama mentee-nya - tingkatan 2.
Wanie bersama Cikgu Maryam (Sejarah) dan Cikgu Noraida (Add Math).
Wanie bersama Cikgu Zurakintan (BM & Kelas Ibnu Sina).
Cikgu menyorok belakang Wanie.
Pelajar terbaik Thailand turut ditemuramah.
Yasmeen in action.




6 comments:

  1. Setinggi-tinggi tahniah kepada anak-anak cemerlang SPM 2018 Mahiss. Semoga semua catatan tuan akan menjadi inspirasi kepada semua yang membaca catatan ini.

    ReplyDelete
  2. Terima tuan atas perkongsian ini...terima kasih juga atas penghargaan tuan kpd para murabbi MAHISS dan setinggi-tinggi tahniah kpd ank2 calon SPM 2018 dan para ibubapa

    ReplyDelete
  3. Sama-sama. Saya sepatutnya yang berterima kasih kepada para murabbi MAHISS kerana jasa yang dilimpahkan kepada anak-anak kami.

    ReplyDelete
  4. Let the pics telling the thruth.. its really happening.. thanks

    ReplyDelete