m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, March 24, 2019

Teater Jerat: Siapa yang terjerat?

Bahagian 1

27 Februari 2019 - Tahun ini akan berentap lagi grup-grup teater tanah air dalam Festival Teater. Pertubuhan Teater Hidayah tak mahu ketinggalan. Akan bertanding dalam kelompok penggiat di negeri Selangor. Kali ini Kak Hayatie Yusof mencabar dirinya untuk menggalas peranan sebagai pengarah persembahan teater yang bakal dipentaskan nanti selepas musim aidilfitri. Pada tarikh ini, Kak Yatie Yusof (Pengarah) dan Along Yusry (Pengurus Produksi) telah mengumpulkan kami di studio milik Kak Yatie untuk bermesyuarat, memperkenalkan skrip kepada team, script reading, brain storming, serta muqaddimah untuk segala-gala yang bersangkutan dengan pertandingan persembahan teater yang bakal berlangsung nanti.

Team "Jerat" baru tiba di tempat latihan.
Halmy mencuba dalam bidang baru ini.
Along Yusry sebagai pengurus produksi gembira dengan sambutan team "Jerat" yang memberangsangkan. 
Kak Yatie Yusof (pengarah) berama Mus (penulis naskhah asal).
Yati Khalid dan Wan. Wan juga baru dalam bidang ini, namun berbakat besar dalam kesenian.
Judul teater yang akan diketengahkan adalah "JERAT", karya asal Mustaqim (Mus), dan diolah bersama oleh Kak Yatie dan Mus sendiri. Biar aku bagi sedikit teaser mengenai cerita "Jerat" ini. "Jerat" mengisahkan soal pelbagai jenis jerat yang terdapat di dunia ini. Ia merangkumi jerat tikus, jerat burung tekukur, jerat musang, jerat pelanduk, jerat kijang, jerat beruang, jerat tenuk, jerat zirafah, jerat gajah, jerat dinosaur dan jerat siamang. Setakat itu ajelah yang aku boleh bagi tau. Yang lain-lain kalau nak tau kena datang dan saksikan sendiri. Persembahan akan diadakan di pentas Muzium Shah Alam. Notis tarikh persembahan akan dimaklumkan kemudian.

Antara pelakon yang menjalani audition.
Isteriku, Ruby dan Marup masing-masing memegang naskhah.
Penuh konsentrasi.
Bersama Een.
Abang Lan Zailan penuh menumpu. Belum masa untuk merapu lagi.
Shahril berambut baru - the botak hair style. 
Mus jadi narator pada malam itu.
Watak-watak masih belum di-finalise-kan lagi. Tapi antara yang membuat script reading pada malam itu termasuklah Ruby Wahid, Yati Khalid, Abang Ibrahim, Wan, Pangiran, Halmy, Marup, Abang Lan Zailan, Een dan beberapa orang lagi. Selepas sesi bacaan skrip selesai, kami berbincang soal yang lebih serius, soal idea mengindahkan skrip, soal penambahbaikan jalan cerita, dan lain-lain lagi. Kak Yatie sangat terbuka dalam menerima pandangan. Namun demikian, kami sekadar memberi pandangan sahaja. Terserah kepada pengarahnya untuk mencorakkan cerita itu mengikut intepretasinya sendiri. Dan kami setuju untuk menyokong. 

Sokongan padu dari team.
Wan meneliti naskhah.
Pengarah mendengar bacaan skrip dengan tenang.
Yati Khalid juga dah lama tak naik pentas.
Pengurus produksi sangat happy. 
Abang Lan Zailan masih mengekalkan fokusnya.
Membaca naskhah masing-masing.
Abang Ibrahim jugak membuat come-back.
Marup sentiasa ada bila diperlukan. Semangatnya luar biasa.
Que Rose banyak idea untuk mengindahkan naskhah.
Wan sedang menghayati watak penangkap beruang artik yang memasang jerat.
Setelah selesai sesi pertama, kami berhenti rehat untuk makan-makan dan minum-minum dulu. Yang merokok, boleh merokok dulu sebelum bersambung ke sesi kedua. Kami disaji dengan mi goreng yang sangat enak, dan teh-o suam yang menyamankan. Bertambah jugak aku makan. Nyam-nyam-nyam. Sampai licin dua pinggan mi goreng yang aku makan. Sejurus selesai kami menikmati juadah yang dihidangkan, kami bersambung ke sesi kedua.

Bersambung...

Masa untuk makan. Marup yang terawal.
Along dan Pangiran. Pangiran mencuba watak lelaki utama.
Pangiran dan Yati Khalid.


No comments:

Post a Comment