Bahagian 2 (Akhir)
Kita masih lagi berada pada hari yang kedua Festival Teater Malaysia menyaksikan teater
Metamorfosa Kosong dari Sarawak. Show dah pun habis sebentar tadi. Para pelakon dan team produksi telah berkumpul dan bergambar dengan para VIP. Para penonton sudah ramai yang keluar dewan auditorium. Lepas ni akan berkumpul di laman luar. Di laman makan bak gerai tepi benteng. Masa kat gerai makan inilah para aktivis teater akan membawang pasal teater yang baru mereka saksikan. Yang punya ilmu, akan berhujah cara seorang ilmuan. Yang tak punya ilmu, akan berhujah mengikut rasa hati masing-masing. Ini lumrah musim festival yang sebegini.
|
Menanti di foyer dengan penuh debaran. |
|
Akhirnya Halim dan anaknya, Hafiz tiba dengan bergaya. |
|
Dan bergambarlah mereka dengan perasaan gembira. |
|
Tiba-tiba sepantas kilat Marup Mustapah masuk mencelah. |
|
Dan terus menampilkan gaya super heronya untuk tatapan peminat tersayang sekelian. |
"Mamak! Teh tarik satu! Roti sardin tak mau bawang satu! Garing aaaahh!!"
Ada yang buat pesanan dengan meninggikan suara. Tapi setelah seketika, pesanan masih tak kunjung tiba. Rupa-rupanya di ruang makan pinggir gerai, tak ada gerai mamak. Semua gerai Melayu. Kena buat pesanan lain. Yang ada dalam menu cuma kebab, nasi lemak, nasi kerabu, laksa, pisang goreng, kentang goreng, dan pelbagai jenis minuman. Yang TAK ada - kari kepala ikan, kari kepala gajah, kari kepala badak air, dan kari kepala zirafah. Itu aje yang aku ingat.
|
Di gerai makan, Marup ada diskusi serius dengan Along Yusry. |
|
Diskusi serius itu terganggu bila ada kelompok lain yang memulakan bicara soal sukan di tanah air. |
|
Inilah kelompok yang sentiasa menyemarakkan ruang gerai Matic waktu malam. |
|
Mardau dengan dua orang hero Malaya - Abang Lan Zailan dan Abang Mubarak Majid. |
|
Tiada sempadan dalam perbincangan soal teater. |
|
Fais sentiasa menimba ilmu dari orang-orang yang lebih senior. |
|
Tiba-tiba "Awie Wings" datang menghampiri sebelum membuat persembahan sebentar lagi. |
|
Dean Sitara tak terkata apa-apa bila duduk bersebelahan dengan legend rock Malaya. |
Suasana macam ni memang best untuk orang-orang teater. Walaupun tempatnya sedikit sempit, kurang tempat duduk, tetapi ini jauh lebih bagus dari suasana yang kelihatan eksklusif dan mewah. Aku masih ingat lagi, masa zaman aku kanak-kanak. Kalau lepas menonton teater di Auditorium Dewan Bandaraya tepi sungai, Allahyarham Ayah akan bawak kami sekeluarga makan kat gerai tepi benteng. Pesanan yang selalu aku buat pada masa tu sudah pastilah soto dan air lencikang. Seronok sangat. Suasana sebegini lebih "intimate", mesra dan akrab sifatnya. Kami bergaul dengan orang-orang yang telah menempah nama dalam persada seni lakonan di tanah air. Rasa macam popular pun ada jugak, walaupun watak aku cuma sebagai pak pacak.
Okay, malam ini kita bergebang. Dan malam esok kita sambung lagi.
TAMAT
|
Azril Iskandar sangat selesa bergaul dengan kelompok kami. |
|
Kedua-dua Dean Sitara dan Azri Iskandar terkedu duduk di sebelah Rock Legend. |
|
Tuan Presiden Persatuan Teater Malaysia, Sakrani Shamsuddin turut turun padang. |
|
Roslan - inilah gambar yang dinanti-nantikan selama ini. |
|
Anisa dan Marup membelek gambar-gambar lama sewaktu di sekolah rendah dahulu. |
|
Abang Lan Zailan ingin menunjukkan bakatnya dalam bidang silap mata. |
|
Eh! Mana Awie? Omorq! Apa kau dah buat dengan Awie??! |
|
Masih hangat bersembang. |
|
Rakan akrab walau di mana saja. |
|
Fais dan BK. Dua tunggak utama teater dalam katagori teknikal. |
|
Senyuman terakhir malam ini. Esok kita senyum lagi. |
No comments:
Post a Comment