Bahagian 2 (Akhir)
Penonton telah masuk ke auditorium. Menanti persembahan teater
Dilarang Menyanyi Di Bilik Mandi oleh Politeknik Nilai. Aku menanti tirai dibuka, lampu dinyalakan. Bermula dengan nyanyian dan tarian yang sangat "synchronise" dan tersusun. Cantik. Dan aku pun bersandar lega menonton keseluruhan persembahan tanpa rasa bosan dan penuh menumpu.
Diringkaskan cerita, ada beberapa elemen yang aku sangat suka pada persembahan ini:
1. Pelakon utama lelaki dan perempuannya (Tok Ketua dan Mak Som) mempunyai mutu lakonan yang sangat baik. Mereka bercakap dalam tempo yang agak laju, tapi jelas butir-butir pertuturannya. Tak mumble langsung. Setelah menonton, aku berpendapat kedua-dua watak ini mungkin boleh memenangi kategori Pelakon Lelaki dan Pelakon Wanita terbaik. Tapi aku sekadar membandingkan tiga persembahan sajalah. Yang lagi tiga belum dipentaskan lagi.
2. Antara babak-babak yang aku kira menarik termasuklah babak di rumah Sapiah. Satu lagi babak ketika Tok Ketua melihat sendiri anak-anak muda berhimpun di tepi bilik air menantikan terbitnya "suara nyanyian" yang memikat itu. Dialog "Heh, korang nak pergi mana tu?! Tolak balik bilik air rumah aku tu!!" sangat-sangat mencuit hati.
3. Koreografi tarian dan nyanyian sangat cantik susunannya.
Itu saja komen dari aku.
|
Team produksi Politeknik Nilai bergambar setelah show. |
|
Tetamu kenormat turut bergambar. |
|
Puas hati dengan persembahan yang dihulurkan buat penonton. |
|
Gaya bebas. |
|
Terima kasih kerana telah memberikan satu persembahan yang menghiburkan buat penonton. |
|
Gabungan senior dan junior. |
Para penonton nampaknya sangat berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan. Begitu juga aku. Team produksi dan para pelakon juga kelihatan happy. Mereka memang wajar happy dengan apa yang telah dipersembahkan.
Aku lantas ke ruang pameran untuk melihat suasana di sana. Dua hari lepas aku tak sempat meninjau. Pameran oleh kumpulan yang menyertai sangat ringkas tetapi agak menarik. Buku-buku kesenian juga agak banyak dijual. Malah naskhah-naskhah lama juga kedapatan untuk dibeli pengunjung. Antara yang membuka gerai termasuklah wartawan dan pengkritik teater, Ku Seman Ku Hussein dan pelakon senior, Zulkifli Ismail dengan produk IZI Gel-nya.
|
Pameran dari grup teater Tronoh TTSKL. |
|
Pameran dari grup teater Sanggar Kretaif Kuching. |
|
Pameran dari grup teater Politeknik Nilai. |
|
Pameran dari grup teater KERTAS. |
|
Pameran dari grup teater Waris dan Senandika. |
|
Pameran dari grup teater TOPENG. |
|
Sebahagian penonton yang terpaksa menonton melalui layar di amphitheater. |
|
Gerai buku. Banyak buku-buku lama dijual. |
|
Bagi peminat-peminat seni, memang wajar berkunjung ke sini. |
|
Menanti pembeli tiba. |
|
Ku Seman Ku Hussein, Supra dan Zulkifli Ismail. Semalamnya aku sempat memperkenalkan diriku kepada Ku Seman. |
Dalam ramai-ramai pengunjung dan penonton, aku terserempak pula dengan dua orang teman teater ketika kami sama-sama dalam grup teater ANGKA dulu - Rosnanee Seman dan Azman Hassan. Masing-masing telah semakin maju dalam career masing-masing. Dan aku sangat gembira dapat bersua dengan mereka setelah sekian lama.
Cukup dululah aku berkisah untuk malam ini. Esok kita tonton teater lain pulak ya?
Bersambung...
|
Bergambar dengan Zulkifli Ismail. Teman teater lamaku, Rosnanee Seman juga ada. |
|
Good vibes dari para penggemar teater. |
|
Seorang lagi teman lama dalam teater - Azman Hassan bersama Halim dan Pak Malit. |
|
Azman Hassan tak sempat menonton teater ini. Datang kejap aje menjengah. |
|
Teman lama Halim jugak. Satu grup teater ANGKA. |
|
Semua orang kenal Pak Malit - tukang yang hebat dalam dunia teater. |
|
Oleh kerana jarang-jarang dapat jumpa Azman Hassan, aku ambil gambar dia lebih sikitlah. |
|
Happy couple - Mardau dan BK. |
|
Rosli dan Nohman berbincang tentang sesuatu yang menggembirakan. |
|
Rosli dengan teman-teman di warung Matic. |
No comments:
Post a Comment