m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, November 5, 2018

Festival Teater Malaysia 2018: Hari kedua - Metamorfosa Kosong

Bahagian 1

16 Oktober 2018 - Izinkan aku sambung kisah Festival Teater Malaysia 2018 yang telah berlalu lebih 2 minggu lalu. Kisah ni memanglah dah sejuk sikit. Tapi boleh bagi panas balik kat microwave oven.

Pada malam kedua, kumpulan jauh yang terbang dari Sarawak, Pertubuhan Teater Sanggar Kreatif Kuching telah membuat persembahan. Drama yang dipentaskan bertajuk "Metamorfosa Kosong" - adaptasi naskhah Les Justes, karya Albert Camus arahan Mohamad Asri Ibrahim. Ini memang merupakan sebuah naskhah yang agak berat. Sempat jugak aku timbang naskhah ini sebelum pementasan dimulakan. Aku timbang naskhah ini, kira-kira lima tan metrik berat dia. Maka faham-fahamlah. Perlu tumpuan yang tinggi. Pemahaman yang mendalam. Baru boleh menghayati.


Metamorfosa Kosong.
Aktivis senior sedang bermesej dengan para produser.
Amran, Mubarak, Lan Zailan dan Rasdi di kerusi penonton.
Dean Sitara, Anisa dan Along Yusry turut hadir menonton.
Happy pasal dapat tiket free.
Halim, Fais dan Marup di suatu sudut auditorium.
Tak sabar-sabar nak menonton teater yang menampilkan naskhah berat ini.
Boleh aku bagi ulasan sikit? Jangan risau. Aku bagi komen yang baik-baik aje. Sebagai seorang penonton. Bukan pengkritik, ya? Masa lampu dinyalakan, terlihatlah sebuah set yang bagi aku agak cantik. Suasana kusam, tapi meyakinkan. Pada satu pertiga persembahan, aku memberikan tumpuan dan fokus yang tinggi. Cuba mengenali watak-watak yang tampil. Seorang demi seorang. Aku cuba fahamkan kisah dan isu yang diketengahkan. Ohhh... tentang perjuangan dalam pemberontakan. Suatu tuntutan kemerdekaan. Kebebasan. Bermula dengan perlahan. Dan momentum dan semarak semangat perjuangan dibangkitkan secara berperingkat. Perlahan-lahan. Menaik dari satu aras ke aras yang lebih tinggi.

Adegan yang paling aku minat dalam persembahan ini adalah ketika watak Fendi dalam penjara. Tangan dan kaki dirantai. Dan beliau diganggu oleh bayangan roh isteri Gabenor yang telah mati terbunuh akibat dibom oleh Fendi. Adegan ini memang best. Masa ni jugak Fendi melakonkan wataknya dengan sangat baik. Aku kagum dengan penghasilan adegan ini. Okay. Komen aku habis kat sini aje. Sekian terima kasih.

Oh ya! Pada permulaan bicara oleh pengacara majlis, beliau TIDAK memaklumkan satu perkara - "Sebarang rakaman gambar atau video tidak dibenarkan melainkan oleh mereka yang telah dilantik secara rasmi oleh pihak pengurusan". Jadi aku pun dengan selambanya mengambil gambar ketika pementasan. Masa cerita Mahkamah Keadilan semalam aku tak ambil gambar pasal larangan itu telah dimaklumkan. Aku kenalah patuh syarat dan peraturan.

Babak dalam Metamorfosa Kosong.
Berbincang cara-cara untuk menjuarai pertandingan ini.
Perdebatan soal siapa yang lebih macho di pentas ini.
Bergambar setelah habis persembahan.
Barisan kru dan pelakon.
Jauh mereka datang merentas Laut China Selatan.
Gembira dapat mempersembahkan yang terbaik.
Ini karaktor Fendi yang aku kagumi.
Bersalaman dengan para VIP.
Tuan Sakrani turut naik ke atas pentas.
Team produksi menghulurkan tangan untuk bersalaman.
Darah berlumuran ditubuh.
Posing bersama tetamu VIP.
Kejadian sebenar yang tak dapat dilupakan oleh semua penonton adalah....... Ketika persembahan sedang berlangsung, kedengaran suara penonton berdengkur dengan kuat sekali. Bukan sekali. Tapi dua kali. Sekali di barisan hadapan. Dan sekali lagi di barisan belakang. Walau siapa pun pemilik suara ini, maafkan sajalah. Gigih mereka bekerja pada siang hari barangkali menyebabkan mereka terlena dalam kegelapan dewan auditorium. Bukan tertidur kerana kebosanan. Itu tafsiran aku.

Habis show, kami pun berkumpul di ruang foyer dan bergambar beramai-ramai macam selalu sebelum ke ruang luar bangunan untuk makan-makan, minum-minum dan sembang-sembang.

Bersambung...

Fais, Along Yusry dan Abang Lan Zailan.
Isteriku tumpang bergambar.
Abang Mubarak dan Roslan turut bergambar bersama.
Tak puas ambil gambar. Ambil lagi.
Okay. Lepas ni kita pergi minum.

2 comments:

  1. Terima Kasih di atas perhatian semasa pementasan.. In Sha Allah kami akan kembali lagi dengan bentuk yang lain pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah di atas persembahan hebat pada malam itu. Menantikan persembahan yang selanjutnya.

      Delete