m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, August 24, 2018

Aqiqah Ayu Afrina

14 Julai 2018 - Kami mendapat undangan kenduri dari teman dan pengerusi teater kami, Abang Hj Kamarul AR. Ada majlis aqiqah untuk cucu beliau. Jadi kami pun datanglah. Memang lewat kami sampai. Sangat lewat. Tapi lauk-pauk dan kuih-muih masih banyak. Sangat banyak. Masakan kampung. Sangat kampung. Tiada sebarang unsur-unsur urban. Wah! Ini memang juadah kegemaran aku. Tanpa dijemput, aku telah mula mencedok nasi dan lauk-pauk yang terhidang.

Perbualan tengah rancak - Marup dan Rosli.
Masih berbual - Along Yusry dan Marup.
Yon mencadangkan untuk buat satu pementasan teater pasal kambing golek.
Amier happy pasal dapat makan banyak.
Along Yusry buat lawak. Tapi Marup tak ketawa.
Rosli pulak buat lawak yang lebih kelakar. Marup masih tak ketawa juga.
Giliran Yon pulak untuk buat lawak antarabangsa yang paling dahsyat kelakarnya. Marup terus hilang dari frame kamera.
Kami duduk semeja dengan Along Yusry, Marup, Rosli dan Yon. Kelihatannya mereka berempat sedang berbual rancak. Tajuk perbualan aku tak tau. Mungkin pasal teater jugak kot. Atau pasal JKKK kampung? Aku cuma tumpang meja untuk makan aje. Yang lain dah sudah makan. Dah kenyang pun. Kami yang baru sampai aje yang masih lapar. Sambil makan, aku menumpang dengar perbualan mereka. Oh. Mereka memang sedang berbual soal teater. Soal pertandingan teater di Pahang tak lama dulu. Dan lain-lain isu teater di seluruh dunia, termasuk perkembangan teater di planet-planet lain seperti di planet Utarid, Zuhrah dan Musytari. Dengar ceritanya, kegiatan teater di planet-planet tersebut sudah semakin advance dan maju. Berada pada tahapnya yang tersendiri. Sebagai selingan, kami turut bersembang-sembang pasal pertandingan teater yang akan diadakan di MBPJ tak lama lagi sempena Program Kota Seni MBPJ 2018 yang kumpulan HIdayah turut mengambil bahagian.

Abang Hj Kamarul AR join duduk di meja kami.
Akhirnya, Marup buat lawak simple. Dan Marup terus ketawa. Kah kah kah!!!
Along Yusry dapat panggilan dari produser untuk buat drama bersiri 500 episod.
Isteriku mengira duit angpau untuk anak-anak.
Abang Hj Kamarul AR nak order kambing golek sepuluh ekor dari Yon.
Sebelum pulang, kami masuk ke dalam rumah melihat bayi yang diaqiqahkan - Ayu Afrina, cucu kepada Abang Hj Kamarul AR dan anak saudara kepada Along Yusry. Isteriku berbual panjang dengan isteri kepada Along Yusry. Kemudian kami bergambar beramai-ramai, sebelum mengucapkan terima kasih dan beredar. 

Waktu tu orang caterer pun dan berkemas-kemas untuk pulang. Mungkin memang wajar kalau kami turut pulang juga.

Ini majlis aqiqah Ayu Afrina.
Kami tumpang bergambar di pelamin baby.
Masa ni baby dah dibawa pergi.
Sabriena nak masuk ke dalam bakul baby. Tapi tak muat.
Bergambar bersama anak-anak.
Barulah meriah sikit gambar ni.
Anak-anak, yang merupakan cucu-cucu kepada Abang Hj Kamarul AR.
Terima kasih semua. Di lain kesempatan kita jumpa lagi.


No comments:

Post a Comment