15 Jun 2018 - Setelah
jiran-jiran berkunjung ke rumah kami, kini tiba giliran kami pulak untuk berkunjung ke rumah saudara-mara. Rumah pertama, kalau mengikut persetujuan adik-beradik, berkumpul di rumah Kak Timah pada siang harinya. Lalu kami pun menghalalah ke sana anak-beranak. Rumah Kak Timah letaknya tak jauh dari rumah kami. Dua tiga tapak aje dah sampai.
|
Tiga beradik. Isteriku bersama kakak-kakaknya. |
|
Tiga beradik dalam gaya santun. |
|
Tiga beradik dalam gaya free style. (Sama aje.....) |
|
Dua beradik, Ali dan Saleh mengangkat sumpah raya. |
Sesampainya di depan pagar rumah, nampak gayanya macam lengang aje. Mula-mula kami ingatkan para tetamu semua dah beredar dari situ. Tetapi, setelah dibuat kaji selidik dan postmortem bagai, rupa-rupanya memang tak ramai yang datang pada siang hari tu. Jadinya, makanan dan minuman kat rumah Kak Timah masih banyak lagilah. Menanti untuk dimakan oleh perut-perut yang lapar seperti perut aku. Tanpa berasa segan dan silu, malu atau pun tersipu-sipu, aku meneruskanlah misi mencari makanan di siang Syawal. Antara yang menarik perhatianku adalah masakan rendang kerang dari pantai Selat Melaka. Banyak jugak aku makan. Maklumlah, hari raya pertama adalah hari melanggar segala pantang larang dalam pemakanan.
|
Tiga beradik - tengok whatsapp sama-sama. |
|
Tiga beradik - tengok Youtube sama-sama. |
|
Sepupu Amier yang paling serasi - Saleh. |
|
Main game dalam handphone. |
|
Dua beradik - mengisi masa lapang dengan tak buat apa-apa. |
Kat rumah Kak Timah, sempat jugaklah kami bermain dengan kucing-kucing yang sangat comel dan bijak. Ada jugak seekor kucing yang sangaaaaaattt garang. Dikhabarkan ia pernah membaham dan memakan seorang tetamu yang datang bertandang kira-kira sebulan lalu. Waktu tu, kucing tu memang tengah sangat lapar dan mood swing. Maklumlah, bulan puasa.
|
Sabriena dan kucing bagai tak dapat dipisahkan. |
|
Lunyai kucing ni dikerjakan Sabriena. |
|
Kucing ni sangat bijak. Dan penyabar. |
|
Wanie main dengan kucing pulak. |
|
Amier ulangkaji mata pelajaran Kimia sempena persediaan menghadapi peperiksaan UPSR. |
|
Sabriena juga berminat nak belajar Kimia. |
Tak lama selepas tu barulah datang anak-anak saudara beraya di rumah Mak Tehnya. Antara yang datang termasuklah Saiful dan keluarga, Akid, Amin, dan Hidayat. By the way, masa tu Saiful masih belum jadi 'zombie' lagi. Kalau tak, tentu kami semua dah lari. Takut kena gigit dan menjangkit! Lewat sikit lagi barulah tiba rombongan kak Esah anak-beranak.
Kami duduk lepak kat rumah Kak Timah sampai kira-kira waktu maghrib. Lepas tu barulah kami beramai-ramai bertolak ke rumah Kak Long untuk beraya di sana pulak. Takbiiiirrr!!! Allahuakbar!!!
|
Saiful, Faridah dan anak-anak. |
|
Persidangan meja bulat di kalangan sepupu-sepupu. |
|
Anggota mesyuarat - Ali, Amin, Akid dan Adayat. (Apasal lah Hidayat start dari huruf 'H'). |
|
Amin menunjukkan satu trick silap mata. |
|
Ali tak puas hati pasal kena game dengan Amin tadi. |
|
Akid dan Hidayat berbincang pasal politik Nigeria. |
|
Sabriena haus. |
|
Bersama keluarga Kak Esah. |
|
Dua beradik - Cikgu Yaya dan Anak Murid Intan. |
|
Bersama Mak Usu mereka. |
|
Syura seronok dapat makan kuih raya yang sangat sedap bak ayam goreng. |
|
Amier dan kucing kesayangannya. |
No comments:
Post a Comment