15 Jun 2018 - Masa tu kami seisi rumah sedang bergambar satu keluarga. Tiba-tiba ada orang beri salam dari luar. "Assalamualaikum." Sayup-sayup kedengaran suaranya. Salam diucapkan beberapa kali. Kami jenguk ke luar. Di balik langsir terlihat kelibat jiran akrab kami - Hairi, Azizah dan anak-anak. Alamak! Sesi fotografi kami masih belum selesai lagi ni. "Tunggu sekejap ya?" kata kami kepada tetamu. Kami teruskan mengambil beberapa snap photo lagi sebelum mempersilakan mereka masuk. "Jom. Jemput masuk ke dalam".
Tetamu pertama kami pada Syawal tahun ini ialah jiran rapat kami Hairi-Azizah dan anak-anak. |
Makan kuih dulu. |
Sabriena menonton video dengan Huda dalam telefon bimbit. |
Kesian tetamu kami. Terpaksa duduk transit di luar rumah sementara
menanti kami selesai dengan agenda photo shoot kami. Hakimi yang sudah
tidak asing lagi dengan rumah kami terus menerpa ke arah pintu. Hakimi, anak nombor dua dari pasangan Hairi-Azizah mengepalai rombongan kecil itu. Kami sambut dengan senyuman di wajah. Mempersilakan mereka menjamah kuih dahulu sementara pembantu rumah kami menyediakan ketupat dan rendang ayam di dapur. Kami berbual-bual ringkas. Kami dapat tahu baju sedondon mereka dijahit sendiri oleh Azizah. Setidak-tidaknya baju kurung. Kami bagai diberi penghormatan kerana rumah kami inilah yang merupakan rumah pertama mereka kunjungi sebelum mereka pulang ke kampung masing-masing.
Hairi sedang menikmati kuih raya sambil bersembang dengan kami. |
Hairi dan Azizah. |
Sabriena masih dengan Huda. |
Anak-beranak berbaju sedondon. |
Sama-sama makan kuih raya. |
Menunjukkan album gambar Sabriena dan Amier kepada tetamu. |
Seronok tengok gambar Sabriena dan Amier masa mereka kecil-kecil dulu. |
Haziq pun tengok sama. |
Sabriena turut melayan tetamu. |
Sebelum bersurai, aku mengambil gambar Hairi-Azizah satu famili. Kebetulan mereka pun belum bergambar bersama pada pagi itu. Tak apalah. Biar aku saja yang menjadi jurufoto mereka. Sesudah itu, barulah isteriku dan Sabriena enter frame. Sesudah mengambil gambar, Hairi dan Azizah memohon diri untuk beredar. Mereka akan memulakan perjalanan jauh menuju ke kampung.
Keluarga Hairi dan Azizah. |
Family photo. |
Wife aku dan Sabriena tumpang sekaki. |
No comments:
Post a Comment