15 Jun 2018 - Setelah rombongan
tetamu pertama beredar, kami menanti pulak siapakah yang bakal menjengah ke rumah kami selepas ini. Tunggu punya tunggu, akhirnya tibalah jiran kami yang kedua - gabungan Karim dan Halim, anak-anak kepada Abang Azlan dan Kak Esah. Kami persilakan mereka masuk. Kami sambut dengan senyuman.
|
Amier dan Karim. |
|
Halim dan Sabriena. |
|
Karim sedang membelek kuih-muih di dalam balang. |
|
Karim dengan cerita lawak jenakanya. |
|
Sabriena cuba mencatatkan perbincangan di antara kami dengan pasangan Karim-Halim. |
Karim dan Halim memang sudah tidak asing lagi dengan kami. Anak-anak ini sangat peramah dan rajin bertegur sapa dengan kami. Ayah dan ibu mereka, Abang Azlan dan Kak Esah pun sama peramah dan baik dengan kami. Menurut Karim, anak yang sulung, ini bukanlah rumah pertama yang mereka kunjungi. Sebelum ke sini, mereka telah terlebih dahulu menziarahi saudara-mara yang lain yang duduk berdekatan di kawasan Ampang juga.
|
Karim dengan gaya super star. |
|
Melihat album gambar Sabriena. |
|
Kami makan sama-sama. |
|
Aku makan lagi banyak dari tetamu. |
|
Tetamu dah selesai makan. Aku masih mengunyah. |
Seronok berborak-borak dengan mereka. Halim yang baru pulang bercuti sekolah memang telah lama kami tak jumpa. Badannya sedikit susut, dan sangat rajin bercerita dengan kami tentang macam-macam hal. Abangnya, Karim lebih suka berjenaka dan ada kalanya loyar buruk, yang kerap membuatkan kami semua tertawa melihat kerenahnya.
Terima kasih kami ucapkan kepada kedua anak ini. Ada kesempatan silalah datang lagi ke rumah kami. Boleh kita bersembang lagi.
|
Sabriena hirup kuah apa tu? |
|
Sabriena masih terus menghirup kuah. Aku masih meneruskan makan. |
|
Halim masih membelek album gambar Sabriena semasa kecil. |
|
Halim dan Karim. |
|
Pasangan adik beradik ni macam kembar. |
|
Tetapi sebenarnya bukan kembar. |
|
Sekadar wajah mereka hampir seiras. |
No comments:
Post a Comment