m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, December 31, 2018

Sabriena baru nak kenal sekolah betul

29 Disember 2018 - Tahun 2019, anak bongsu kami Sabriena akan ke sekolah "budak besar". Maknanya beralih dari sekolah tadika ke sekolah rendah. Pada tarikh ini ada hari orientasi di sekolah.  Sabriena dan anak-anak lain akan dikenalkan dengan sekitaran sekolah, dengan bilik darjah, dengan guru. Dan kami turut menunjukkan kepada Sabriena di mana letaknya kantin tempat makan pada waktu rehat, dan di mana letaknya tandas untuk murid-murid perempuan. Kami juga memberi amaran kepada Sabriena supaya tidak melepasi kawasan sekolah. Kebetulan ada kerja-kerja pembinaan highway kat sebelah sekolah. Ini perlu diawasi supaya anak-anak tidak melewati kawasan pembinaan.

Membeli baju pinafore untuk ke sekolah kebangsaan.
Baju kurung untuk ke sekolah agama.
Baju kurung untuk ke sekolah kebangsaan.
Beberapa hari sebelum hari orientasi, kami ke kedai berdekatan untuk membeli baju seragam sekolah - sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Pada hari orientasi, Sabriena dengan mudah bangun pagi penuh bersemangat. Dia tak menangis ketika mandi dan mengenakan pakaian sekolah. Cuma Sabriena kelihatannya teragak-agak bila kuajak naik kereta untuk ke sekolah. Pada hari tersebut juga, kami perlu mendengar taklimat di dewan, membayar yuran keperluan pembelajaran dan yuran PIBG. Dan di kelas, Sabriena dihulurkan sehelai kertas lukisan untuk diwarnakan.

Dan tanpa disangka-sangka, sepupuku Muhaimin a.k.a. Emin turut menghantar anaknya ke sekolah yang sama. Tetapi bilik darjah yang berlainan. Kami sempat berbual ketika di sekolah. Kepada anak-anak yang baru memulakan pengajian darjah satu mereka di sekolah ini, diharapkan agar segala urusan pembelajaran dipermudahkan oleh Allah. Semoga anak-anak semua berjaya di dunia dan di akhirat. Dan 2 Januari 2019 adalah hari besar bagi Sabriena. Dan bagi kami juga sebenarnya. Selamat menjalani alam persekolahan baru.

Beratur untuk mendaftar dan membayar yuran.
Panjang jugak barisan ini.
Sabriena dalam kelas.
Nampak tenang dan relaks.
Bersama dua pupunya di ruang kantin.
Di depan sekolah.
Satu lagi gambar sebelum balik.

Selamat Hari Jadi buat Mohamad

1 Januari 2019 - Selamat Tahun baru buat semua warga dunia. Happy New Year to all earthlings (dah macam bahasa alien-lah pulak). Sempena tahun baru 2019 ini, aku mendapat satu tempahan melukis gambar karikatur seorang teman dari Pahang sempena hari lahir suaminya yang kami panggil Mohamad. Ienah tu ialah teman karib isteriku sejak berkurun lamanya. Buat Mohamad, kami sekeluarga juga ingin mengucapkan Selamat hari Lahir. Semoga selalu dalam redha dan rahmat Allah. Hidup penuh keberkatan, diampunkan segala dosa. Dan dihimpunkan di dalam Syurga bersama keluarga tersayang. Ameen.



Sunday, December 30, 2018

Abang Rahim menerima menantu: Tutup majlis dengan bergambar

Bahagian 5 (Akhir)

Okay! Yang ini adalah bahagian yang terakhir. Sebelum majlis bersurai (kira-kira pukul 4.00 petang) kami berkumpul satu round lagi kat pelamin untuk bergambar. Kali ni bergambar dengan bapa pengantin sekali. Kena susun cantik-cantik. Kanan kiri biar balance. Komposisi kena cantik. Dan kedudukan kami juga turut diatur oleh tiga orang juru foto profesional yang diterbangkan khas dari Afghanistan. Membawa berbuah-buah kamera tercanggih yang wujud di alam semesta ini. Setelah juru foto memberikan arahan yang khusus dan berpuas hati dengan gaya peragaan kami, barulah gambar diambil satu per satu. Berjuta-juta klik dilakukan sampai habis memory dalam memory card. Namun ini sangat perlu bagi memastikan gambar yang terhasil nanti boleh dipilih oleh juri profesional dan pakar fotografi sebelum boleh dimuatnaik ke dalam internet.

Kepada pengantin dua mempelai diucapkan selamat pengantin baru. Semoga hidup penuh barokah dan bahagia hingga ke Jannah. Kepada Abang Rahim dan isteri, selamat menerima menantu. Insya Allah semua akan okay. Dan semoga Allah menganugerahkan yang terbaik di dunia dan akhirat. Kepada seluruh Geng Khatib Koyan - semoga kita berjumpa lagi pada sesi akan datang dengan keriuhan dan keakraban yang berpanjangan. Adios semua!!!

T A M A T

Mencari posisi paling sesuai.
Masih menyusun diri.
Gambar formal.
Masih tertib lagi.
Gaya bebas.
Peace no war!
Siapa punya angkara? Semua menuding jari ke arah pengantin.
Siapa yang lepaskan angin beracun? Semua menuding jari ke arah pengantin jugak.

Abang Rahim menerima menantu: Gesekan biola dan akapella

Bahagian 4

Dalam majlis ini macam-macam ada. Ada gesekan biola. Ada tarian joget. Ada alunan lagu dari kugiran. Ada persembahan boneka. Ada silat adiwira. Dan macam-macam lagi. Tetapi selain itu semua, ada satu lagi persembahan yang juga tak kurang hebatnya. Persembahan nyanyian akapella oleh anak-anak Geng Khatib Koyan. Kalau tak silap aku anak perempuan Meor yang berganding dengan anak lelaki Zalee. Dengan over confident-nya penyanyi pun mulalah mengalunkan suara, mendendangkan lagu yang dipopularkan oleh Kugiran Masdo berjudul "Dinda". Tanpa sebarang iringan muzik, walaupun ada ramai ahli muzik yang duduk berdekatan. Tuan rumah dan para tetamu pun tak kisah kalau ada sesiapa nak menyumbangkan suara. Silalah, asalkan majlis ini tetap kelihatan meriah.

Bersambung...

"Hamba akan mendendangkan sebuah lagu Siam berjudul Sawadikaaap My Fren".
"Oop tak jadilah. Hamba nak nyanyi lagu Cina berjudul Wo Ai Ter Ni My Fren".
Zalee mendendangkan lagu dedikasi kepada tetamu warga emas ini.
Sungguh menusuk ke dalam kalbu.
Terharu dibuatnya.
Wajah sayu berubah menjadi ceria.
Zalee meneruskan operasi menggesek biola.
"Nyiaaang nyiooonng nyieeeng..." begitulah bunyinya.
Menggesek biola untuk teman-teman seperjuangan pulak.
Makan sambil dihiburkan oleh Zalee.
Teman lamaku Didi baru sampai.
Didi kelihatan lebih terurus dan hebat.
Senior aku masa kat UTM dulu.
Dengan teman-teman di meja makan.
Makan kongsi-kongsi.
Ayie dan Didi.
Alunan lagu Dinda oleh anak-anak Geng Khatib Koyan.
Alunan akapella.
Tetiba terasa macam nak bagi ceramah pulak.
"Hendaklah kita semua bersatu -padu membersihkan kampung kita ini."
"Demi menjauhkan kampung kita ini dari penyakit demam denggi."
"Pengumuman. Kelas masak akan diadakan pada setiap hari Ahad pagi ya?"
Zalee tergelaklah pulak mendengarkan pengumuman tersebut.


Abang Rahim menerima menantu: Bila boneka berbicara


Bahagian 3

Setelah Meor dan Pok Me puas beraksi di depan pengantin, kini tiba giliran tuan rumah, Abang Rahim pulak untuk mara ke hadapan mengenengahkan dirinya. Untuk makluman semua, ruang dewan dipenuhi dengan alunan merdu muzik dari gesekan biola oleh Zalee dan persembahan kugiran teman-teman seperjuangan Abang Rahim. 

Ketika Abang Rahim mula-mula tampil ke hadapan sambil memegang mikrofon, aku ingatkan ada suatu ucapan yang hendak disampaikan oleh tuan rumah. Aku terus memberi perhatian. Mungkin kata-kata nasihat dari seorang ayah kepada anaknya. Tiba-tiba Abang Rahim mencapai sebuah beg kecil hitam. Dikeluarkan dari dalam beg sebuah boneka comel. Dan disarungkan ke lengannya. Lantas boneka itu mula berkata-kata dengan fasihnya.


Kugiran yang menghiburkan para tetamu pada sepanjang berlangsungnya majlis ini.
"Saya ingin menyanyikan sebuah lagu rock and roll", umum Abang Rahim.
Rupa-rupanya Abang Rahim hendak menghiburkan penonton-penonton cilik dengan persembahan boneka atau puppet. Memang kami mengenali Abang Rahim sebagai seorang pemain boneka yang hebat. Sejak dulu lagi. Dan kami juga pernah belajar membuat dan memainkan boneka ini dari Abang Rahim dalam satu bengkel boneka yang diadakan di Matic, lebih 20 tahaun dulu. Aku sendiri pernah bermain dengan boneka dan membuat pertunjukan bersama teman-teman teaterku. 

Abang Rahim memulakan bicaranya.
Abang Rahim berbual-bual dengan bonekanya yang bernama Aaaa.....Ah.
Abang Rahim menutup mulut Aaaa...Ah sebab dia terlalu banyak bercakap.
Abang Rahim bertanyakan sesuatu kepada Aaaa...Ah.
Aaaa...Ah menjawab dengan petahnya.
Aaaa...Ah pula yang nak menyanyi.
Jom menyanyi sama-sama.
"Ada soalan dari penonton untuk Aaaa...Ah?
Apabila Abang Rahim mula saja bermain dengan boneka, aku terus ambil kerusi dan duduk betul-betul di hadapan Abang Rahim. Sungguh asyik aku menonton persembahan yang sangat menarik ini. Aku paling suka melihat riak wajah Abang Rahim yang sentiasa tenang dan tersenyum ketika berbicara dengan bonekanya. Para tetamu mula berhimpun dan semakin merapat untuk menyaksikan persembahan boneka ini. Boneka ini bukan saja berbicara, tetapi juga turut menyanyi dengan iringan alunan muzik dari kugiran jemputan.

Aaaa...Ah kalau dah dapat mikrofon memang dah tak boleh henti bercakap.
Aaaa...Ah nak jual ubat pulak dah.


Abang Rahim kata ini majlis perkahwinan. Kena jaga tingkah laku.
Aaaa...Ah faham.
"Jom kita menyanyi bersama-sama.
Abang Rahim menyanyi, dan Aaaa...Ah menari.
Dah dekat lima puluh lagu Abang Rahim dan Aaaa...Ah menyanyi.
Para tetamu sangat terhibur dan mula merakam persembahan ini.
"Ada sesiapa dari kalangan penonton nak bertanya soalan lagi kepada Aaaa...Ah?"
"Tanya soalan yang senang-senang aje ya?"
Anak-anaklah yang paling terhibur menyaksikan keletah boneka yang dimainkan oleh Abang Rahim. Sudah tentu ini merupakan satu majlis perkahwinan yang sangat unik. Belum pernah aku lihat di mana-mana di negara ini ada orang buat persembahan boneka dalam majlis perkahwinan. Apa tah lagi oleh tuan rumah sendiri. Selitan humor dalam persembahan menjadikan ianya lebih menarik dan memaut hati penonton. Rindu kami untuk menonton Abang Rahim beraksi di atas pentas terubat juga akhirnya.

Bersambung...

Abang Rahim buat silap mata pasal mata pulak.
"Oh! Mataku bagai Kassim Selamat!"
"Siapa nak bersalaman dengan Aaaa...Ah?"
Anak-anak berebut-rebut nak bersalaman dengan Aaaa...Ah.
Tak kurang juga ada yang kelihatan takut untuk mendekati.