Bahagian 2
Perjumpaan para
Alumni Senibina setelah sekian lama tidak berjumpa memang sangat mengujakan. Daripada ramai-ramai yang aku jumpa, lebih setengah aku tak tau nama mereka. Malah aku jugak tak tau sama ada aku pernah atau tak pernah bertemu mereka ketika di UTM dulu. Tapi kalau nak dikira jumlah kehadiran, memang sangat kecil berbanding jumlah keseluruhan warga Alumni Senibina. Sudah pasti masing-masing ada urusan yang perlu disempurnakan. Mungkin saja pada lain masa, pada kesempatan yang lain, mereka pulak yang akan hadir memeriahkan majlis yang gemilang ini.
|
Tn Haji Ar Nik Malek, Zana dan Dr Ramzi The Bendahara. |
|
Dr Ramzi dan Hadi Mahmud. Aslinda pulak pura-pura ambil gambar. Sebenarnya nak enter frame. He he he... |
|
Chot mendapat hadiah penghargaan dari Ar Kamaludin Adam. |
|
Antara orang-orang kuat Senibina UTM duduk di barisan hadapan. |
|
Eh! Itu Prof Elias Salleh ke? Baru aku perasan. |
|
The Legend Prof Parid Wardi kalau tak hadir kuranglah power-nya majlis ini. |
|
Sebahagian daripada super seniors yang aku tak berkesempatan jumpa ketika belajar dulu. |
|
Ar Ravi sedang cuba control the crowd. |
Makanan yang dijamu pada malam itu agak pelbagai. Dan agak enak jugak sebenarnya. Aku pun dah tak ingat apa yang aku makan pada malam tu. Tapi kalau ada kambing golek, sudah pasti kami yang hadir ke majlis itu tergolek-golek kegirangan. Tetapi masing-masing kena mainkan peranan mendapatkan penaja atau memberikan sumbangan yang lebih sikit agar majlis ini kelihatan lebih gah lagi. Bagi aku ini sudah okay. Yang penting dapat berjumpa teman-teman lama serta para pensyarah yang telah banyak menyumbangkan jasa kepada kami.
|
Ini batch junior sikit. Dan sudah pasti menampilkan iconic figure - Sezali the Retro King! (Peace). |
|
Tiba-tiba lagu "Negaraku" dimainkan kerana Malaysia memenangi pingat emas dalam sukan SEA. Semua berdiri. |
|
Ini baru sebahgian dari 5 juta yang hadir pada malam itu. |
|
Bersiap sedia dengan posing yang paling istimewa. |
|
Siapa yang boleh kenal semua dalam gambar ni, aku memang tabik spring lah! |
|
"Siapa tahu Arkitek mana yang suka pakai topi keledar, angkat tangan?" (Jawapan: Helmut Jahn). |
|
"Arkitek mana yang ada kilang lampu dan kilang bedak?" (Jawapan: Philip Johnson). |
|
"Arkitek mana yang tak pernah salah?" (Jawapan: Frank Llyod Wright). |
|
"Arkitek mana yang selalu miss sorruu?" (Jawapan: Mies van de Rohe). |
|
"Arkitek mana yang cipta lagu I Am Me nyanyian Datuk Sri Vida?" (Jawapan: I M Pei). |
Sesudah selesai makan-makan, selesai sembang-sembang, selesai beri ucapan dan penghargaan, kami semua diminta berkumpul di atas pentas untuk acara finale - bergambar beramai-ramai. Wah! Nasib baik pentas tu telah dibina menggunakan konkrit gred 100 dengan tetulang besi waja yang diimport khas dari Afganistan. Dapatlah ia menampung beban seluruh alumni yang jumlahnya hampir mencecah 5 juta orang pada malam itu.
Oleh kerana dah terlalu ramai, aku pun dah tak tau nak ambil gambar cara bagaimana. Kamera aku bukannya ada lensa wide angle. Aku cuma menggunakan lensa narrow angle aje. Tapi tak kisahlah. Aku usahakan jugak untuk memastikan kesemua hadirin dan hadirat terakam wajah ceria mereka dalam gambar yang aku ambil pada malam itu. Dengan menggunakan effect CGI, aku telah berjaya jugak memuatkan kesemua hadirin dalam lensa narrow angle aku ini. Dan lihat sendirilah hasilnya.
|
"Arkitek mana yang selalu dapat lebih?" (Jawapan: Charles Moore). |
|
"Arkitek mana yang suka main alat muzik?" (Jawapan: Renzo Piano). |
|
Dr Syed Iskandar: "Mister cameraman, tunggu sekejap. Biar saya nyanyikan sebuah lagu dulu". |
|
"Saya akan menyanyikan sebuah lagu bertajuk Kurela Dibenci-Aiman Tino". |
Setelah bergambar beramai-ramai, kami bergambar pulak secara berkelompok. Ikut batch. Ikut umur. Ikut tahun berapa kami menjadi freshies. Dan aku secara sukarela mengambil gambar mereka. Wife aku pulak ambil gambar aku dengan teman-teman sealiran. Klik sana. Klik sini. Klik klik sana sini, sampai habis filem Kodak. Semua orang mempamerkan senyuman pada wajah masing-masing. Kenal atau tak kenal masalah kedua. Janji dengan semua orang perlu kita memberikan senyuman semanis mungkin. Setidak-tidaknya pada majlis malam ini.
Bersambung...
|
Bersama Ar Ravi dan Ar Shah. Pakaian masing-masing matching dengan rambut dan janggut. He he he... |
|
Bersembang pasal sejarah senibina di planet Musytari. |
|
Ini batch boss aku - Amna. |
|
Aku cuma kenal enam orang aje - Ravi, Amna, Akmal Goh, Azhar, Ibrahim dan Rosli. |
|
Oleh kerana boss aku ada kat dalam gambar ni, aku snap gambar lebih sikit. |
|
Geng-geng junior aku. Errr... except Hj Noris. |
|
Geng junior lagi. Errrrr...except Hj Noris again. |
|
Kami berbangga dapat bergambar dengan The Legend Prof Parid Wardi. |
|
Kelihatannya Prof Parid masih tegap dan sihat. Apa rahsianya, ya? |
|
More of my seniors, and few of them were my teachers. |
|
To be remembered always. |
Terima kasih abg adi! Nice photoo!!!!
ReplyDeleteSempoi lah adi
ReplyDeleteSempoi lah adi
ReplyDeleteGambar den satu pun tak masuk frame abg Adi.
ReplyDeleteSorry boss. Tengah sibuk ambil gambar orang lain lah tu. Next time ya?
Delete