Bahagian 2
Ini Syawal hari yang pertama. Kami
berkumpul anak-beranak di ruang tamu. Sessi bersalaman dan bermaafan telah bermula sejak awal pagi lagi, sejurus selepas solat sunat Aidilfitri. Acara wajib ini mungkin mengambil masa kira-kira setengah jam. Itu tak ambil kira kalau Sabriena dan Amier buat hal masing-masing. Tak ada apa lagi yang perlu aku kisahkan, melainkan lihatkanlah sendiri gambar-gambar ini yang menceritakan segalanya.
|
Wanie mengucup pipi Mama. |
|
Berpelukan ibu dan anak. |
|
Wanie berdakapan dengan makciknya pulak. |
|
Amier mintak maaf kat Papa. |
|
Aku bagi satu ciuman kat Amier. |
|
Amier mintak maaf kat Mama pulak. |
|
Salam, peluk, cium Mama. Sabriena enter frame. |
|
Amier mintak maaf kat Cik Lis. |
|
Giliran Si Tembam meminta maaf. |
|
Kami ajar Sabriena apa yang yang perlu diperkatakan ketika meminta maaf. |
|
Sabriena ikut sepatah-sepatah. |
|
Mama peluk cium Sabriena. |
|
Sabriena salam Cik Lis. |
|
Cium tangan Cik Lis. |
|
Cik Lis bagi satu kiss kat pipi tembam Sabriena. |
|
Berpelukan sesama ipar. |
|
Sambil bermaaf-maafan. |
|
Wanie minta maaf dari Abang Syahmie. |
|
Amier pun nak mintak maaf dari Abang Syahmie jugak. |
|
Wanie sambung minta maaf lagi. |
|
Syahmie dan Amier berpelukan abang dan adik. |
|
Super big hug! |
Yang paling adorable sudah pastilah Sabriena. Lebih-lebih lagi bila dia membuat pengakuan tentang kenakalannya, serta berjanji untuk tidak mengulanginya. Sabriena memang suka buat projek. Projek yang bukan-bukan. Dengan menggunakan apa saja yang dapat dicapai tangan - pen marker, gam, krim dan losyen, minyak, kertas, gunting, serbuk glitter, dan apa-apa sajalah. Bayangkanlah apa yang boleh dibuat menggunakan kreativiti seorang anak kecil dengan bahan-bahan ini di genggaman. Inilah yang kami istilahkan sebagai "Projek Adik".
Bersambung...
|
Sabriena mintak maaf kat Abang Syahmie pulak. |
|
"Baiklah, Abang Syahmie maafkan." |
|
Big hug dua beradik ni pulak. |
|
Sulung dan bongsu. |
|
Sabriena nak mintak maaf kat Kak Yana pulak. |
|
Salah satu hobby Sabriena ialah selongkar bilik Kak Yana, cari toys dan makanan. |
|
All good between us! |
No comments:
Post a Comment