25 Jun 2017 - Sedang kami anak beranak berseronok-seronok bersalam-salaman dan bermaafan sesama kami di rumah, tetiba aku mendapat mesej whatsapp dari pihak Main Contractor yang buat MRT Underground. Katanya Sijil CCC (Perakuan Menduduki Bangunan) perlu diserahkan kepada DBKL pada raya hari ke-3. Biar betul!!! Orang tengah bercuti lagi tu! Kat DBKL pun tak ada orang kerja kot? Begitulah fikirku. Rupa-rupanya, mesej yang sama turut diperolehi oleh teman sepejabatku - Azrin. Lalu aku dan Azrin berhubungan sesama kami melalui telefon. Permintaan Main Contractor tak boleh diabaikan. Sebab dialah client kami. Dan permintaan itu mungkin jugak datang dari pihak MRT sendiri. Semua borang-borang yang berkaitan dengan Sijil CCC ada pada Azrin. Mau tak mau, perlu dihantar jugak ke DBKL. Oleh kerana pada raya hari ke-3 Azrin tidak akan berada di Kuala Lumpur, maka kesemua borang itu perlu diserahkan kepada aku untuk melunaskan tugasan pada musim cuti raya ini.
|
Azrin dan isteri bersama anak bongsu mereka. |
|
Menjamu selera dengan pelbagai makanan. |
Aku suruh Azrin datang ke rumah aku. Sambil beraya, juga boleh menyelesaikan urusan kerja. Azrin bersetuju. Kira-kira jam 2.30 petang, Azrin pun sampai. Satu batalion. Enam orang kesemuanya. Aku melayan rombongan Azrin sebagai tetamu raya. Pelawa makan minum dulu, bual-bual santai dulu, barulah bercerita pasal kerja. Selepas beraya, aku dan Azrin masing-masing membelek borang-borang CCC. Ada sebahagiannya masih tidak berapa lengkap. Kami perlu melengkapkannya sebelum menyerahkannya kepada pihak DBKL pada raya hari ke-3. Kami susun strategi. Berbincang anak beranak dari kedua-dua keluarga untuk memastikan hasil perbincangan yang teramat bernas. Akhirnya solusi ditemui. Persetujuan dicapai. Masing-masng akan melaksanakan tugas masing-masing. Pokok pangkalnya, tugasan berat ini perlu digalas dengan sebaik-baiknya. Itulah moto kami! Ayuh!!!
|
Azrin meneliti berita-berita tergempar dalam surat khabar. |
|
Aku dan keluarga Azrin. Lagi seorang anak Azrin tak ada dalam gambar. |
No comments:
Post a Comment