m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, August 20, 2017

Reunion UTMers: Bersua kembali setelah sekian lama

Bahagian 1

Selamat sejahtera buat semua pembaca yang budiman. Bagi yang mengenali insan yang bernama Ar Saari Omar, mohon mendoakan untuk beliau agar Allah Ta'ala memberikan kesembuhan dan keafiatan. Beliau kini sedang dirawat di hospital kerana penyakit yang agak kritikal. Jasa baik tuan puan hanya Allah yang dapat membalasnya.

*  *  *  *  *  *  *  *  *

18 Mac 2017 - Sebelum aku memulakan berkisah tentang majlis Reunion Architecture Alumni Dinner Universiti Teknologi Malaysia ini, aku nak mintak maaf beratus-ratus kali, beribu-ribu kali, berjuta-juta kali, kerana tak berapa nak mengikuti perkembangan semasa mengenai segala pencapaian mereka yang hadir pada perjumpaan kali ini. Aku tak pasti siapa yang dah ada Dr, atau Prof, atau Ar. Jadi kalau tersilap tersalah aku memanggil nama kalian, mohon dimaafkan. Al-maklumlah, sejak aku meninggalkan pekarangn UTM Skudai kira-kira pada tahun 1995, terus aku tak pernah berkunjung lagi menjengah guru-guru, sifu-sifu, mentor-mentor serta teman-teman yang ada di sana. Dan kebetulan pulak aku tak rajin menjejak kenalan lama. Tak seperti teman akrabku, Tuan Hj Noris Helmi Dickson Nordin.

Ar Ravi - teman sekelasku ketika di SRJK Kuala Ampang dan bersua kembali ketika buat Degree di UTM.
Muharram - junior aku masa buat Diploma.
Wife aku mengiringiku ke majlis ini.
Kami ke sini berdua.
Antara yang ada dalam gambar termasuklah Mat Jani, Dr Hamdan, Tuan Shaikh Jafni, dan Sezali.
Dua orang junior ku - Azlan dan Sezali.
Antara yang hadir sedang menikmati juadah.
Sezali, Azlan dan Cheng Hazmi bersama pasangan.
Ar Chin Haw bersama Ar Saari Omar. Jangan lupa doakan keafiatan Ar Saari Omar.
Shaikh Jafni, Ar Saari Omar, Ar Chin Haw dan Hj Noris.
Kali ni aku join sekaki. Siapa paling kembang? Aku atau Hj Noris???
Batch aku ketika buat Degree - Ar Ravi, Hj Ibrahim, Hj Noris dan Ar Chin Haw.
Bersama teman-teman dan sifu kami.
Shaikh Jafni pernah jadi room mate aku kat UTM dulu.
Majlis gemilang ini telah diadakan di Dewan UTM Jalan Semarak. Iklan melalui Facebook telah diuar-uarkan beberapa bulan lebih awal. Dan aku sangat bersungguh-sungguh ingin hadir ke majlis ini, ingin bertemu kembali dengan tenaga-tenaga pengajar yang pernah rapat dengan aku ketika di UTM-Skudai dulu. Masa inilah aku dapat berjumpa mereka secara borong. Maksud aku boleh jumpa ramai-ramai sekali, tanpa perlu pergi jauh sampai ke Johor.

Aku dan isteri sampai agak lewat jugak. Majlis telah berlangsung mungkin kira-kira setengah jam. Ketika aku di luar dewan, aku telah ditegur oleh salah seorang junior aku. Aku tak berapa ingat sebenarnya. Tetapi setelah diperkenalkan, barulah aku ingat semula. Namanya Aziz, dikenali kerana penampilannya yang sangat kemas dengan rambutnya yang berkilat bak berlian.

Mat Jani dan Ar Dino.
Enaknya menjamu selera.
Ayof dan Iskandar.
Ravi: "I know our skin is quite dark. But that guy over there, is like midnight without moon."
Ar Chin Haw makan dah tak kisah orang sekeliling.
Dua orang super junior aku yang duduk semeja.
Dr Ruby dan Dr Sahirul.
Kami masuk ke dalam dan bertemu dengan lebih ramai teman-teman dan bekas pensyarahku. Pada ketika itu aku berasa sangat teruja. Di hadapan pentas, Dr Syed Iskandar sedang berucap panjang. Tapi kami nampaknya lebih sibuk bersembang sesama kami. Berbual tentang hal-hal yang pelbagai. Bagaikan mengimbas kisah-kisah lama. Memaklumatkan diri dengan perkembangan teman-teman yang terbaru. Aku duduk dengan kelompok akulah - bersama Hj Noris, Hj Ibrahim, Ar Chin Haw dan Ar Ravi.

Ar Chin Haw, Yus dan Hj Noris terhibur mendengar cerita lawak antarabangsa dari seorang teman.
Hj Ibrahim dah tukar line berkecimpung dalam aliran oil and gas pulak.
Chot duduk di sebelah boss aku - Amna. Tapi boss aku sempat memalingkan muka dari lensa kameraku.
Dua orang senior ku - Ridha dan Kapten Din Bakar. Aku rasa mereka dah dapat Ar.
Antara guru-guruku termasuklah Prof Abu Hassan dan Ar Saari Omar.
Kemudian aku berlegar-legar pulak di meja para pengajar bersama kamera tersangkut di leherku. Aku ternampak kelibat En Dino - tutor Tesis serta mentorku ketika tahun akhirku di UTM. Bila aku menghampiri beliau dan bersalaman, aku tidak pasti sama ada beliau masih mengingatiku atau pun tidak. Tak kisahlah tu. Tapi aku mengambil peluang ini untuk bergambar dengan salah seorang mentor aku ini.

Bersambung...

Tutor dan mentor tesisku - En Dino.
Bersama mentorku.
Dr Ruby berdiskusi dengan Prof Parid Wardi The Legend.
Kak Wati pun hadir sama. Tapi Kak Wati tak pernah ajar aku.
Ar Shah sedang menunjukkan gambar-gambar lama kepada Prof Aziz Shuib.
Junior aku. Dr Ramzi (baju kuning) pernah rapat dengan aku pasal terlibat dengan teater di UTM dulu.

No comments:

Post a Comment